Author's notes: For better experience, readers digalakkan untuk mendengar lagu Dirgahayu by Dato Sri Siti Nurhaliza ft. Faizal Tahir @ Seribu Tahun by Imran Ajmain.
🐳
Dua bulan kemudian...
"SEDIA?". Pak Isma selaku wali Daneen pada hari itu bertanyakan soalan kepada figura yang sudah kemas memakai baju melayu serba putih beserta songkok hitam pekat yang duduk bersila di hadapannya itu.
Figura itu berpaling sedikit ke belakang untuk melihat si gadis manisnya yang sangat cantik memakai baju kurung moden yang juga berwarna putih berserta tudung bawal yang kemas menutupi segala aurat rambutnya.
Setelah mendapat anggukan daripada si gadis manis, Daim menjawab,
"Sedia". Hembusan nafas yang agak penuh dengan debaran kedengaran di telinga Pak Isma, Tok Kadi dan kedua saksi pada hari ini iaitu Dilane dan Idlan.
"Tuan Daim Al Waqeel bin Tuan Zakaria". Bergetar juga suara Pak Isma apabila mulutnya menuturkan nama panjang lelaki yang setia menunggu anak perempuannya ini.
"Saya". Daim menjawab dengan sekali lalu. Malas nak berjeda bagai. Kalau tidak nanti dia akan jadi makin gementar. Dia tak boleh gementar sangat! Ini hari yang ditunggu-tunggu olehnya. Jadi, dia akan pastikan yang semuanya akan berjalan dengan sempurna.
"Aku nikahkan dikau dengan putriku, Nur Daneen Isabella binti Ahmad Isma dengan mas kahwinnya berupa sebuah rumah dibayar secara tunai". Oh lupa nak bagitahu, mas kahwin Daim kepada Daneen bukan biasa-biasa tau.
Ingat tak cottage core mansion; rumah rahsia Daim tu?
Ya. Itu lah mas kahwinnya.
Mata Daim jatuh sekilas ke arah geran rumah yang berada di hadapannya itu sebelum menjawab si akad.
"Aku terima nikahnya Nur Daneen Isabella binti Ahmad Isma dengan mas kahwinnya berupa sebuah rumah dibayar secara tunai". Dan kalini dia berjaya melafazkan kalimah yang sudah dia ulang-ulang sejak minggu lepas itu di hadapan ayah kandung gadis manisnya yang kini merupakan ayah mertuanya.
"Sah?".
"Sah".
"Sah".
Serentak Dilane dan Idlan yang kacak berpakaian baju melayu coklat muda itu menjawab sambil tersenyum lebar.
"Allhamdulillah". Makin bergetar suara Pak Isma menyebut perkataan yang memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa itu. Kelihatan air matanya jatuh mengalir ke pipi hingga ke dagu si tua itu. Betapa dia bersyukur kerana anaknya ternyata diciptakan oleh Allah untuk lelaki sebaik Daim.
Tangan ditadah dan doa dibaca oleh Tok Kadi sebelum Daim bergerak ke bahagian hujung masjid; sedikit jauh daripada tempat akad nikah untuk melakukan sujud syukur.
Kakinya dilipat dan dahinya disujudkan ke atas sejadah yang sudah siap dihampar untuknya di situ.
Setelah habis melakukan sujud itu, dia bangun lalu memberi salam.
Tanpa disangka-sangka, kedua tangan Daim diangkat seolah ingin berdoa lalu mulutnya berkali-kali memanjatkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T yang telah memberikannya peluang untuk memperisterikan seorang Daneen Isabella.
"Terima kasih, Ya Allah...".
Tanpa disangka-sangka, badannya terhenjut dek kerana esakan tangisan kegembiraannya itu. Ya. Tuan Muda Daim Al Waqeel yang dikenali semua orang sebagai seorang yang sangat dingin dan tough sekarang ini sedang menangis teresak-esak bersendirian di bahagian hujung masjid itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...
