"MUHAMMAD Hyder Zafran bin Abdullah".
"Saya".
"Aku nikahkan kau dengan puteri ku, Kenanga Tirana binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai...".
Turun naik, turun naik badan Hyder... Menarik nafas; cuba untuk bertenang. Sempat juga dia kerling ke arah satu-satunya kawan baiknya merangkap salah seorang daripada saksi pada hari itu iaitu Daim. Melihatkan anggukan kecil daripada Daim, Hyder membalas akad itu.
"Aku terima nikahnya Kenanga Tirana binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai". Rasa macam nak melompat bila dah selesai melafazkan kata itu.
"Sah?". Encik Ibrahim bertanyakan kepada para saksi iaitu Daim dan seorang lagi lelaki yang duduk di sebelah kiri pengantin lelaki.
"Sah".
"Sah".Jawab mereka berdua.
"Allhamdulillah...". Encik Ibrahim mengucapkan kata syukur itu sebelum tangannya ditadah untuk memohon doa kepada Yang Maha Esa. Diikuti juga pengantin dan tetamu yang hadir.
Hyder yang sudah kita ketahui dramatik nak mampus tu, mengelap air matanya terlebih dahulu sebelum menadah tangan. Pengantin perempuan tak sempat menangis lagi, dia dah menangis dulu.
Daim pula sempat memandang ke arah pengantin perempuan untuk mencari si buah hati. Namun, kelibat Daneen sedikitpun tidak terlihat membuatkan dia berasa sedikit risau. Tadi rasa macam ada lagi. Ini dah takde. Pergi mana cinta hatinya itu?
"Amin...". Tak lama selepas itu, doa selesai dibaca dan upacara pembatalan air sembahyang bakal dilakukan.
Belum sempat lagi Hyder nak melangkah ke arah Kenanga, Daim menyentuh bahunya terlebih dahulu.
"Congrats, Zafran. Nanti kita ambil gambar, aku keluar kejap". Bisik Daim di telinga kanan Hyder.
"Pergi mana? Aku takut la...". Rengek Hyder. Mengada-ngada betul. Sejak bila entah tak boleh berenggang dengan Daim ni.
"Kau jangan sampai aku libas kau, Zafran. Simpan sikit perangai budak-budak kau tu. Dah beristeri kan?". Kan dah kena bebelan percuma oleh Daim tu.
"Aku nak pergi cari Daneen sekejap". Sambung Daim sebelum mulai berdiri dan berjalan keluar daripada masjid itu.
Matanya melilau mencari si gadis manis pencuri hatinya itu namun tetap tak dijumpai. Batang hidung pun tak nampak, bayang sedikit pun tidak menjelma. Jangan kata kena culik sudah... Mahu pengsannya Daim dekat situ.
Tiba-tiba terasa ada tangan kecil yang menarik kain sampinnya membuatkan matanya terus mengalihkan pandangan ke bawah. Dan terlihat lah seorang budak lelaki comel yang elok memakai baju melayu bersaiz budak berwarna sama persis dengan baju melayu Daim. Songkok juga turut disarungkan ke kepala si kecil, menutupi rambut gebunya. Kanak-kanak comel itu ialah Dhamir.
"Little sunshine, where is your mom?". Soal Daim lalu mendukung budak comel itu yang turut memegang papan hitam kecil bersama kapurnya itu.
Jari telunjuk si kecil itu kemudiannya ditundingkan ke arah sebuah tandas yang berada tidak jauh daripada tempat mengambil wudhuk perempuan itu.
" Dia buat apa? Lamanya duduk dalam tandas". Soal Daim lagi dan kali ini, Dhamir menulis sesuatu di papan hitamnya untuk menjawab persoalan Daim itu.
Sakit perut.
Merah, baju ibu.Papan hitam itu diterbalikkan dan Daim membaca apa yang ditulis.
"Your mom is on her period?".
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...