10- Prank

4.1K 204 5
                                    

INFO yang mungkin tak penting pun... Tapi Daneen ni merupakan seorang manusia yang cepat gelabah. Apatah lagi bila sedang berlari 4x100 meter dengan masa. Faham kan? Maknanya, bila dia berkejar masa, dia akan jadi makin gelabah.

Dan sekarang ni dia jadi semakin gelabah! Nak tahu kenapa?

Because there were literally hundreds of reporters in front of bangunan tempat dia bekerja tu. Dia tak kisah sangat kenapa wartawan-wartawan tu semua berkumpul dekat depan bangunan besar gedapak ni. Yang dia kisahkan sekarang ni...Macam mana dia nak masuk? Kalau kena marah dengan bos nanti macam mana? Macam mana kalau dia tak sempat nak attend meeting nanti?

"Tepi sikit boleh tak?". Daneen menolak sahaja bahu salah seorang wartawan di situ apabila sudah beberapa kali dia menegur manusia itu untuk ketepi agar dia boleh lalu untuk masuk ke bangunan itu.

"Ughh, asal diorang ni". Dia mencelah lagi beberapa orang lagi wartawan dan jurukamera di situ sebelum akhirnya sampai ke tempat yang sedikit lapang daripada mereka semua. Tepatnya di lobi bangunan itu.

Baju yang sudah cantik dan kemas tersarung di badannya disapu-sapu untuk menghilangkan debu-debu atau habuk-habuk imaginasi yang terlekat di badannya sewaktu dia merentasi laut manusia sebentar tadi.

"Nasib baik tak ke--".

"Cik Daneen!". Suara tu. Daneen kenal sangat dengan suara tu dan dengan itu, terus dia mengangkat kepalanya, memandang ke arah wajah si pemanggil.

"Ya?". Jawab Daneen dengan nafas yang masih termengah-mengah. Penat woo nak redah orang tadi. Macam nak beli ayam dekat pasar sehari sebelum hari raya. Ha, macam tu la perumpaannya.

"Cik Daneen pergi mana? Tuan Muda cari Cik Daneen tau!". Tanya Hyder dengan nada suara cemas. Orang tengah ada kecemasan ni, Daneen boleh pula datang lambat. Huru hara lah jadinya. Lagi-lagi si Daim tu. Lelaki tu bukannya pandai sangat nak handle situasi macam ni.

" Sorry sorry, saya lambat sikit tadi. Kenapa dengan Tuan Daim? Kenapa ada ramai wartawan ni?". Jari Daneen dihalakan ke arah segerombolan manusia yang ingin memasuki lobi bangunan itu tetapi sedang ditahan oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

"Ada orang sebar rumor pasal Tuan Muda. Haih, susah la saya nak cakap kat sini. Cik Daneen pergi jumpa Tuan Muda, tanya dia". Terang Hyder sedikit tidak jelas kerana suasana di situ teramat bingit dengan suara-suara wartawan-wartawan yang hadir tidak diundang itu.

"Okay, okay. Thanks Hyder".

"No problem. Im gonna handle them for now. You go first!".

"Okay!". Jerit Daneen daripada kejauhan apabila langkahnya sudah diatur ke arah kotak besi yang akan membawanya ke pejabat Daim itu.

🐳

PINTU kaca itu ditolak kasar oleh Daneen dan terus berlari ke arah Daim yang sedang berdiri tegak membelakanginya, menghadap ke arah dinding kaca lutsinar yang memaparkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur itu.

Sampai-sampai sahaja di sisi figura yang berdiri itu, terus dia memegang lututnya. Nafasnya kedengaran laju. Sungguh dia penat. Tekan butang lif tadi, lepastu lambat sangat! Daneen pun membuat keputusan untuk naik sahaja tangga. Sampai di tingkat 5 barulah dia naik lif balik apabila merasakan yang satu badannya sudah bermandi peluh.

"Fuh, penatnya! Fuh, okay okay...". Daneen tarik nafas dalam buat kali terakhirnya dan hembus sebelum dia mulai bernafas seperti biasa; bertenang. Barulah dia mahu menyoal majikannya itu tentang apa yang sedang terjadi.

"Tu--".

"Kau pergi mana, lambat?". Kata-katanya terpotong dengan suara dingin sedingin kutub utara itu. Amboi garangnya! Lek arh, Daim.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now