YOU can tell yang Daim tengah bosan sekarang ni. Di pagi hari ni, Daneen sedang berada di dapur bersama Mak Piah untuk menyediakan sarapan. Hyder tu selagi tak tengahari, selagi tu tak bangun. Idlan pula pergi ke pasar tani untuk membeli lauk makan tengahari. Tinggal lah Daim seorang diri di tangga rumah ini. Tak tahu nak buat apa.
Tapi rasanya Pak Isma masih di rumah. Katanya nak pergi kerja selepas Idlan pulang daripada pasar tani nanti. Entah ke mana lah orang tua tu. Kalau ada, boleh juga buat teman Daim bersembang.
"Daim? Termenung je ayah tengok daripada tadi". Ha panjang umur! Baru aje sebut, dah datang.
"Ayah. Tak pergi kerja lagi, yah?". Sengaja bertanya padahal dia sudah tahu tentang hal itu.
"Belum, tunggu Idlan. Kamu kenapa duduk dekat sini sorang-sorang? Ni mesti sebab tak tahu nak buat apa kalau anak dara ayah yang sorang tu takde kan?". Sakat Pak Isma disertai dengan ketawa ayah-ayahnya itu.
Dia lalu mengambil tempat duduk di samping Daim. Di salah satu anak tangga rumahnya itu.
" Macam tu lah, yah. Daim bukannya orang sini, jadi kalau takde Daneen... Tak tahu nak buat apa".
"Ala, ayah faham. Dekat bandar sana pun macam tu juga kan?". Sebagai seorang ayah, dia tahu segala hal yang melibatkan anaknya. Termasuk lah bahawa jejaka di hadapannya ini merupakan bekas teman lelaki Daneen yang masih belum move on.
"Aik, mana ayah tahu ni?". Saja Daim nak berteka-teki dengan Pak Isma. Walhal dia sudah tahu, pasti Daneen menceritakan segalanya kepada si ayah.
"Ayah kan ayah. Daneen tu, pantang ada benda yang berkaitan kamu sikit... Memang dia akan cerita dekat ayah. Dia tanya pendapat. Dulu dan sekarang, tak pernah berubah".
'She still talks about me with her father?'.
"Anak ayah dia tu. Daim tahu". Daim ketawa. Dia mencuba untuk bergurau agar suasana yang agak serius itu dibawa pergi. Kalau boleh dia tak mahu berbincang isu itu sekarang. Isu hubungannya dengan Daneen. Tapi lain di difikiran Pak Isma...
"Kamu masih sayangkan anak ayah tu?". Tanya Pak Isma secara mengejut.
'Alamak ai'. Kesat terasa air liur yang ditelan. Ditanya direct oleh ayah buah hatinya sendiri. Takot!
"Daim?". Panggil Pak Isma untuk menyedarkan Daim daripada lamunan siangnya itu.
"Sayang, yah. Sangat sayang. Tapi macam tu lah. Daim tak tahu kat mana silap Daim, tapi dia dah memang taknak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Daim. Dah banyak kali Daim pujuk dia, yah". Adu Daim. Terluah juga apa yang terbuku di jiwa. Dekat depan ayah ex girlfriend pula tu. Direct kau! Macam ni la baru anak jantan!
"Dah nak putus asa?".
"Eh tak! Daim dah janji, Daim takkan putus asa. Daim...". Jejaka itu berjeda seketika.
"Daim betul-betul nak memperisterikan anak ayah, Daneen Isabella. Daim betul-betul sayang dan cintakan dia. Daim harap, ayah izinkan Daim untuk kejar dia ya, yah?". Ya. Benar. Lelaki itu meminta izin Pak Isma untuk mengejar cinta hatinya a.k.a Daneen a.k.a anak kepada Pak Isma sendiri.
Such a great gentleman!
" Ayah izinkan". Kata Pak Isma lalu menepuk lembut bahagian belakang Daim.
Di sisi lainnya, Daneen yang berdiri tegak di sebalik pintu itu telah mendengar segala perbualan antara ayahnya dan bekas teman lelakinya itu.
Dan gadis itu boleh menganggap yang lelaki ini memang seorang lelaki yang sungguh berani. Dulu juga begini la. Sewaktu mula-mula mahu mengajak Daneen menjadi teman wanitanya, Daim sanggup memandu daripada Kuala Lumpur ke Johor seorang diri hanya untuk meminta izin Pak Isma.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...