13- Chocolate

4K 177 3
                                    

MUNGKIN pilihan pakaian Daneen harini tak berapa nak sesuai untuk ke pejabat kut? Ataupun ada tahi lalat sebesar bulan dekat atas dahi dia ni? Atau kaki dia terlihat tempang harini? Entah apa yang pelik pada dirinya harini membuatkan hampir semua manusia di lobi utama bangunan itu memandangnya pelik.

Daneen memeriksa kembali gaya pemakaiannya.

'Aku rasa okay je'. Daneen rasa dengan memakai sehelai pencil skirt, sehelai kemeja berwarna putih dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih adalah biasa saja baginya. Tapi kenapa orang di sekelilingnya ini melihatnya seperti ada yang salah?

"Kenapa dia pakai macam tu wey?".
"Entah, macam...".

Berdesing aje telinganya apabila mendengar kata-kata yang semacam mahu mulai sesi mengumpat itu.

"Macam apa? Kalau nak bercakap tu, bercakap kuat sikit. I tak dengar la". Daneen menghampiri dua orang gadis yang berapa di hadapan kaunter receptionist itu. Rambutnya dibawa ke belakang dan tangan kanannya ditekup ke telinganya. Seolah-olah dia betul-betul dia mendengar omongan dua orang gadis itu sebentar tadi.

"Erk... Tak la... Kau pakai macam ni, macam tak sesuai pula kan?". Tegur salah seorang daripada gadis itu.

"Asal pulak? You pun pakai macam ni". Jari Daneen ditunding ke atas, ke bawah figura gadis itu. Gaya pemakaiannya dengan Daneen sama sahaja. Cuma, gadis itu memakai skirt ketat paras lutut. Lagi seksi ada lah!

"Aku ni takpela. Kau tu PA bos. Bos tu kan lelaki... Kau...".

"Nak goda dia ke?". Straight to the point rakannya yang seorang lagi itu bertanya.

"Mulut tu you jaga sikit eh?! Eh, I tak hamak la dengan bos you tu! Im just working!". Terus Daneen melepaskan amarahnya di situ. Geram juga dia apabila TERNYATA semua orang melihat dia pelik harini adalah kerana mereka memikirkan benda yang sama. MEREKA INGATKAN YANG DANEEN YANG MENGGODA BOS BESAR merek itu!

" Ye ke tak nak? Aku selalu juga nampak kau keluar berdua dengan dia". Cabar gadis berpakaian ketat itu sekali lagi. Dia betul-betul nak suruh Daneen buat perangai dekat tengah-tengah ni agaknya. Kau tunggu, kau tunggu.

"Eee you--". Baru sahaja tangan Daneen naik untuk menampar gadis itu, dia terasa ada satu tangan lain yang menghentikan tindakannya itu. Tak perlu teka, tak perlu pusing ke belakang lagi dia dah tahu siapa sang pemegang tangannya itu.

"You stay out of this". Daneen memberi amaran kepada Daim.

"You wanted to hurt my worker, Miss Daneen".

"Ugh!". Tangannya ditarik lepas daripada pegangan Daim dan Daneen terus berlalu daripada situ setelah menjeling tajam dua orang gadis yang berada di hadapannya itu.

"Bos?". Panggil Hyder sambil matanya memandang figura Daneen yang semakin menjauh ke arah lif itu.

"Suruh dia tunggu dalam bilik saya".

"Baik bos". Akur sahaja Hyder. Kalau tak ikut kang, dia pula yang kena sepak nanti. Dia perasan angin Tuan Mudanya itu kurang baik harini (walaupun sebenarnya angin lelaki tu memang kurang baik setiap hari).

"And you, jangan cari pasal lagi dengan dia". Keras amaran yang diberikan oleh Daim kepada kedua gadis itu.

🐳

AKU tengok kau, kau tengok aku.

Begitu lah situasi yang cukup menegangkan di dalam bilik Daim itu. Lelaki itu duduk menyandar di kerusinya memandang tepat ke dalam kedua anak mata Daneen. Daneen pula duduk bersilang kaki di atas kerusi di hadapan meja kerja itu. Buat macam office tu bapak dia punya. Tangan disilangkan ke dada; mata turut tajam menikam mata Daim.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now