Epilog

4.7K 162 17
                                    

PERJALANAN pulang ke rumah setelah habis lepak dengan Hyder dan Kenanga pada hari ini merupakan perjalanan yang paling sunyi sepanjang perkahwinan mereka berdua. Daneen hanya termenung ke luar tingkap sambil menongkat dagu manakala Daim pula fokus memandu. Sesekali dia curi-curi pandang isterinya yang sejak daripada tadi asyik termenung saja itu. Nak bertanya, takut kena marah. Tapi akhirnya, dia membuka mulut juga.

"Sunshine, are you okay?". Soalnya perlahan. Tangannya mencapai sebelah daripada tangan Daneen yang diletakkan di atas pehanya itu membuatkan Daim kini memandu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

"Hm? Apedie, abang?". Kan dah cakap, Daneen dah termenung. Entah dah sampai ke bulan agaknya.

"Abang tanya, Daneen okay ke tak ni? Sejak daripada balik lepak tadi, Daneen diam je. Daneen tak sihat ke? Atau abang ada buat apa-apa yang boleh lukakan hati Daneen?". Daim bertanya sekali lagi. Tangannya masih tidak berhenti mengusap lembut tangan wanita kesayangannya itu.

" Nothing, abang. Daneen okay je". Daneen melemparkan segaris senyuman buat suaminya itu dan senyuman itu terlihat sangat lah palsu pada ekor mata Daim. Baginya, isterinya tidak pernah menayangkan senyuman sebegitu rupa melainkan wanita manis itu sedang bersedih kerana kita semua tahu yang seceria mana wanita itu kan?

Tiba-tiba, setelah lebih kurang seminit berdiam diri, Daim akhirnya menangkap apa yang bermain di fikiran Daneen. Isteri manisnya itu. Dia tahu apa yang sedang Daneen fikirkan.

Tatkala itu, tangan kasar Daim yang tadinya memegang tangan kanan Daneen dilepaskan lalu tangan itu naik mengusap lembut perut kempis isterinya. Membuatkan Daneen terkejut.

"Abang buat apeni?". Hampir sahaja Daneen menepis tangan suaminya dek kerana terkejut nanti.

Daim tersenyum manis sebelum membalas,

"Abang tahu apa yang Daneen fikirkan. Daneen nak anak kan?".

Diam.

Senyap.

Sunyi.

Sepi.

Kerana tekaan Daim itu betul. Tiada satu pun yang terpesong. Itu lah yang difikirkan oleh Daneen sejak daripada tadi. Dia cemburu dengan Kenanga. Kenanga yang boleh mengandung sedangkan dia? Dia tidak boleh lagi. Seolah tiada guna. Dan... Dia kesiankan Daim untuk ini. Lelaki itu pasti mahukan anak sendiri kan? Bukan hanya anak orang lain yang tidak sah taraf. Itu yang Daneen fikirkan sejak daripada tadi.

"We can try again". Daim menjawab soalannya sendiri.

"Abang...".

"Abang tak bergurau. Kalau Daneen nak anak, kita boleh cuba lagi. Tak semestinya cubaan-cubaan yang sebelum ni tak berjaya, yang lain akan gagal juga kan?". Tangan kasarnya diberhentikan daripada mengusap perut itu. Membiarkan suamnya telapak tangan itu mengalir ke kulit isterinya di sebalik fabrik baju itu.

" Tapi doktor cakap Daneen tak boleh--".

" It doesn't matter. Rezeki tu bukan datang daripada doktor. Allah yang decide samaada dia nak bagi kita anak ataupun tak. Besides, doktor cakap Daneen tak boleh mengandung je kan? Bukannya dia buang terus rahim awak kan?".

Daneen diam lagi.

" Jadi, kalau Daneen nak anak lagi. A baby with me... I would say, we can try again. Kita cuba dan kita doa. Sebab abang belajar daripada pengalaman abang sendiri, Allah ni Maha Pemurah. Kalau Dia cakap nak bagi, Dia akan bagi. Even the doctor can't deny that. Sunshine abang faham tak ni?".

Daneen mengangguk perlahan. Tubir mata nya terasa panas.

" Faham... ".

" Jangan sedih-sedih tau, sunshine. I'm here".

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now