Dua tahun kemudian...
"NI". Sekeping kad berwarna putih diletakkan oleh Hyder ke atas meja Daim. Kad putih itu dihiasi dengan corak bunga-bungaan sakura berwarna merah jambu dan dedaun kecil. Sungguh indah sekali buat pandangan mata heterocromia Daim.
"Bila berlangsung?". Tenang sahaja Daim bertanya sembari tangannya naik melipat lengan kanan baju kemejanya. Setelah siap yang itu, lengan kiri kemeja biru itu pula yang menjadi sasarannya.
"Kan dah bagi kad tu, Tuan baca la". Hyder tersengih-sengih. Dia sebenarnya malu-malu kucing nak jawab soalan Daim itu.
"Nanti balik, aku baca. Sekarang ni, boleh tak kau jawab je soalan aku sebelum aku tak datang langsung majlis tu nanti?". Daim menghentikan segala tindakannya dan merenung tajam wajah Hyder yang masih berdiri tegak di hadapan meja kerjanya itu.
"Haish, yela yela. Orang tu malu...".
"Kepala acik kau malu". Sempat lagi si Daim tu memarahi Hyder sebelum Hyder akhirnya menjawab persoalan yang sudah daripada tadi tidak terjawab itu.
"Akad nikah malam sebelum kenduri tu, lapan haribulan. Resepsi tengahari keesokkan harinya start pukul satu petang. Lepastu, bulan Jun pula; lapan haribulan juga... Baru buat majlis sambut menantu dekat Penang. Kau datang semua ya?". Tersipu-sipu Hyder menjemput Tuan Muda merangkap sahabat baiknya itu untuk hadir ke majlis perkahwinannya.
Ya, setelah hampir dua tahun menjalinkan hubungan istimewa... Hyder Zafran akhirnya membuatkan keputusan untuk mengahwini cinta hati pandang pertamanya iaitu Kenanga Tirana. Jauh di sudut Daim, dia sangat gembira dengan berita ini. Dia gembira apabila akhirnya ada yang mampu menceriakan sahabatnya itu semula. Yang boleh menyayangi dan mencintai sahabat dunia akhiratnya itu sepenuh hati.
Namun di sisi hati Daim yang lain... Dia cukup cemburu dengan Hyder. Hyder dapat mengahwini gadis idamannya biar pun baru sahaja kenal selama dua tahun. Tetapi dia... Dia terpaksa menunggu sepuluh tahun lamanya. Lima tahun menjalinkan hubungan cinta yang bahagia, kemudian ditinggalkan tanpa dinyatakan sebab selama tiga tahun. Setelah si gadis mulai kembali membawa sinar harapan, 'dia' pergi lagi selama dua tahun. Daim cukup terseksa. Terseksa menunggu. Terseksa menahan rindu.
"Ya, aku datang. Perlu pasangan ke?". Seloroh Daim di akhir ayatnya.
"Tak perlu. Kalau kau nak bawa pun boleh. Takde masalah". Jawab Hyder sedangkan dia sudah tahu yang mustahil bagi Daim untuk mencintai wanita selain daripada Daneen Isabella kerana dia masih belum melupakan gadis manisnya itu. Sampai...
... sekarang. Nama Daneen tetap tersemat dalam hati seorang Daim Al Waqeel.
"Malas arh. Baik aku--".
"Pergi Mcd? Lagi?". Potong Hyder tatkala dia melihat Daim mencapai kunci Range Rovers yang tadinya tergeletak di atas meja kerja itu.
"Hm".
"Sepanjang dua tahun ni kan, boleh kata hampir setiap hari kau pergi Mcd. Tak bosan ke?". Soal Hyder. Curious juga dia. Kerap kali Tuan Mudanya ini pergi ke restoran makanan segera itu. Ada lah dalam empat kali seminggu. Ada kadang tu sampai setiap hari dalam waktu seminggu tu. Bahaya sungguh!
" Tak".
"Suka hati kau la. Kau nak suruh aku drive tak?". Tangan Hyder ditadah ke hadapan. Ingin meminta kunci daripada Daim jika lelaki itu ingin menyuruhnya untuk memandu untuknya.
"Tak payah. Dah pukul lima ni. Waktu kerja kau dah habis kan?".
"Hm, ye la kalau macam tu. Aku balik dulu".
Daim hanya mengangguk beberapa kali sebagai respon. Matanya menghantar pemergian Hyder keluar daripada pintu kaca biliknya itu.
Sebelum tuan punya bilik sendiri yang keluar, dia sempat mengerling ke arah sebuah bingkai gambar yang memaparkan gambarnya bersama Daneen sewaktu pertama kali dia melamar gadis itu untuk menjadi teman wanitanya. Tepatnya di hari penyerahan Infinity LInes Holdings kepadanya.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
عاطفيةDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...