21- "Peter Losing Wendy..."

3.6K 173 5
                                    

OLEH kerana ingin menjamin keselesaan dan privasi sang puteri di dalam rumahnya itu, Daim rela tidur di dalam keretanya dan oleh kerana Hyder ni seorang pembantu peribadi, kawan terpaling baik, hamba abdi Daim... Maka dia pun ikut lah sekali. Lagipun, ni kan idea Hyder?

Dan jauh di sudut hati Hyder, di tak akan pernah tinggalkan Tuan Mudanya ini seorang diri. Yup, Hyder sangatlah setia orangnya. Dia mulai menjadi pengawal peribadi Daim lebih kurang enam tahun yang lalu. Sebelum tu, Hyder dah memang rapat dengan keluarga Puan Rohaini dan Encik Zakaria. Memang mereka sudah mengenal si Hyder ni daripada kecil.

Kiranya macam childhood friend Daim lah ni. Comel je kan?

Comel comel pun, setia Hyder tidak boleh dibawa main. Dia punya tahap setia untuk Daim itu, he will take a bullet for him. Why? Nantikan... Cerita masih panjang. Lek lek lu.

Dan Hyder ni tak tidur. Walaupun dia tengah mengantuk nak mati sekarang ni, dia perlu tetap berjaga. Dia takut jika ada binatang atau manusia liar eh-? yang akan datang mengancam keselamatan Tuan Mudanya ini kerana mereka tidur, tingkap tak tutup. Nak buka penghawa dingin, takut kereta habis bateri nanti. Dan kata Daim, dia ingin tidur dengan merasakan angin malam.

Tengah-tengah Hyder seronok chatting segelintir awek menggunakan aplikasi Tinder itu (maklumlah Hyder ni masih solo), dia terdengar suara erangan lelaki seperti dalam kesakitan.

"Ber.... henti.... Tak... Waqeel tak... tak nak... dah... Sakit...". Dan Hyder tahu suara itu ialah suara Daim.

"Haih, ni mesti kau mimpi lagi ni". Hyder mengeluh perlahan sebelum menutup telefonnya. Fokusnya kini beralih sepenuhnya ke arah Daim.

"Daim... Daim... Bangun wey. Kau okay tak ni?". Hyder menggoncang-goncangkan tubuh Tuan Mudanya itu dengan sedikit kuat. Ingin mengejutkan Daim daripada mimpi ngerinya itu.

"Waqeel.... sa... kit...". Dengan mata yang masih tertutup, Daim terus terusan merayu kepada entiti di dalam mimpinya untuk berhenti menyakitinya. Sakit yang sudah sedia ada ini tidak mampu tertanggung lagi. Dia mahu semua ini berhenti! Dia sakit! Dia lelah!

" Daim, bangun!". Makin lama, makin kuat Hyder menggoncang tubuh badan Daim itu. Dia risau jika mimpi ngeri itu akan memberikan efek buruk kepada Daim kerana dia tahu, selalunya, setelah Daim bermimpikan mimpi-mimpi seperti ini.... Lelaki itu akan demam panas pada keesokkannya.

"Daim!".

"Huh!". Satu tempikan terakhir daripada Hyder tu akhirnya berjaya membangunkan lelaki itu daripada tidurnya.

"Kau okay tak ni?". Soal Hyder.

"Zafran... Zaf... Dia datang lagi, Zaf. Sakit Zaf...". Daim merayu kepada Hyder seraya tangannya mengusap-ngusap kedua lengannya. Kedua kakinya tidak dapat berhenti bergetar. Dahinya dipenuhi dengan renik peluh.

"It's okay, Daim. Breath...". Hyder mencuba untuk menyuruh Daim agar mengawal pernafasannya.

"Zaf... Aku takut Zaf... Aku sakit...".

"Dahtu kau nak aku buat apa?". Naik gila juga Hyder kadang tu walaupun dia sudah banyak kali menguruskan Daim ketika dia berada dalam keadaan sebegini.

"Daneen... Panggil Daneen, Zaf...".

"Daneen? I thought you don't want her to know".

Terjeda seketika bicara Daim.

Namun...

"I don't care. Aku perlukan dia Zafran...". Rayuan Daim kedengaran semakin sayu dan lemah. Kerana takut jika Daim pengsan di situ, tanpa banyak kata lagi, terus Hyder keluar daripada kereta itu dan berjalan ke arah rumah banglo di hadapannya itu untuk mengejutkan Daneen.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now