"DAH tiga hari kau kat sini. Tak pergi kerja ke?". Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bertanya kepada Daneen.
Wanita itu ialah Dian Izzati. Kakak sulong kepada Daneen dan Idlan yang sekarang ni sedang menetap di Putrajaya. Dian ni juga lah merupakan insan yang banyak berjasa kepada Daneen. Oleh kerana dia tidak dikurniakan anak walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, Dian menawarkan dirinya untuk menjaga Dhamir buat sementara waktu. Rancangnya dia mahu menjaga Dhamir dalam dua atau tiga tahun macam tu.
"Aku dah berhenti, kak". Bicara Daneen tenang sambil menggosok-gosok rambut lembut anak lelakinya yang sedang tertidur pulas itu.
"Berhenti? Bukan kau baru kerja ke dekat syarikat dekat Kuala Lumpur tu? Kenapa berhenti?". Berkerut-kerut dahi Dian dibuatnya. Dia sebenarnya tertanya-tanya dengan tindakan adiknya ini. Dia pelik, mengapa Daneen tiba-tiba sahaja datang ke rumahnya ini secara tiba-tiba. Tiada pemberitahuan. Nasib baik la Dian ada di rumah.
" Aku risaukan Dhamir. Kau tahu kan budak ni segala-galanya buat aku?". Air mata Daneen bertakung semula apabila dia teringatkan perbualannya dengan 'lelaki itu' tempoh hari.
"Apa kaitannya dengan kau berhenti kerja? Aku tak faham la. Apa yang kau cuba maksudkan ni?".
"Ethan datang balik. Dia cakap dia nak sakitkan Dhamir. Aku risau, kak. Aku risau sangat. Aku risau dengan keadaan Dhamir kalau aku takde dekat dengan dia". Tidak dapat ditahan lagi, air matanya jatuh entah buat kali ke berapa pada hari itu. Sungguh dia penat dengan segala-galanya.
"Bos kau tak marah?". Dian bertanya lagi dan kali ini, Daneen terdiam seribu bahasa. Fikirannya menerawang ke arah Daim. Imej lelaki itu memenuhi ruang mindanya sekarang. Bagaimana la reaksi Daim ketika menerima surat perletakan jawatan di atas mejanya dua hari yang lepas...
"Entah. Aku tak nak ambil tahu pasal dia".
"Korang gaduh lagi ke? Bukan dah berbaik ke?". Dian sudah sedia maklum tentang hubungan adiknya bersama C.E.O syarikat Infinity LInes Holdings itu. Mana taknya, dulu di masa mereka berdua menjalinkan hubungan romantis, Daim selalu mengikut Daneen ke mana-mana. Balik kampung, melawat Dian, bahkan mereka juga sempat makan bersama keluarga masing-masing.
Daneen hanya mengangkat bahu. Sejujurnya, dia tidak mahu memikirkan soal Daim sekarang ni. Dia hanya mahu mengutamakan Dhamir dalam segala hal buat masa sekarang.
"Eleh, gaduh lah tu. Aku mati-mati ingat kau berdua get back haritu". Dian menolak-nolak bahu Daneen. Tanda menyakat.
"Lambat lagi!". Daneen pula sudah mulai mencebik kesal. Malas sangat nak melayan kakaknya ini!
"Gurau je hehehe...".
"Banyak lah kau gurau!". Jari Daneen naik, ingin mencubit ketam isi perut kakaknya tapi wanita itu sempat mengelak sambil ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lawaknya pun tak tahu. Orang dah la tengah sedih ni.
"Keluar lah kau, sana!". Halau Daneen.
"Ye ye, nak keluar lah ni. Kau tu, lap sikit air mata. Nanti Dhamir cakap aku yang cubit mak dia". Ibu jari Dian naik menyapu pergi air mata yang tadinya mengalir di pipi adiknya itu.
Daneen cukup terharu dengan tindakan kakaknya ini. Dian sangat banyak membantu dirinya daripada segi banyak hal. Memberikan semangat, kasih sayang dan yang paling penting... Dian sudi untuk menjaga Dhamir.
"Aku keluar dulu. Nanti apa-apa, panggil. Bila Dhamir dah bangun, kau berdua jangan lupa pulak turun makan. Nanti kebulur, aku tak nak jawab dengan Idlan". Idlan ialah manusia yang paling pantang kalau kakaknya berdua ini skip makan. Katanya, walau sesedih mana pun mereka, mereka wajib makan!
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...