20- Sunshine & Midnight Rain

3.6K 174 10
                                    

⚠️ TRIGGER WARNING: This chapter ahead might contain some issues that could be triggering some people. Author suggest sayang-sayangku semua skip sahaja jika tidak selesa, ya?

Chapter ini juga akan menyebutkan beberapa kelakuan yang TIDAK sepatutnya ditiru oleh mana-mana readers. Read at your own risk!

🐳

LELAKI yang tadinya gelabah kerana mangsanya melarikan diri itu, kini sudah tenang kerana baginya, perempuan itu takkan mampu berbuat apa-apa kerana sudah diugut olehnya. Dia punya tenang tu sampaikan sekarang ni, dia sedang menari dengan riang sambil meneguk sebotol minuman beralkohol di ruang tamu rumahnya.

Tanpa mengetahui yang...

Ada seseorang yang sedang menantikan lelaki yang bernama Ethan itu untuk membuka pintu utama rumahnya.

"Wooh! Today is my happiest day!!!". Jeritnya kuat seraya menyembur saki baki minuman yang berada di dalam mulutnya itu ke sekitar ruang tamu. Ke kaca televisyen, sofa dan meja kopi. Sungguh tidak beradab.

Ting!
Ting!
Ting!

Kegembiraan Ethan terhenti buat seketika tatkala dia mendengar loceng rumahnya ditekan sebanyak tiga kali oleh seseorang daripada luar rumah. Terus alat kawalan jauh televisyen dicapai dan video YouTube yang terpapar di kaca itu dijeda.

Sekali lagi, dia cuba untuk memfokuskan pendengarannya terhadap bunyi loceng tadi.

Ting!
Ting!
Ting!

Kalini loceng itu ditekan lagi oleh manusia yang berada di luar dengan lebih kencang. Seolah-olah 'dia' ingin menyuruh Ethan cepat-cepat bukakan pintu itu untuknya.

Dan bodohnya Ethan; kerana menyangkakan yang orang itu ialah Daneen yang cuba untuk datang balik kepadanya, dia tersenyum sebelum berjalan dengan langkah mabuknya ke arah pintu kaca itu. Di tangannya masih setia botol beer yang dipegang. Sayang untuk diletakkan buat seketika.

"I told you Daneen, Im an expert in bed". Angkuh betul tutur katanya.

Kunci dibuka dan tombol pintu itu dipulas.

"Baby--". Setelah wajahnya diangkat untuk memandang gerangan yang berdiri di luar pintunya itu, kata-katanya terhenti. Di hadapannya pada ketika ini terhidang pemandangan sebuah figura yang berdiri statik, berpakaian serba hitam. Topi hitam. Jaket hitam. Baju T hitam. Seluar hitam dan pelitup muka hitam.

Padangan Ethan dialihkan pula ke arah tangan kedua-dua tangan figura itu yang dipakaikan sarung tangan getah berwarna hitam itu.

Di tangan kirinya ada sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti oleh Ethan yang sedang mabuk teruk itu. Tapi... Di tangan lelaki itu ada sebuah kayu besbol yang tingginya mencapai paras pinggang figura itu sendiri.

"Kau si--".

Bam!

"ARGH!!!".

Sekali lagi kata-kata Ethan terhenti apabila lelaki misteri itu secara tiba-tiba sahaja melibaskan kayu besbol yang dipegang dengan begitu kuat ke arah Ethan. Sampai jatuh tersemban Ethan ke lantai di bahagian dalam rumahnya; memudahkan kerja lelaki misteri itu untuk masuk ke dalam rumah Ethan.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now