9- Different Emotion

4.1K 217 2
                                    

"KENAPA tak kejut saya, Tuan Daim?! Buat malu je tau tertidur dekat majlis macam tu. Nanti apa pula orang fikir pasal saya? Ish!". Sengaja Daneen menggunakan suara celahan giginya agar amarahnya tidak terlepas kepada lelaki yang sedang berdiri di sampingnya ini. Mana taknya, lepas hampir sejam acara membida tu berlangsung, baru dia kejutkan Daneen. Itu pun lepas dah habis.

" Kau yang tidur lena sangat. Salah aku ke?". Eh eh dia ni... Ada yang aku hempuk dengan kuali nanti.

"Heh! Nasib baik takde air liur basi tau".

"Ada tadi, aku dah mintak orang tolong lap kan". Daim berseloroh seraya menonjolkan senyuman sinis yang tertampal di wajahnya itu. Seronok lah tu dapat kena kan orang!

"Tak kelakar".

"Tak cakap pun".

"Ugh, whatever. By the way, how much did you spend tonight?". Tanya Daneen bersahaja sambil tangannya menyendukkan beberapa hidangan pencuci mulut ke dalam pinggannya yang dikongsi dengan Daim itu.

"Setengah juta". Selamba sahaja Daim menjawab sambil jarinya dihalakan ke arah segugus anggur hijau untuk diambil oleh Daneen. Daim suka anggur hijau! Dan Daneen tahu akan hal itu. Oleh itu, tangan gadis tersebut hanya menurut sahaja permintaan majikannya itu.

"Tak terkejut pun sebab Tuan Daim memang suka membazir".

"Tak membazir kalau kita beli untuk orang yang kita sayang". Kata-kata Daim yang satu ini membuatkan segala perbuatan Daneen diberhentikan buat seketika. Dia meletakkan pengepit besi yang dipegang ke tempatnya semula dan berpaling ke arah Daim. Sebelah tangan dicekakkan ke pinggang, sebelah lagi sedang memegang pinggan putih sederhana besar itu.

"Really? Tuan Daim beli untuk siapa?". Tanya Daneen. Tertanya-tanya juga lah kan dia walaupun dia tahu, mungkin Daim beli lukisan-lukisan tu untuk keluarganya.

"Aku beli empat lukisan. Kesemuanya hanya untuk seorang wanita yang aku sayang". Jawabnya sambil sebiji anggur diambil daripada pinggan yang dipegang oleh Daneen lalu dia berjalan ke arah meja makan yang sudah ada tertulis namanya di situ dan duduk di meja itu.

"Untuk Puan Besar?". Menjawab persoalan itu, Daim hanya mengangkat bahu. Sudah tentu lah jawapannya perlu dirahsiakan. Nanti jadi tak istimewa la. Kan?

"Eleh, kedekut. Orang tanya pun taknak jawab". Daneen memandang Daim dengan riak wajah kesal sebelum dia juga mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu.

"Teka sendiri".

Daneen hanya sekadar menjulingkan matanya sebagai respon lalu menyuakan secebis strawberry cheesecake yang disudu daripada potongan kek yang diambil tadi. Terkesima dia seketika apabila merasakan betapa sedapnya pencuci mulut itu.

"Kat sini rupanya kau, Daim! Puas aku cari". Suara lelaki itu hampir sahaja membuatkan Daneen tersedak kek yang dimakan. Nasib baik ada air oren yang menjadi penyelamat.

"Ya, aku kat sini daripada tadi. Kau je tak nampak". Daim bangun dan membalas sapaan orang di hadapannya ini dengan mesra sekali + dengan pakej senyuman esktra manis yang jarang-jarang ditunjukkan itu.

"How are things going bro?". Lelaki di hadapan Daim itu kemudiannya menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Good. Love my nowadays life". Daim menyambut huluran tangan itu.

"Can see". Lelaki itu tergelak kecil sebelum matanya beralih ke arah Daneen yang masih lagi sedang membilas tengkuknya dengan air oren itu. Belum hilang lagi rasa tersedak tadi.

"Siapa ni? Isteri kau?".

PFFTTT!!!

Dan pertanyaan itu akhirnya mampu membuatkan Daneen yang sedang tenang sahaja tadi, menggelabah dan terus memercikkan air oren yang diminum ke arah hadapan. Habis perlakuannya itu dilihat oleh tetamu yang masih ada di bahagian makanan itu. Nasib baik tak ramai sangat kerana kebanyakannya sudah bergerak ke ball room untuk menari.

MR WAQEEL ||©Where stories live. Discover now