"KAU dah okay?".
"KENAPA mesti lama sangat?".Tanpa sedar, mereka bersama-sama menuturkan ayat yang berlainan maksudnya itu. Yang sorang tu tengah membimbangi keadaan si gadis, yang sorang lagi tengah tertanya-tanya apa penyebab yang membuatkan si jejaka ingin tinggal di kampung ini sampai empat hari.
"Kau dulu". Kata Daim seakan mengalah untuk membiarkan Daneen bertanya terlebih dahulu.
"Haih... Aku tanya tadi, kenapa kau nak tinggal kat sini lama-lama sangat? Dah la bagitahu last minute pulak tu. Buatnya mak tak masak apa-apa tadi? Kebulur lah kau". Tak pasal-pasal Daneen yang sedang membasuh pinggan ditemani oleh Daim itu membebel.
"Kau risaukan aku?". Bukannya nak menjawab soalan si gadis, sebaliknya Daim menayangkan senyuman mahalnya dan bertanyakan kembali kepada Daneen sebuah soalan.
"Waqeel...". Daneen menyeru nama itu untuk menyuruh lelaki itu untuk menjadi sedikit serius dalam membincangkan hal ini. Bukannya apa, daripada tadi lagi si Daim sibuk duk tersenyum-senyum sambil merenung wajah Daneen. Selalu kalau dekat office serius sangat. Ini yang tak berhenti senyum setiap kali berada di dekat Daneen ni dah kenapa?
"Okay, okay. Im sorry, sunshine. Aku dekat sini empat hari because of you. I wanna look after you. Lagipun, aku bukannya boleh kerja pun kalau takde kau. Nanti Hyder tu juga yang kena dengar aku cakap aku rindu kau lebih kurang seribu kali sehari. Mungkin sebab dah penat lalui benda sama, Hyder pun suruh aku datang sini. Jumpa kau". Daim bersandar di singki yang sudah agak dibasahi dengan air basuh pinggan. Begitu dekat sekali dengan Daneen. Sudah terlupakah dia tentang apa yang dipanggil 'ikhtilat' antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram?
"Kau kan dah biasa hidup tanpa aku. Dah tiga tahun dah pun, Waqeel". Bicara Daneen sebagai respon.
"Siapa cakap aku biasa? Aku tak pernah biasa hidup tanpa kau. Setiap hari selama tiga tahun tu aku rasa hidup aku tak lengkap. Semua benda aku buat jadi tak kena. Sedangkan baju nak pergi office pun aku tak boleh pilih sendiri. But I have to bear with it cuz I have lost you. But the moment aku nampak kau apply kerja dekat syarikat aku tu, aku gembira sangat. Aku sangka mungkin kau dah lupa yang syarikat tu syarikat aku. Jadi, aku terima sahaja la permohonan kerja kau". Betul. Itu merupakan sebuah fakta. Di saat Daneen memohon jawatan di syarikat itu, mungkin dia sudah terlupa bahawa ianya dimiliki oleh bekas teman lelakinya.
"Dan lepastu aku tahu... Aku perlu buat segala benda supaya kau boleh terima aku balik. For you to be with me again. For you to be my future wife. For you to love me again. Aku percaya Allah hadirkan peluang tu kerana Dia tahu aku berniat ikhlas untuk memperisterikan kau, Daneen". Ini sudah masuk kali ke berapa Daim meluahkan perasaannya terhadap gadis itu. Dan kebanyakkannya gadis itu akan mengubah topik-
"Tepi sikit, Waqeel. Basah baju kau nanti". Kan dah cakap. Instead of memberi reaksi ke atas pernyataan Daim sebentar tadi, Daneen menyuruh untuk lelaki itu bergerak menjauhi sinki kerana kelihatan semakin banyak air basuh pinggan yang terpercik ke baju Daim.
Daim mengeluh perlahan sebelum dia mulai menjarakkan dirinya daripada singki; tempat Daneen membasuh pinggan itu. Mulutnya kemudiannya menuturkan sebaris ayat.
"Kau belum jawab lagi soalan aku".
"Aku okay. Cuma...". Jawapan Daneen terjeda seketika di hujungnya.
"Cuma?".
"It still hurts. Physically and mentally".
Dengan serta-merta Daim menegakkan badannya. Wajahnya yang tadi masih tersenyum kini ditukarkan menjadi serius. Jelas sekali dia merisaui gadis manis kesayangannya itu.
YOU ARE READING
MR WAQEEL ||©
RomanceDaim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu si pemilik syarikat. Rupa-rupanya ex boyfriend sendiri! Ahhhh! Sudah la lelaki itu terus mengambilnya...