Welcome

8K 200 10
                                    

ೃ⁀➷ Karakter Utama ⋆.ೃ࿔*:・

Fareeq Isyraf

Fareeq Isyraf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Jelita Adra

Jelita Adra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Blurb

"Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -Fareeq

Tidak pernah-pernah dia menjaga 'anak orang', tiba-tiba diberi arahan untuk menjaga dan melindungi buat selama-lamanya. Bagaimana dia mampu membantah tika arahan yang dijatuhkan adalah daripada orang yang paling banyak berjasa kepadanya?

"I don't need anyone to take care of me. Especially you." -Jelita

Menjadi seorang wanita bukan bermaksud dia perlu menjadi lemah. Biarpun dia dipaksa untuk berkahwin, jika dia tidak bahagia, alasan apa lagi untuk dia bertahan? Malahan pula, hidup bersama seorang lelaki yang tak dicintai adalah sesuatu yang mustahil.

Kehidupannya yang penuh dengan kebebasan, tiada halangan malah dia berhak lakukan apa sahaja asalkan ianya membahagiakan mulai berubah setelah dia mengenali seorang lelaki. Tiada angin tiada ribut, dia  'dijaga' oleh seorang lelaki yang cukup asing untuknya. Segala kebebasannya selama ini seolah-olah dikekang. Hidupnya tak tumpah seperti berada di dalam sangkar. Terjejas dan sentiasa di dalam pemerhatian lelaki asing itu.

Pelbagai cara yang dilakukan hanya untuk satu tujuan. Supaya dia dapat lari dari cengkaman lelaki asing tersebut. Walau bagaimana pun, semuanya tidak menjadi apabila lelaki itu seperti tidak tergugat dengan sikapnya yang liar dan tidak semenggah.

"Banyak nak kena 'repair' perempuan ni." -Fareeq

"Semakin you larang, semakin I akan buat. I love disobedience." -Jelita

Semakin lama dia berada dalam 'jagaan' lelaki itu, semakin banyak rahsia yang selama ini disimpan rapi mula menunjukkan bayang. Sebagai seorang Jelita Adra, mampukah dia menerima nasib hidupnya yang selama ini tidak diketahui? Mengapa dia harus 'dijaga' sedangkan selama ini hidupnya tidak pernah diatur? Siapa Fareeq Isyraf di sebalik topeng dingin tersebut?

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀Where stories live. Discover now