LANGKAH kaki diatur menuju ke dapur.Setiap bahagian ruangan rumah itu sudah penuh dengan tetamu-tetamu yang hadir.Senyuman terukir pada bibirnya bila dari luar dapur dia dah melihat satu sosok tubuh yang dikenali sedang duduk di meja makan membelakangi pintu masuk dapur.
"Dekat sini rupanya abang!Patutlah adik cari tadi tak ada.."Terus Dee duduk membelakangi sisi badan abangnya itu berkongsi kerusi yang sama walaupun ruang kosong yang tinggal atas kerusi itu cuma beberapa inci sahaja.
"Sana sikit!"Ditolak sedikit badan abangnya dengan belakang badan.
"Uhuk!"Kedengaran suara abangnya terbatuk.Terkejut mungkin dengan perlakuan Dee.
"Hausnya.Letih ulang-alik top up makanan dekat buffet luar.Lepasni adik rasa kita kena tapis tetamu mama.Gaya jemput orang open house macam buat kenduri kahwin."Dee mengomel sambil mata meliar ke luar dapur.
"Tak campur dengan kawan-kawan kolej abang lagi.Nak patah pinggang tahu tak!"Bebelan Dee masih belum berhenti.
Riuh rumah banglo satu tingkat itu dengan suara tetamu berborak di sini sana.Mana tak riuh,mama pula seorang ahli perniagaan jadi kenalannya memang ramai.
Kalau tahu macamni punya letih pasti dari awal haro itu dia dah suruh mama menempah katering saja.
"Sikit air.."Badan dipusing sedikit mencapai cawan berisi air sirap milik abangnya di atas meja makan itu sebelum Dee pandang ke arah sama semula.Diteguk rakus air dari dalam cawan.
Ikut hati memang selendang atas kepala ni nak ditukar ke tudung sarung.Rimas sungguh rasa!
"Abang ni diam je.Sedap sangat ke mee kari adik masak tu?Kut ye pun ja..."
"Adik?"Panggilan dari luar pintu gerbang dapur itu buat pergerakan Dee yang baru mahu menoleh ke belakang terhenti.
Laju kepala berpusing memandang ke arah suara yang memanggilnya tadi.Muka pelik ditayang bila nampak abangnya sedang berdiri memegang dulang berisi gelas kosong di depan pintu gerbang dapur.
"Aik?Bila abang berdiri situ?Bukan abang.."
"Abang apa?"Firdaus mencelah percakapan adiknya dengan kening terjungkit menyoal.
"Yang adik menyendeng sebelah Abang Emiir tu kenapa?"Firdaus memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah lelaki yang duduk disebelah Dee.
"Haa?!"Terus Dee menoleh ke belakang dengan pantas.Wajah Emiir yang tenang memandangnya itu menyapa ruang mata.
"Mak!"Refleks badan Dee terus laju berdiri dan berundur.Entah macam mana kakinya terpijak hujung abaya yang dia pakai dan Dee terus jatuh terduduk atas lantai.Cawan yang dipegang tadi pula malangnya turut ikut senget dan baki air didalamnya tertumpah mengenai separuh selendangnya.
"Ya Allah!"Firdaus cepat-cepat mendapatkan Dee.Dulang tadi diletakkan atas meja makan dan terus dia membantu Dee untuk bangun.
"Okay tak?"Emiir turut berdiri.Tak sempat dia nak menolong adik kawan baiknya itu dari jatuh.Semuanya terjadi dengan pantas.
"Eii!Abanglah ni.."Dee dah memuncung.Bahagian depan selendang yang sudah basah itu dikibas-kibas.Sejuk!
"Eh kita pulak salah.Dia yang salah orang.Terkejut lepastu jatuh sendiri.."Firdaus membebel sambil mengutip cawan yang Dee terlepas jatuh tadi dari atas lantai.
"Yelah..bercinta ke apa korang ni.Pakai baju sedondon kenapa?Mestilah adik confused.."Dee memandang abangnya dengan muka tak puas hati.Emiir yang berdiri memerhati hanya menahan senyum dengan omelan Dee.
"Eh..eh.Dah malu marah orang.."Firdaus membalas.
"Eii..diamlah abang."Dee terus keluar dari dapur dengan langkah yang cepat.Langsung tak menoleh kiri kanan.Malu punya pasal.Lagi-lagi dengan Emiir,kawan baik abangnya itu.Tak sanggup dia nak melihat muka Emiir.
Dee dapat rasakan pipinya dah berbahang sebab malu yang teramat.Sudahlah salah orang.Siap berkongsi kerusi.Minum dari cawan sama pula.Patutlah dia membebel dari tadi abangnya itu senyap.Rupanya abang orang lain!
Arghh!!Rasa nak benam kepala dalam tanah sekrang juga!
Dee menuju ke ruang rumah yang menempatkan biliknya untuk menukar selendang yang dah basah dek tersiram air sirap tadi.Tombol pintu bilik dipulas dan dia melangkah masuk ke dalam.Pintu bilik ditutup semula.
"Kau ni pun,Dee!Lain kali nak serbu orang pakai helmet.."Diketuk perlahan kepalanya.Mulut masih tak habis mengomel sementara tangannya lincah mencabut pin tudung satu persatu.
.
.
.
"SORRY Emiir..adik aku rembat air kau eh.Siap kongsi kerusi pulak.."Firdaus memandang Emiir dengan ketawa kecil.
"Tak apa..dia bukan sengaja tu.Dia ingat aku ni kau."Emiir hanya senyum.
Walaupun dia sendiri rasa terkejut waktu Dee berkongsi kerusi dan menolak badan dia tadi tapi dia diam sahaja.Tak mahu menambah rasa malu Dee.
Mangkuk kertas yang dah kosong Emiir angkat ke arah sinki.Dibuang mangkuk kertas ke dalam tong sampah yang ada.Tangan dan mulut dibasuh.
"Bak kata adik kau..kita macam bercinta pakai sedondon."Emiir menyambung dengan ketawa halus.
"Dia tu memang.Mana nak kalah.Dia yang salah..dah malu.Aku jugak kena."Firdaus turut berdiri di sebelah Emiir depan sinki itu.
Gelas-gelas kosong dari dalam dulang diangkat dan dimasukkan ke dalam sinki.
"Dah..kau jangan usik-usik dia pula.Kang panjang pulak merajuk dia.."Emiir menepuk bahu Firdaus yang sedang membasuh gelas-gelas kosong tadi.
Firdaus hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.Adik seorang pun kadang rasa macam ada adik sepuluh.Nampak saja ganas tapi kuat merajuk!
"Aku ke depan dulu..Nak jumpa member lain."Emiir meminta diri.
"Haa yelah.."Firdaus hanya menganggukkan kepala tanpa menoleh ke arah Emiir.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...