9 BULAN KEMUDIAN ..
DEE menyanggul tinggi rambutnya dengan kemas.Segar sedikit badannya selepas mandi mandian herba yang disediakan oleh mama.Pilis berbentuk minyak itu dicalit sedikit dan disapu pada dahi.
"Dee dah siap mandi?Nak mama pakaikan bengkung tak?"Puan Liza yang menjengulkan kepala dicelahan pintu yang sedikit terbuka itu bertanya.
"Dah,ma.Boleh jugak pakaikan."Dee menjawab.
Puan Liza masuk dan mencapai bengkung putih panjang bertali yang disangkut pada kepala kerusi meja belajar Dee.Puan Liza mendekati Dee yang berdiri menunggu di depan meja solek.
Mata Dee terarah pada sepasang kembarnya yang lena berbaring di atas katil sambil tersenyum.Masing-masing dah kekenyangan Dee susukan sepuasnya sebelum Dee mandi petang.
Comel!Tak puas nak gomol!
Perasaan jadi mak-mak ni.Anak terjaga menangis,nak suruh tidur tapi bila anak tidur,rindu nak bagi bangun pula.
"Siap dah."Puan Liza yang sedang duduk berlutut memakaikan bengkung pada anaknya itu mengemaskan hujung ikatan bengkung.
"Terima kasih,mama."Dee senyum ke arah mamanya.
Perancangan asal memang dia nak menempah confinement lady supaya tak menyusahkan mama atau mama Emiir.Namun,mama awal-awal lagi mama dah cakap tak perlu.Mama masih kuat nak menjaga Dee sewaktu berpantang.
Duduk berpantang di rumah mamanya memang Dee berehat sungguh.Cuma menyusukan anak dan tidurkan anak sahaja.Lain semua mama tolong uruskan.Bila Emiir balik awal atau cuti,Emiir pula ambil alih.Dee memang disuruh berehat dan sihatkan badan semula.
"Dah.Sekejap lagi mama bawa naik makanan Dee.Berpantang ni tak boleh makan lambat.Badan masuk angin nanti payah."Puan Liza menasihati.
"Okay,ma."Dee senyum comel ke arah mamanya yang dah berdiri.
"Assalamualaikum.."Suara yang memberi salam disertai ketukan perlahan pada pintu bilik itu buat Dee dan Puan Liza menoleh.
"Waalaikumussalam.."Puan Liza menjawab salam yang diberi.
"Abang.."Senyuman Dee melebar melihat wajah kacak suaminya yang juga sedang tersenyum.
"Haa..Emiir.Balik dah."Puan Liza menyapa menantunya yang sudah melangkah masuk dan bersalaman dengannya.
"Haah,ma.Baru je sampai."Emiir membalas sapaan ibu mentuanya itu.
"Pergi mandi dulu.Bersihkan diri apa semua.Nanti baru gomol anak.Salam isteri."Puan Liza mengingatkan.
"Okay,ma."Emiir mengangguk.
"Gomol isteri sekali."Dee sengih mengusik.
"Jangan nak mengada.Isteri jangan digomol pulak.Lain jadi nanti.Kamu tu adik jangan nak buat comel sangat.Ingat sikit yang dua atas katil tu kecil lagi."Puan Liza menjeling sekilas anaknya itu.
"Eii kalau memang comel nak buat macam mana."Dee mencebik.
"Ish budak ni lahai.Dulu mama seratus hari oantang pun belum tentu jumpa papa kamu tau?Dulu mama berpantang lagilah teruk adik oii.."Puan Liza dah mula membebel.
"Okay,mama."Dee mencelah laju.
Kalau nanti mama mula buka mukadimah tentang pengalamannya berpantang rasanya sampai sudah tak habis.
Emiir hanya menahan senyum.
"Haa yelah.Mama bawa naik makanan kejap lagi."Puan Liza memberitahu semula.
"Ma,tak apa.Nanti lepas Emiir mandi biar Emiir ambil makanan Dee bawa naik atas.Mama rehatlah."Emiir menawarkan diri.
"Betul ni?Kesian kamu penat balik kerja."Puan Liza yang tadi sudah mahu melangkah keluar berpusing semula memandang Emiir.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...