BAB 9

974 41 1
                                    

"KAU betul ke tak nak buat report,Dee?"Mug berisi coklat panas yang masih berasap nipis dihulur ke depan muka Dee.

"Thank you.."Dee mendongak serentak menyambut huluran mug dari tangan Liya.

"Tak nak.."Dee menggeleng perlahan.Berhati-hati mug dipegang dan ditiup perlahan sambil mata masih tertumpu pada skrin televisyen yang sedang terpasang.

"Degillah kau ni.."Liya menghenyakkan punggungnya atas sofa.

Liya berpeluk tubuh dengan muka serius memandang ke arah televisyen.

"Alah..janganlah marah,Liya."Mug diletakkan atas meja kopi di depan mereka.Dee mengalih pandangan ke sisi dan memaut lengan Liya.Wajah kesian ditayang dengan harapan Liya cair dengan pujukannya.

"Geram tahu dengan kau ni.."Dee dijeling.Keras kepala mengalahkan batu.

Dia dah separuh gila risaukan Dee selepas Dee cerita pasal kejadian dapat hadiah misteri daripada Zafran tempoh hari.Oleh sebab itu juga dia paksa Dee datang ke rumah sewa dia harini nak dengar Dee cerita depan-depan tentang hadiah misteri tu.Memang dia dah siap nak bawa Dee ke balai untuk buat laporan polis.

Dee tak nak pula.Boleh pula Dee masih tenang macam tak ada apa-apa jadi.Orang macam Zafran tu macam bom jangka.Entah apa lagi ada dalam kepala otak dia.

"Janganlah.."Dee dah mencebik dengan mata dikedipkan beberapa kali.

Bila Liya marah memang kecut perut dibuatnya.

"Aku risaulah,Dee.Kalau ada report..sekurangnya if Zafran buat sesuatu luar jangkaan kau ada rekod.Kesian sangat dengan dia dah kenapa.."Liya masih dengan perasaan geramnya.

"Emm.."Dee menunduk.

"Aku bukan kesian.Aku tak nak serabutkan kepala.Aku nak anggap Zafran tu macam tak wujud.Aku rasa bila buat report nanti aku jadi lagi paranoid.Jadi tak tenang sebab seolah-olah aku macam iktiraf kewujudan dia dalam hidup aku sekarang."Pautan pada lengan Liya dilepaskan.Dee masih menunduk.

Air mata mula rasa bergenang.Dia cuma nak tenang.Dia tak nak ada satu apa pun kesan tentang Zafran dalam hidup dia.

"Haih.."Nada suara Liya mengendur.

Tangan Dee dicapai.Diusap lembut belakang tapak tangan kawan baiknya itu.Dee ni nampak saja kuat tapi sebenarnya kuat menangis.Tak sampai hati pula bila Dee dah mula hiba.

"Yelah..aku hormat keputusan kau.Sorry aku emosi."Liya menggenggam tangan Dee.

Dee mengangkat muka.Wajah Liya yang sedang tersenyum dipandang.Liya menyeka air mata Dee yang ada dihujung mata.

"Terima kasih Liya selalu ada susah senang dengan aku.Aku tahu kau risau.Maaf sebab selalu jadi kawan paling degil."Tubuh Liya ditarik ke dalam pelukan.

"Memang degil pun.."Liya mengusik.Dee hanya ketawa perlahan.

"Aku doa biar suami kau nanti lagi keras kepala daripada kau.Baru bertemu buku dengan ruas."Liya sambung mengusik.

"Eiii..tak naklah!"Pelukan dileraikan.Bahu Liya dipukul dengan cebikan.

"Tahu takut.."Liya dah ketawa terbahak-bahak.

.

.

.

AIR kosong sejuk yang masih berbaki di dalam gelas itu diteguk sehingga habis.Kemudian,gelas tadi dibawa ke arah sinki.

"Adik.."Dee menoleh bila suara abangnya memanggil dari luar ruang dapur.

"Ya?"Dee menyahut.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now