"MAMPUS kau!"Mata pisau yang berkilat hujungnya itu laju menujah ke arah Emiir.Emiir dengan sepantas kilat menahan lengan lelaki itu dengan menahan sakit yang menjalar ke segenap tubuh badannya.
Lelaki itu gigih menolak tangannya agar pisau yang dalam genggamannya terbenam ke dalam perut Emiir.Emiir sekuat tenaga melawan kembali daya tolakan lelaki itu.
Tangkas kaki Emiir diangkat.Perut lelaki yang sudah melutut sedang berusaha menikam Emiir itu disepak dengan sepenuh hati.Lelaki itu terjatuh ke belakang menerima tendangan daripada Emiir.Giliran tangan kanannya yang masih kejap memegang pisau itu pulak disepak.
"Argh!"Lelaki itu dah terbaring mengiring memegang tangannya yang menerima sepakan Emiir.
Pisau tadi dah tercampak jauh terperosok masuk ke bawah kereta yang turut parkir disebelah kereta Emiir.
"Tak guna kau!"Emiir terus bangun dan mencekak baju lelaki yang terbaring menyeringai kesakitan itu.
Dush!Dush!Dush!
Ditumbuk bertubi-tubi muka lelaki itu.Adrenalin yang mengalir ke seluruh tubuhnya membuat badannya lupa sebentar akan sakitnya tadi.
"Kau nak apa lagi,Zafran?!"Genggaman pada baju Zafran dikuatkan.Badan Zafran diangkat sedikit dan dihentak ke bawah.
"Aku nak Dee!"Zafran mengangkat melipat lengannya.Siku diangkat tinggi dan singgah pada dagu dan pipi kiri Emiir.Emiir jatuh tersembam ke tepi tanpa sempat mengelak.
Tenaga Zafran masih banyak walaupun sudah dibelasah agak teruk.
"Ptuih!"Zafran meludah ke tepi air liur yang bercampur darah pekat.Giliran Zafran pula mencekak kolar baju yang dipakai Emiir dan menumbuk dengan sekuat hati.
"Harini kau rasa pulak makan penumbuk aku!"Zafran menjerit seperti orang hilang kewarasan.Dia menumbuk dua kali muka Emiir sebelum Emiir menahan dengan lengannya daripada menerima tumbukan Zafran lagi.
"Woi!"Dari kejauhan Firdaus dah menjerit dan berlari laju ke arah Emiir yang sedang dibelasah dengan lelaki berpakaian serba hitam itu.
Beberapa orang awam yang baru keluar dari pintu pusat membeli belah di belakang Firdaus turut menjenguk ke arah sama.Mereka berbisik sesama sendiri melihat pergelutan itu.
"Lepaskan kawan akulah!"Badan lelaki itu yang dah duduk sambil masih menumbuk Emiir itu dipaut dan ditahan sekuat hati.
Lelaki itu ditarik dan dipaksa berdiri oleh Firdaus.Emiir turut bangun perlahan-lahan dan bersandar pada pintu Jeep miliknya.
"Lepaslah sial!"Zafran dah meronta macam orang kerasukkan.
Dadanya masih turun naik dengan rasa marah.Dia masih belum puas selagi lelaki itu belum mati!
Dada Emiir tercungap-cungap selepas beberapa minit bergelut.Sesekali dia menyeringai kesakitan.
"Telefon polis!Telefon polis!"Firdaus meminta tolong orang-orang yang sedang turut menyaksikan pergelutan itu.
Seorang lelaki mengeluarkan telefon bimbitnya dna mendail nombor talian kecemasan.
.
.
.
"NAH.."Firdaus yang baru masuk ke dalam kereta menghulurkan sebuah cawan kosong berisi ais yang dibeli dari kedai serbaneka kepada Emiir.
Mereka berdua baru saja selesai membuat laporan polis dan memberi keterangan akan kejadian tadi.Hampir empat jam juga mereka di sana.
Belum masuk lagi waktu perlu menunggu untuk merujuk kes Dee diserang kepada pihak polis yang berkenaan.Memandangkan kes serangan ke atas Emiir ni ada kaitan dengan kes serangan Dee beberapa bulan lalu.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...