Bab 36

1K 51 1
                                    

EMIIR berdiri di depan pintu bilik mamanya.Tangan diangkat dan pintu bilik itu diketuk perlahan.

TOK!TOK!TOK!

"Ma.."Emiir memanggil lembut mamanya dari luar bilik.

"Ya.."Kedengaran suara Datin Alya menyahut dari dalam.

Tombol pintu yang tak berkunci itu dipulas.Pintu ditolak dan Emiir menjengulkan sedikit kepalanya dicelahan pintu.

"Boleh Emiir masuk?"Emiir meminta izin.

Wajah mamanya yang sedang duduk pada birai katil memakain telekung sambil memegang Al-Quran dipandang.

"Masuklah.."Datin Alya memberi izin.

Dia menyudahi sebaris ayat terakhir pada muka surat Al-Quran yang terbuka tadi.Al-Quran ditutup dan dicium.

Emiir melangkah masuk dan duduk disebelah mamanya.Niatnya mahu meminta maaf pada mamanya.Semarah apa pun dia sepatutnya dia tak buat sampai mama berkecil hati dengan sikapnya yang dingin.

Dee turut memujuknya supaya memaafkan mama.Dee yang banyak menasihati dia supaya jangan terlalu ikutkan rasa hati.Mama cuma satu tiada ganti.

"Kenapa Emiir?"Datin Alya memandang muka Emiir.Al-Quran bertutup tadi diletakkan atas meja kecil disisi katilnya.

Tangan mamanya yang berlapik telekung itu dicapai.Emiir menunduk sedikit.Tangan mamanya dicium lama.Datin Alya jadi sebak dengan perlakuan Emiir.Diusap kepala anak sulungnya itu.

"Emiir minta maaf,ma."Emiir masih menunduk dalam posisi tadi.

"Emiir tak salah apa-apa.Mama yang salah.Mama yang patut minta maaf."Datin Alya menuturkan dengan mata bergenang.

"Tak,ma."Emiir dah duduk tegak memandang muka mamanya semula.

"Emiir pun salah dalam hal ni.Emiir dah buat mama terasa hati dengan Emiir.Emiir tinggi suara pada mama.Emiir buat tak tahu dengan mama sebab rasa marah Emiir.Emiir minta maaf,mama."Emiir menarik senyum segaris.

Air mata Datin Alya jatuh setitis atas pipinya.

"Mama maafkan semua.Tak ada silap Emiir pada mama.Mama maafkan semua."Datin Alya memeluk tubuh anak sulungnya.

Belakang badan Emiir diusap-usap lembut.Dia rindu anaknya itu.Dua minggu bercakap seperti orang asing terasa lama.

"Terima kasih,ma.Mama sudi datang minta maaf pada Dee.Terima kasih juga mama restu hubungan Emiir dan Dee.Terima Dee."Pelukan dieratkan.

Restu dan doa mamanya adalah benda yang paling Emiir harapkan.Lega bila mamanya sudah terbuka hati.

"Sama-sama.Mama yang patut terima kasih dekat Dee sebab tak benci mama atau dendam.Tetap layan mama dengan baik walaupun lepas apa mama dah buat."Pelukan dileraikan.

"Terima kasih juga pada Dee sebab tolong mama pujuk anak bujang mama ni.Mama tak nak Emiir benci mama."Suara Datin Alya bertukar sebak semula.

Emiir menggeleng laju.

"Emiir takkan benci mama.Mama syurga Emiir.Mama yang lahirkan Emiir dan didik Emiir sampai jadi macam sekarang."Emiir menggenggam tangan mamanya.

"Emiir buat pilihan yang tepat dengan jadikan Dee pasangan hidup.Dia baik.Cantik.Lemah lembut.Bijak.Cukup pakej dah."Datin Alya senyum.

Emiir turut senyum gembira.Tuhan saja tahu betapa hati dia sangat bersyukur saat ini.

.

.

.

SESEKALI Dee duduk tegak meluruskan pinggangnya.Setengah jam duduk dalam posisi sama sampai kaki yang disila pun dah naik kejang.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now