EMIIR melangkah turun tangga rumahnya satu persatu dengan dua bekas merah baldu berisi cincin di dalam tangannya.Lehernya dipanjangkan dan matanya meliar ke sekeliling mencari kelibat mama dan papanya.
"Cari siapa Emiir?"Mak Jah yang baru keluar dari ruangan dapur sambil membawa kain mahu membersihkan meja makan itu bertanya.
"Mama dengan papa mana Mak Jah?"Emiir bertanya.
"Ouh..duduk dekat laman belakang.Ambil angin katanya.."Mak Jah memuncung ke arah pintu gelangsar yang terbuka tak jauh dari tempatnya berdiri.
"Ouh..okay.."Emiir terus melangkah menuju ke pintu gelangsar yang terbuka luar itu.
Walaupun dia kesakitan pada muka dan badannya masih bersisa,dia gagahkan diri juga untuk menyampaikan hasratnya pada malam ini.Takut berlengah nanti jadi lupa.
Dia pun malas nak bertangguh perkara seperti ini lama-lama.Pengalaman lama dengan Aisyah dulu juga mengajarnya.
.
.
.
"MAMA..papa.."Emiir mendekati mama dan papanya yang sedang duduk berbual kosong di lama belakang rumah itu.
"Eh,Emiir?Kenapa tak rehat je?"Datin Alya bertanya risau.
"Haah Emiir.Pergi rehat.Nampak teruk jugak luka tu."Dato' Zaidi menyetujui kata-kata isterinya.
"Tak apa ma..pa.Dah kurang sikit sakitnya."Emiir tersenyum nipis.
Kerusi besi bewarna putih yang kosong ditarik dan dia duduk.
"Nak air teh?"Datin Alya bertanya sambil menunjuk ke arah teko yang masih berisi.
"Boleh juga,ma."Emiir mengangguk.
"Ni kenapa sampai teruk kena belasah ni?"Dato' Zaidi menoleh ke arah Emiir.Telefon yang tadi dipegang dah diletakkan atas meja.
Datin Alya menolak cawan yang dah dituang air teh itu ke arah Emiir.Dia turut memandang Emiir menanti jawapan.
"Ada orang nak cuba samun Emiir tadi dekat parking lot.Nasib baik Firdaus ada sekali.Kalau tak,tahulah.."Emiir memberitahu.
Memang sengaja dia tak ceritakan hal sebenar.Satu,terlalu complicated dan panjang pula ceritanya.Satu lagi sebab dia tak nak mama nanti salahkan Dee pula atas kecederaannya hari ini.Tak ada niat pun untuk berbohong cuma Emiir rasa lebih baik begini.
"Allahu Akbar.."Dato' Zaidi menggeleng kepala.
"Haih..macam-macam orang sekarang ni.."Datin Alya turut menggelengkan kepala..
"Ni kamu dah buat report polis dah?"Dato' Zaidi bertanya lagi.
"Dah,pa.Lama jugak tadi bagi keterangan apa semua.Selesai dah semua."Dato' Zaidi mengangguk.
Datin Alya menghembus nafas lega.Mujur Emiir cuma mengalami luka ringan.
"Tu bekas apa,Emiir?"Mata Datin Alya tertumpu pada dua bekas baldu merah berbentuk hati bersaiz kecil yang Emiir letakkan dihujung meja.
"Ni ma..pa.."Bekas itu diambil.Emiir buka penutup kedua bekas itu dan meletakkan bekas itu pada ruang tengah meja.
"Cincin?"Datin Alya bertanya hairan.Dato' Zaidi diam memandang bekas cincin itu.Dia memberi ruang Emiir untuk memberitahu.
"Emiir nak bincang sesuatu dengan mama papa.Nak minta tolong.."Emiir memulakan bicara.
"Emiir nak minta tolong mama dengan papa masuk meminang seseorang.Pilihan hati Emiir."Wajah Datin Alya dan Dato' Zaidi dipandang silih berganti.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...