Bab 45

1K 45 1
                                    

KEPALA yang berdenyut diurut perlahan.Badan dibaringkan dan kaki diluruskan atas sofa.Bantal kecil atas sofa di rumah mamanya itu ditarik dan diletakkan atas dada.

"Adik okay tak ni?"Puan Liza bertanya bimbang melihat Dee yang seperti tidak sihat itu.

Air lemon ais yang Dee minta tolong dia buatkan tadi diletakkan atas meja kopi.

"Okay.Sakit kepala sikit.Mengantuk pun iya ni.Panas sangat agaknya,ma."Dee membalas dengan mata terpejam dan tangan mengurut dahi.

"Tulah mama kata rehat.Tak payah buat dah dessert tu.Tak payah ambil tempahan ke apa.Emiir tu rasanya lebih daripada mampu tampung adik."Puan Liza dah membebel.

Puan Liza berlalu pergi nak mengambil balm untuk mengurut kepala Dee.

Dee cuma senyum.Memang Emiir tak pernah menyuruh dia meneruskan perniagaannya itu.Kalau dia berhenti terus pun Emiir langsung tak kisah.Cuma Dee yang rasa sayang.

Selalu okay saja.Hari ini pula tiba-tiba rasa semacam badannya.Nak kata demam tak demam.Mujur tempat dia hantar tempahan brownies dan kek tadi berdekatan rumah mama.Itu yang terus dia rehat sekejap di sini.

"Sikit je ni,ma.Sekejap lagi okaylah ni."Dee meyakinkan mamanya.

"Sini.."Puan Liza mengangkat sedikit kepala anaknya itu dan duduk.Kepala Dee diletakkan semula atas ribanya sebelum Puan Liza mula mengurut.

"Seronoknya,ma."Dee memejamkan mata.Denyut pada kepalanya rasa beransur hilang.

"Bulan ni period dah adik?"Puan Liza tiba-tiba bertanya.

"Belum."Dee menjawab.

"Cuba cek pregnancy test."Puan Liza memberi cadangan.

"Emm..nantilah."Dee menjawab acuh tak acuh.

Bukan tak nak.Dia cuma tak mahu berharap.Nanti kecewa seperti selalu.Emiir juga jadi mangsa memujuk dirinya.

Lagipun,kitaran haidnya selepas kahwin ni memang bercelaru sedikit.Kadang cepat kadang lambat.

.

.

.

NAFAS ditarik dan dihembus.Dee dapat rasakan tangan dia sejuk.Kakinya pun turut sejuk.

Alat ujian kehamilan yang bersusun atas sinki bilik air itu dipandang.Ada tiga jenis.Semuanya berlainan jenis dan jenama.Ada jenis kaset,strip dan digital.

Entah kenapa yakin dia nak lakukan ujian kehamilan untuk ketiga-tiga jenis itu.Haidnya dah lewat hampir tiga minggu.Mungkin kerana Dee tak pernah selewat itu.

Deringan telefon Dee menandakan waktu yang diset untuk ujian kehamilan itu memberikan keputusan berbunyi.

"Fuh.."Dee menarik dan menghembuskan nafasnya.Cuba menghilangkan gugup.

Lambat-lambat diambil satu alat ujian kehamilan jenis strip dan dikeluarkan sedikit dari dalam sarungnya.

Dee rasa seperti mahu pengsan saat mata tertancap pada strip itu.Terkebil-kebil mata Dee memandang garisan merah dua yang tertera.

Dua maksudnya positif,kan?

Jenis kaset pula dilihat.Kepala Dee rasa ringan.Macam tak percaya.Alat ujian kehamilan digital pula dicapai dan diperiksa.

Tulisan 'pregnant' dan 2-3 weeks dibawahnya itu dibaca berulang kali.Dee menekup mulut.

Sah matanya tak salah tengok!

Air mata Dee bergenang.

.

.

.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now