Bab 30

1K 46 1
                                    

BADAN disandarkan pada kerusi kafe itu.Fokus matanya pada skrin telefon yang menyala sejak dari beberapa minit yang lepas.Gambar sama yang terpampang pada skrin telefonnya dari tadi itu dipandang dengan perasaan yang berkecamuk.

Sakit hati,marah,cemburu,sedih dan hiba.Kuat tangannya menggenggam telefon pintar yang berada dalam tangan kanannya itu.

'Alhamdulillah.My Sunshine.InshaAllah soon.'

Laju dia membaca kapsyen yang tertulis pada feed Instagram milik Emiir itu.Kapsyen beserta gambar seorang perempuan bertudung duduk di tepi pantai dengan tangan menutupi wajahnya itu ditenung.Gambar itu diambil dari sisi.

Cincin yang tersarung pada jari manis perempuan di dalam gambar itu buat hatinya sakit.Penuh dengan rasa cemburu.

Sepatutnya dia yang ada di dalam gambar itu sekarang..

Aisyah melepaskan keluhan.Rasa sia-sia sahaja dia pulang ke Malaysia bila satu apa pun usaha untuk mendapatkan semula Emiir tak berhasil.Memang awalnya dia mahukan kemaafan Emiir.Itu sahaja pun cukup.

Namun,setelah berjumpa semula dengan Emiir membuatkan hati Aisyah terpaut semula.Dia tahu yang dia mahukan lebih daripada kemaafan Emiir.Dia mahu Emiir menerima dia semula.

Aisyah sakit hati bila kewujudan Dee dalam hidup Emiir menyukarkan niatnya.Dia tak boleh lupakan Emiir.Dia tak boleh lepaskan Emiir kerana hanya Emiir lelaki paling layak untuk membimbing dia.Ego hatinya tak mahu menerima yang Emiir betul-betul dah menutup pintu hatinya.

'Bukan kau jugak ke yang lepaskan peluang ni Aisyah?Semua ni silap kau sendiri..'Kata hati Aisyah bersuara.

Aisyah rasa tak adil.Semua orang berbuat silap.Salahkah andai dia mahukan peluang yang kedua?Apa yang susah sangat untuk Emiir terima dia semula?

Susah payah dia berubah dan menjadi seorang yang lebih baik.Itu pun tak mampu membuatkan Emiir menerima dia semula.

"Huh!"Aisyah mendengus geram.

Telefon pintar itu ditutup dan dicampak masuk ke dalam beg tangannya.Lagi lama dia tengok gambar tu lebih bertambah sakit hatinya.

Sirap bandung yang sudah cair itu dikacau perlahan.Dia duduk tegak dan menyedut air sirap bandung itu.Entah berapa lama hanyut dalam fikiran sendiri tadi sampai sirap bandung pun dah rasa tawar.

Cawan itu ditolak ke depan.Dah tak ada rasa nak duduk lama-lama.Beg tangan hitam miliknya disangkut ke bahu.Kerusi ditolak dan dia bangun dari duduknya.

Baru mahu berpusing tiba-tiba badannya berlanggar dengan tubuh seseorang.

"Sorry..sorry.."Aisyah mengangkat muka mendengar suara lelaki meminta maaf.

Aisyah terdiam.Wajah lelaki itu buat jantung Aisyah berdegup laju.Lelaki itu turut membalas pandangan Aisyah.

"Aisyah?"Lelaki itu bersuara tak percaya.

Aisyah tak membalas dan membuka langkah mahu berlalu pergi dari situ.

"Nanti dulu.."Lengannya dipaut oleh lelaki itu tanpa sempat Aisyah melangkah.

"Lepas.."Aisyah menarik tangannya semula.

"Mana awak hilang?Merata saya cari."Lelaki itu bersuara rendah.

Aisyah ketawa sinis.Cari?Untuk apa?

Aisyah malas mahu melayan soalan lelaki itu.

"I miss you.Kenapa aw-"

"Daddy!"Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 5 tahun itu berlari anak dan terus memeluk lelaki yang berapa dihadapan Aisyah.

Lelaki itu terdiam.Wajah Aisyah dipandang.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now