SEJADAH dilipat usai Emiir mengaminkan bacaan doa.Dia bangun dan duduk bersandar pada kepala katil.Telefon pintar dicapai dari meja sisi.Aplikasi WhatsApp dibuka.Dibaca satu persatu pesanan WhatsApp yang masih belum sempat dibuka.
TOK!TOK!TOK!
"Emiir?"Bunyi ketukan dari luar pintu bilik disertai dengan suara mama memanggil namanya.
"Masuk,ma.Emiir tak kunci pun."Emiir melaung dari tempatnya duduk.
"Mama masuk boleh?"Datin Alya menjengulkan kepalanya dicelahan pintu bilik yang terbuka sedikit.
"Eh masuk je,ma."Telefon diletakkan semula di atas meja.Emiir dah duduk tegak menunggu mamanya yang sedang berjalan ke arah tempat dia duduk.
"Kenapa,ma?"Emiir bertanya bila mamanya sudah duduk berhadapan dengan dia.
"Macam mana lunch tadi?Okay?"Datin Alya bertanya dengan senyuman.
"Okay.."Emiir menjawab ringkas.
"Aik..takkan okay je.Ada sambung berjalan ke mana-mana tak?"Datin Alya masih cuba mencari tahu apa yang jadi sewaktu makan tengah hari tadi.
"Tak ada pun.Emiir kerja,ma.Nak berjalan ke mananya."Emiir menjawab soalan mamanya.
"Kamu boss,kan.Setakat satu hari tak masuk office apalah sangat.."Datin Alya membidas.
"Memanglah Emiir boss tapi kena tunjuk contoh dekat pekerja lain jugak,ma."Emiir membalas dengan senyum segaris.
"Hmm..yelah.Habistu kamu lunch je dengan Aisyah?Sempat ke nak catch up cerita-cerita lama?"Datin Alya bertanya lagi.
"Ya,ma.Tak ada apa nak catch up pun,ma.Mama pun tahu Emiir dengan Aisyah lama dah putuskan?"Emiir memandang mamanya.
Nampak sangat mamanya itu masih berharap dia dengan Aisyah.Jelas sangat perancangan mamanya yang memang mahu menjodohkan dia dan Aisyah semula.Emiir tetap dengan pendiriannya walaupun mama nampak bersungguh nak dia dan Aisyah kembali bersama.
"Tak adalah.Mana tahukan dah empat tahun tak jumpa jadi rindu?"Datin Alya mengusik.
"Tak adalah,ma."Emiir menafikan.
"Kamu memang tak nak cuba sambung balik hubungan dengan Aisyah ke,Emiir?"Akhirnya Datin Alya berterus-terang.
Letih nak berkias dengan anak sulungnya itu.Sudahlah ada saja jawapan yang keluar dari mulut Emiir membidas setiap soalannya.
"Mama.."Tangan Datin Alya dicapai dan digenggam.
"Emiir tahu mama memang berkenan sangat dengan Aisyah.Emiir seronok tengok mama happy je bila keluar dengan Aisyah."Emiir berhenti seketika menyusun ayat agar tak mengguris hati mamanya.
"Tapi Emiir minta maaf sangat-sangat,ma.Kali ni Emiir betul-betul serius.Aisyah bukan untuk Emiir,ma."Wajah mamanya yang diam mendengar itu dipandang.
"Emiir dah ada orang lain yang Emiir nak jadikan suri hidup.Emiir minta maaf orang tu bukan Aisyah."Emiir menghabiskan ayatnya dengan tenang.
Kedengaran suara mamanya mengeluh lemah.
"Mama marah Emiir ke?"Tangan mamanya digenggam meminta jawapan.
"Tak."Datin Alya menjawab setelah lama diam.
"Mama kenal ke siapa yang kamu nak jadikan isteri tu?Ke kamu sekadar buat alasan sebab nak elak daripada kena paksa dengan mama supaya baik semula dengan Aisyah?"Datin Alya memandang tepat pada anak mata Emiir.
Emiir senyum dan menggeleng.
"Tak,ma.Bukan cuma alasan.Emiir memang dah ada seseorang dalam hati Emiir."Emiir menjawab jujur.

ANDA SEDANG MEMBACA
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...