Bab 35

2.3K 91 1
                                        

"ASSALAMUALAIKUM,Dee."Datin Alya memberi salam kepada Dee yang berdiri dihadapannya.

"Waalaikumussalam,aunty.."Dee mendekati Datin Alya.

Dia menghulur tangan untuk bersalaman.Kali ini,Datin Alya menyambut huluran tangan Dee itu.

"Aunty sorang ke?"Dee menjenguk ke arah kiri dan kanan.

Tak nampak pun kereta.

"Ha'ah.Emiir kerja.Dato' Zaidi pun.Mama minta Pak Mat hantar ke sini.Nanti nak balik mama call dia."Datin Alya menjawab pertanyaan Dee.

Dee terdiam seketika bila Datin Alya menggelarkan dirinya mama dengan Dee.Lambat-lambat senyuman mekar pada bibir Dee.

"Jom,ma.Masuk dulu."Dee mempelawa Datin Alya masuk ke dalam rumahnya.

Dua helai beg kertas yang dipegang pada tangan kiri Datin Alya dicapai oleh Dee.

"Dee tolong bawa.."Dee menawarkan diri.

Datin Alya hanya membiarkan.Lega sedikit hatinya bila Dee turut memanggilnya dengan gelaran mama.Datin Alya jadi malu dengan Dee bila bakal menantunya langsung tiada riak marah atau dendam rentetan kejadian makan malam tempoh hari.

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

"Mama Dee mana?"Datin Alya bertanya.

Rumah tu senyap sunyi sahaja.

"Ouh,mama dekat atas.Tadi kata Solat Asar tapi mungkin rehat sekejap agaknya."Dee memberitahu.

Datin Alya mengangguk.

"Dee naik sekejap panggil mama.Mama duduklah dekat ruang tamu sekejap ya?"Dee mempelawa dengan lembut.

Datin Alya angguk.Dee naik ke atas memanggil mamanya untuk beritahu akan kehadiran Datin Alya ke rumah mereka itu.

.

.

.

"DATIN.."Puan Liza yang baru turun dari biliknya diikuti Dee itu menyapa Datin Alya yang sedang duduk sendiri di ruang tamu.

Datin Alya segera berdiri dan mereka berdua bersalaman dan berlaga pipi.

"Maaflah datang mengejut.Ganggu ke?"Datin Alya berbasa-basi.

"Eh tak adalah.Sentiasa alu-alukan lagipun kita kan nak jadi besan dah."Puan Liza membalas mesra dengan ketawa halus.

Dee dah melangkah ke dapur.Mahu membuat air minuman sementara mamanya berborak dengan Datin Alya.

"Datin sendiri ke?"Puan Liza bertanya.

"Ha'ah.Saja bosan duduk rumah.Tu yang datang melawat bakal besan dengan bakal menantu.Panggil je saya Alya,Liza."Datin Alya senyum.

Melihatkan layanan Puan Liza yang tetap mesra itu buat Datin Alya lega kerana Dee tak mengadu atau menceritakan apa-apa tentang layanannya pada Dee tempoh hari.

"Yelah.."Puan Liza mengangguk.

"Ni datang sini siapa hantar ni?"soal Puan Liza.

"Driver saya.Pak Mat.Nanti balik saya call dia suruh ambil."Jawab Datin Alya.

"Ni ada sikit buah tangan saya bawak untuk Liza."Datin Alya mencapai sebuah beg kertas pada kaki meja kopi itu.

Beg kertas itu dihulur ke arah Puan Liza.Puan Liza menyambut huluran beg kertas itu dengan senyum teruja.

"Ya Allah..susah-susah je Alya."Isi beg kertas diintai sedikit sebelum diletakkan semula ke sisinya.

"Sikit je tu.Tak ada apa."ujar Datin Alya.

TERNYATA KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang