Bab 58

1.5K 65 3
                                    

"TOLONGLAH Dee.Pujuk Emiir untuk ambil Tasha jadi isteri.Isteri kedua pun tak apa.Emiir je harapan yang aunty ada.Aunty tak nak hilang Tasha.Sekurangnya kalau dia kahwin dengan Emiir,papa Tasha akan terima Tasha semula."Nada Datin Riana yang tadi marah sudah bertukar merayu.

Dee jadi takut dengan Datin Riana.Datin Riana kelihatan betul-betul tertekan seperti tak dapat berfikir dengan lurus.Emosinya juga berubah-ubah.

"Lepas kahwin Emiir tak payah jaga Tasha pun tak apa.Aunty boleh jaga.Jadi suami Tasha je pun tak apa supaya anak dalam perut Tasha tu ada bapa.Supaya Tasha pun tak perlu jauh dari aunty."Datin Riana masih tak berputus asa memujuk Dee.Dia betul-betul terdesak.

Dee melepaskan keluhan kecil sebelum membalas.

"Maaf aunty.Dee memang tak boleh tolong.Apa yang Tasha buat tu silap dia sendiri.Tak adil untuk libatkan Abang Emiir dalam hal ni.Dee pun takkan berkongsi suami Dee dengan orang lain.Takkan."Dee bersuara tegas bila Datin Riana seolah tak faham-faham.

"Kamu jangan tamak Dee.Emiir tu lebih daripada mampu kalau nak kahwin dua pun.Aunty tak mintak apa-apa.Cuma minta tolong Tasha dapatkan status sebagai seorang isteri sahaja."Datin Riana dah mula hilang sabar.Tanpa rasa bersalah dia menuturkan.

Tamak?Siapa yang tamak sekarang ni?

"Cuba kamu fikir kalau anak tu keluar pun kamu yang beruntung.Sekurangnya kamu dapat rasa menimang cahaya mata yang kamu tak sempat dapat dulu.Boleh juga kamu menumpang kasih pada anak Tasha nanti.Kamu nak anggap anak Tasha macam anak kamu pun tak apa."Dee tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Datin Riana.

Hati Dee dirundung rasa sedih.Tanpa belas ihsan Datin Riana sentuh soal anak sedangkan Datin Riana tahu baru dua bulan dia kehilangan anaknya.

Anak syurganya takkan pernah sama dengan sesiapa pun.Tak ada yang boleh menggantikannya.

Air mata Dee bergenang.Luluh hatinya.

"Kalau saya mampu pun saya takkan pernah duakan isteri saya."Dee angkat muka bila suara Emiir tiba-tiba muncul.

"Abang.."Dee memandang Emiir dengan mata berkaca.

Datin Riana laju menoleh ke belakang.Terkejut dia bila Emiir ada di situ.

"E-Em-Emiir."Gugup Datin Riana bersuara.

"Emiir rasa lebih baik aunty balik sekarang sebelum Emiir yang halau aunty balik."Datar nada Emiir menuturkan.

Wajahnya serius memandang ke arah Datin Riana yang kelihatan sedikit takut itu.

Sedikit sebanyak hormatnya mula hilang pada wanita yang dia anggap seperti mamanya juga itu memandangkan Datin Riana dan mamanya berkawan rapat.Membara hati Emiir bila mendengar setiap apa yang diungkapkan oleh Datin Riana kepada Dee tadi.

Lagi Emiir mahu marah bila nampak muka sedih dan mata berkaca Dee tadi saat memandangnya.

Patutlah hati Emiir kuat mahu pulang sekejap ke rumah.Rupanya ada orang yang tak serik lagi..

"Tapi Emiir.."Datin Riana masih tak berputus asa.

"Ke aunty nak saya panggil polis?"Muka Datin Riana dipandang tanpa perasaan.

Datin Riana menelan air liur yang terasa kesat melihat wajah dingin Emiir itu.

"Aunty patut bersyukur yang Dee tak pernah pun salahkan Tasha tentang anak kami.Emiir cuma minta jangan ganggu Dee atau keluarga Emiir lagi.Tapi kalau aunty berdegil,Emiir takkan teragak-agak untuk buat report polis sebab aunty dah ganggu Dee."Emiir menuturkan tegas.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now