Bab 46

1K 51 0
                                    

DEE turun ke bawah dengan langkah berhati-hati.Dia berjalan menuju ke meja makan.

"Eh,Dee turun?Larat ke Dee?Kalau tak larat Dee rehat je dulu dekat atas."Datin Alya yang baru keluar dari dapur membawa semangkuk sambal ketam itu menyapa Dee.

Dee menayang senyum.Wajahnya sedikit pucat.Dia pun senasib dengan Kak Inara.Alahan teruk.Malam tadi sampai tak boleh tidur sebab ulang-alik ke bilik air.Jangankan dia,Emiir pun jadi mangsa jadi tukang urut Dee.

"Larat mama."Dee menjawab soalan Datin Alya.

"Sayang dah okay ke?"Emiir yang tadi sudah duduk di meja makan segera bangun mendapatkan Dee.

"Okay."Dee mengangguk perlahan.

Rasa tak seronok pula bila dia seorang saja yang duduk di atas sementara yang lain ada di bawah.

"Pucat muka kamu tu,Dee."Dato' Zaidi menegur muka pucat menantunya itu.Risau juga hatinya.

"Bawak pergi hospital Abang Emiir kalau Kak Dee tak larat sangat.Selalunya diorang drip air nanti."Ayie pula bersuara memberi cadangan.

"Sayang nak pergi hospital sekarang?"Emiir bertanya.

"Tak apa.Dee okay lagi."Dee senyum nipis ke arah semua orang yang ada di meja makan.

"Lagipun Dee teringin sambal ketam mama."Dee mencebik.

Rasa sedih pula tiba-tiba.

"Alahai kesiannya.Meh duduk kita makan."Datin Alya menarik kerusi untuk Dee dan mengarahkan Emiir untuk memapah Dee duduk.

Doa makan dibaca dan mereka mula menjamah.Tiba-tiba terdengar esakan halus dari arah Dee.

"Kenapa ni sayang?Sakit ke?"Emiir dah menggelabah.

Semua yang ada di meja makan itu dah memandang risau ke arah Dee.

"Sedap sangat,ma."Dee pandang Datin Alya dengan air mata berjuraian.

"Sorry Dee nangis.Dee seronok dapat makan lepas seharian muntah dari semalam."Air matanya diseka.

Serentak ketawa pecah di meja makan itu.Geli hati dengan kerenah ibu mengandung.

"Sayang ni..risau abang."Emiir menahan senyum.

Haih..bila mengandung ni lagi bertambah comel perangai.

"Makan banyak-banyak,Dee.Bagi baby seronok."Dato' Zaidi menuturkan dalam senyuman.

"Biasalah Emiir.Pembawakan budak ni lain sikit.Dulu mama masa mengandungkan kamu lagi mengidam nak makan sabun."Datin Alya senyum memandang menantunya itu.

Kasihan juga melihat Dee yang sedikit susut badannya itu kerana alahan teruk.

Dee hanya tersenyum malu.Langsung tak dapat nak kawal emosi dan air mata.Bukan dia sengaja.Betullah kata mama memang pembawakan budak ni lain.Bukan sikit tapi banyak.

.

.

.

"UWEK!Uwek!"Dee duduk bertinggung dengan muka menunduk pada mangkuk tandas duduk itu.Dia mengeluarkan segala isi perutnya.Dia cuba menahan daripada muntah tapi tak boleh.

Semua keluar tanpa dapat ditahan.Sampaikan yang keluar cuma air dan cecair bewarna hijau.

Dee mendongak sedikit mengambil nafas.Seksa sungguh rasa.Tak nak muntah tapi tak boleh tahan.Nak berhenti muntah tapi bau tandas buat dia semakin loya.Nak muntah dalam baldi Dee pula jenis geli.

"Uwek!"Dia menunduk semula.

Perutnya dah mula terasa pedih.Air mata dah berjuraian di pipi dengan hingus meleleh kerana muntah yang tak berhenti.Dee duduk atas lantai bilik air yang sedikit basah itu.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now