PINTU bilik air di dalam bilik wad itu ditutup semula.Perlahan Dee berjalan ke arah katilnya semula.Segar badan bila selesai dia membersihkan diri.Tuala diletakkan atas meja kecil di sisi katil sebelum Dee duduk pada birai katil.Pandangan ditala ke luar cermin tingkap bilik wad itu.Awan biru yang nampak cerah ditenung.
Dee menghela nafas.Sudah hampir seminggu dia di dalam wad dan dia sudah mula berasa bosan.Kalau ikutkan keadaan dia sudah membaik cuma doktor mahu pantau lagi dan berbincang mengenai rawatan lanjut dengan doktor psikiatri selepas dia dibenarkan keluar dari hospital.
Mama pun dia hanya suruh berehat di rumah bila Dee dah mula membaik dan boleh uruskan diri sendiri semula.Kasihan pula mama nanti letih menemani di hospital.
Dia juga sebolehnya tak nak ulang semula rawatan psikiatri itu tapi selepas mama dan Liya memujuk,Dee mengalah.Mungkin perkara itu perlu memandangkan emosinya masih belum stabil sepenuhnya.Dee juga masih alami mimpi buruk dan sukar untuk tidur.
"Bilalah nak discharge ni.."Dee mengomel sendirian.Telefon pintar mahu dicapai dari dalam laci meja kecil di sisi meja.Laci dibuka dan matanya tertumpu pada mini bouquet dan dua bar coklat crispy bersaiz besar.
Hampir dia terlupa tentang benda yang satu itu.Jururawat serahkan pada dia pun malam semalam sewaktu dia dah mamai dan tak larat nak buka mata untuk membelek pemberian entah daripada siapa itu.Mulanya rasa takut juga nak mengambil mana tahu itu pemberian daripada Zafran yang pihak polis masih belum dapat tahu keberadaannya.
"Ni ada lelaki hensem,tinggi,macho dengan lesung pipit bagi.."
Ayat jururawat itu semalam terlintas semula dalam kepala.Seingat dia Zafran tak ada ciri yang disebutkan oleh jururawat itu jadi baru berani Dee ambil dan simpan.
Mini bouquet itu dibawa keluar dari dalam laci.Lama dipegang bunga itu.Dee mengambil kad kecil yang terselit di celahan bunga.Dibuka dan dibaca.
"Speedy recovery,Dee.Always keep you chin up and your head held high during the tough times,Sunshine :) Coklat crispy favourite Dee..make sure makan sampai habis okay? -abang Emiir"
Isi kad itu dibaca dalam hati.Coklat crispy dalam laci dipandang sekilas.
Mana Abang Emiir tahu apa coklat kegemaran dia?Dee berfikir sejenak.
Mungkin Along yang beritahu agaknya.Dee membuat andaian.
Tanpa sedar,ada senyum yang terbit dari bibir Dee.Rasa terharu dan sebak muncul.Abang Emiir memang seorang yang prihatin.Memang untung sesiapa yang jadi kekasih hatinya.
Kadang Dee pula jadi risau bila hati dia mula terusik dengan layanan Abang Emiir pada dia.Banyak kali dia mengingatkan diri Abang Emiir itu kawan baik abangnya.Layanan baik Emiir juga mesti atas sebab rasa tanggungjawab sebab mereka dah lama mengenali serta prihatin kerana dia adik kawan baiknya.
Coklat crispy dicapai.Plastik dikoyak dan digigit sedikit.Perlahan coklat dikunyah sambil membuang pandang ke luar tingkap bilik wad.
Banyak benda dia perlu berterima kasih kepada Abang Emiir.
.
.
.
EMIIR menarik kerusi pada salah sebuah meja yang ada di kafe itu.Telefon pintar dibuka dan dibaca semula pesana WhatsApp yang dihantar oleh mamanya satu jam yang lalu.
Dia menoleh sekilas melihat papan tanda yang tertulis nama kedai itu.
Betullah ni kedainya..
Mata diliarkan sekeliling mencari bayang mamanya.Tak ada pula.Bersungguh mama mengajak Emiir untuk makan tengah hari bersama tadi dan pesan supaya dia jangan lewat sampai di dalam pesanan Whatsapp yang dihantar.
![](https://img.wattpad.com/cover/371342620-288-k800014.jpg)
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...