PINTU biliknya ditutup serta dikunci.Gelas berisi air coklat ais yang dibawa naik dari dapur tadi diletakkan atas meja belajar bersebelahan pintu bilik.Dee berdiri dan bersandar pada pintu bilik.Air liur yang terasa pahit ditelan bila pandangannya jatuh pada katil miliknya.
Bayangan Zafran duduk dihujung katil masih jelas dalam ingatan.Dee menggelengkan kepala beberapa kali.Cuba mengusir beban fikiran yang perlahan menyusup masuk.Rasa seperti satu kesilapan dia pulang.Semuanya rasa segar dalam ingatan dan sedikit berat untuk emosinya.
"Wangi.."Leher Dee yang putih disedut baunya dengan rakus.Dee meronta kuat dengan air mata bergenang.
"Lepaskan aku!"Dee meronta namun pelukan Zafran lebih kuat.
"Lagi ganas lagi saya suka.."Suara Zafran sudah mula hanyut.Dadanya berombak turun naik mengawal nafasnya.Haruman dari badan Dee betul-betul membuai nafsu kelelakiannya.
Ingatan pada kejadian itu tetap muncul lagi.Suara Zafran bergema dalam kepalanya.Dee cuba melangkah sedikit mahu melawan rasa hati sendiri.Beberapa langkah dia sudah jatuh melutut sambil tangan ditahan pada kerusi.
Air mata mengalir laju tanpa dapat ditahan.Dia masih belum mampu rupanya.Dia belum kuat.Dadanya berdebar kembali.Dia rasa sesak nafas.Kepalanya bingit.Dee tak mampu membawa badannya.Dia rasa terlalu lemah.Dee mengalah dan berbaring di atas karpet biliknya itu.Kedudukannya betul-betul pada kaki meja belajarnya.
Tangisannya masih belum berhenti malah semakin kuat.Dee menutup mulut bimbang esakannya terlepas kuat dan didengari sesiapa yang melewati biliknya.Lutut ditarik rapat ke dada.
Sakit.Rasa ini sangat sakit.Dadanya ditekan kuat.Entah bila Dee tak sedar dia terlelap dalam linangan air mata.
.
.
.
"MAMA..kitorang nak gerak dah ni."Firdaus memanggil mamanya yang masih sibuk di dapur.
"Nak balik dah?"Puan Liza keluar dari dapur.
"Fir hantar Liya dulu balik rumah sewa.Lepastu hantar Emiir pulak.Nanti Fir terus pergi butik pengantin sebab Inara tunggu sana nak fitting baju."Firdaus memberitahu rancangan perjalanannya.
Emiir yang berdiri di belakang Firdaus dan Liya itu menoleh ke arah tangga yang terletak bersebelahan tempat mereka berdiri.Emiir mendongak ke ruang atas sekilas.Terlalu sekejap rasa dia berjumpa dan melihat wajah Dee.
"Dee tak ada turun,aunty?"Liya bertanya Puan Liza.
"Tak ada pulak.Penat sangat agaknya."Puan Liza menyedapkan hati sendiri walaupun dia sendiri risau mengenangkan riak muka Dee sedikit lain sebelum naik ke biliknya tadi.
"Ouh tak apalah,aunty.Biar dia rehat."Liya membalas.
"Liya balik dulu ya,aunty.Terima kasih susah payah sediakan macam-macam."Liya bersalaman dan mencium tangan Puan Liza.Puan Liza menarik Liya ke dalam pelukan.Dikucup kiri dan kanan pipi kawan baik anaknya itu.
"Aunty yang patut ucap terima kasih.Macam-macam kamu tolong.Jaga Dee masa dekat hospital..harini tolong teman Dee balik."Puan Liza menggenggam tangan Liya terharu.
Dia bersyukur Dee memiliki sahabat sebaik Liya.
"Saya pun balik dulu ya,aunty."Emiir berpamitan.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...