EMIIR yang berdiri di depan bonet kereta Dee dipandang.Hati Dee serta merta menjadi lega.Air mata mula bertakung ditubir matanya melihat wajah yang dia kenali itu.
"Tsk!"Zafran terus melangkah pergi dengan laju ke arah bertentangan dengan hati sebal sebelum sempat Emiir mendekati mereka.
Dee melepaskan keluhan dan bersandar pada kerusi keretanya bila Zafran terus berlalu.Segala dayanya hilang.Lemah lututnya.Air matanya jatuh merembes laju tanpa dapat ditahan.Rasa menggigil badannya seperti baru lepas dari cengkaman penjahat.Dia tak peduli kalau Emiir lihat dia menangis semahunya.
"Dee okay tak?"Emiir mendekati pintu kereta Dee yang masih terbuka itu.
Dee menunduk cuba menyembunyikan pipinya yang dah basah dengan air mata.Soalan Emiir tak mampu nak dijawab.Tangisannya lebih laju turun.
"Tadi tu kawan Dee ke?"Emiir bertanya risau.Dia tahu adik kawan baiknya itu sedang tidak baik-baik saja.
Dee menggeleng sementara masih menunduk ke bawah.Janganlah Abang Emiir tanya lagi soalan lain.Dia takut makin kuat esakannya nanti.
Asalnya tadi Emiir nak berjalan ke arah kereta untuk pulang semula ke pejabat.Dia baru sahaja selesai berjumpa dengan salah seorang klien di kedai makan berhampiran untuk tempahan khemah dari syarikatnya.Dari jauh dia dah nampak sosok lelaki dan perempuan berborak tapi dia tak ambil pusing.Namun,sewaktu berjalan melepasi mereka Emiir perasan perbualan mereka kedengaran semakin tegang.
Dia cuba amati wajah perempuan yang duduk di dalam kereta itu dan rupanya Dee,adik kawan baiknya.Melihat wajah Dee dari jauh seperti orang ketakutan terus Emiir ambil keputusan untuk mendekati dan menegur.
Sangkaannya tepat bahawa Dee dalam situasi buruk bila lelaki itu terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.
"Dee kenal ke lelaki tadi?Dia ada buat apa-apa dekat Dee ke?"Dee masih menangis dalam suara yang tertahan.Dua soalan yang memerlukan jawapan berasingan.Dia tak tahu sama ada untuk mengangguk atau menggeleng.Tersedu-sedu dia mencuri nafas dalam esakannya.
"Dee?"Emiir yang tadi berdiri sudah duduk bertinggung betul-betul di hadapan Dee.
Wajah menunduk Dee dicari.Serba salah juga banyak bertanya soalan.
"Dee?"Lembut suaranya memanggil.
Walaupun gadis itu cuba menyembunyikan tapi dia dapat dengar esakan yang sesekali terlepas dari bibir gadis itu.
Lambat-lambat Dee mengangkat muka sedikit bila suara Emiir lembut menyapa telinganya.Dee tersentak sedikit bila matanya bertentang dengan Emiir.Terus dialihkan pandangan ke tepi.Darah terasa menyerbu mukanya.Air mata diseka perlahan.
"Teri..terima kasih Abang Emiir.Dee nak gerak balik du..dulu."Dee bersuara tersekat-sekat dalam esakannya.
Tangan mencucuk kunci kereta pada tempatnya dengan gigil yang masih ketara.Pandangan yang kabur dengan air mata dikedipkan beberapa kali.
Hish!Tangan ni pun!Zafran dah tak ada..rileks sikit boleh tak?!
Hatinya memarahi diri sendiri.Entah kenapa dada masih berdebar.
"Dee..jom?"Emiir bersuara cuba mengalih perhatian Dee.
"Haa?"Dee berhenti dari cuba memasukkan kunci.Wajah diangkat memandang Emiir yang sudah berdiri itu.Hairan dengan ajakan tiba-tiba Emiir itu
"Dee belum makankan?Mesti laparkan?"Emiir yang dari tadi hanya memerhati tingkah Dee cuba mengalih fokus Dee dari kejadian tadi.Bungkusan plastik makanan di atas tempat sebelah pemandu Emiir kerling sekilas.
Dia tahu lelaki tadi punca tingkah Dee serba tak kena saat ini.
Dee diam seketika sebelum mengangguk.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...