Bab 55

1.8K 69 1
                                        

DEE melangkah masuk ke dalam rumah mentuanya diikuti oleh Emiir yang berada dibelakang sambil menjinjit beg pakaian mereka.

"Assalamualaikum.."Emiir memberi salam dengan suara sedikit kuat supaya didengari oleh orang di dalam rumah itu.

"Waalaikumussalam.."Datin Alya yang tadi sedang bersama Mak Jah menyediakan bahan untuk memasak makan malam berjalan keluar dari dapur.

"Ya Allah..Dee.Anak mama."Datin Alya terus mendapatkan Dee yang kelihatan sedikit lesu itu dan terus memeluk menantunya erat.

Besar betul dugaan yang dihadapi oleh menantu dan anaknya itu.Kalau dia sendiri yang mengalami tak tahulah bagaimana.

Pipi dan dahi Dee dicium beberapa kali dengan penuh kasih.Dee hanya membiarkan.Terharu dan sebak bila ibu mentuanya nampak sangat menyayangi dirinya.

"Ma..Dee minta maaf.Dee keluar je dari rumah haritu buat semua orang risau.Dee minta maaf juga sebab tak jaga baby dengan baik."Dee bersuara dengan sebak ditahan.

Tangan Datin Alya dicapai dan dicium lama.Datin Alya dah bergenang air mata.

Emiir yang berdiri memerhati turut berasa sebak.

"Tak ada apa,sayang.Benda dah jadi.Mama tak marah atau kecil hati.Mama faham."Datin Alya mengusap kepala menantunya itu perlahan.Bahu Dee dipegang dan badan Dee ditarik supaya tegak semula memandangnya.

"Dee tak salah.Semua tu ketentuan Allah.Kita kena belajar redha ya,Dee."Pipi Dee diusap.

Dee mengangguk dengan senyuman berlinang air mata.

"Dah..dah.Jangan nangis.Dee naik.Rehat dulu.Kesian Dee mesti letih.Sakit."Datin Alya mengusap belakang tubuh menantunya itu.

"Emiir..bawa Dee naik atas.Berehat."Datin Alya memberi arahan kepada Emiir.

"Okay,ma."Emiir mengangguk.

"Jom,sayang?"Tangan Dee dicapai dan digenggam.Dee mengikuti langkah suaminya untuk naik ke bilik mereka.

Datin Alya melangkah semula ke dapur untuk menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi bagi menyambut kepulangan anak menantunya.

.

.

.

TING!TONG!TING!TONG!

"Aik siapa pulak yang menekan loceng tak berhenti ni?"Datin Alya yang sedang mengacau sup ayam di dalam periuk menoleh sekilas ke belakang.

"Entahlah Datin."Mak Jah yang sedang mengopek kulit udang di dalam sinki turut bersuara.

Entah siapa pula yang datang waktu nak dekat maghrib ni?

"Mak Jah tengokkan sup ni kejap ya.Saya nak tengok siapa datang tu.Macam mustahak sangat je."Datin Alya memberi pesan kepada Mak Jah.

"Baik,Datin."Mak Jah menganggukkan kepalanya.

Pintu rumah dibuka dari dalam.Datin Alya menyarung selipar dan berjalan ke arah pintu pagar automatik yang perlahan terbuka itu.

"Ana..Azam.Ada apa datang ni?"Datin Alya sedikit terkejut bila melihat kawan rapatnya itu datang.Rasanya dia tak ada menjemput mereka untuk makan malam.

Tasha yang sedang menunduk disebelah Datin Riana turut dipandang.Hatinya berasa tak sedap.Lain saja cara kawan rapatnya sekeluarga itu datang bertamu.

"Saya ada benda datang nak bincang.Tentang anak kita."Dato' Azam yang berdiri di depan keretanya itu  bernada serius.

"Anak kita?"Datin Alya bertanya hairan.

Datin Riana dipandang sekilas.Senyap seribu bahasa sahaja tak seperti selalu.

TERNYATA KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang