Bab 27

910 42 0
                                    

PUAN Liza menyelak sedikit langsir yang tergantung pada tingkap ruang tamu menghadap ke garaj kereta bila terdengar bunyi loceng yang ditekan.

"Along!Dah sampai tu!"Puan Liza memanggil anak sulungnya yang berada di dapur.

"Okay ma!"Firdaus menyahut dan berjalan keluar dari ruangan dapur.

Puan Liza melangkah ke arah pintu utama.Pintu dibuka luas dan pagar luar dibuka menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan pada dinding rumah.

"Assalamualaikum!"Suara mesra Dato' Zaidi yang baru sampai itu memberi salam.

"Waalaikumussalam..Jemput masuk.."Puan Liza berjalan keluar dan menyarung seliparnya.Keenam orang tetamu yang merupakan saudara mara Emiir termasuk Emiir dan ibu bapanya dipelawa masuk oleh Puan Liza.

"Datin..sihat?"Puan Liza menyapa Datin Alya yang hanya membisu berada disebelah Dato' Zaidi.

"Sihat.."Huluran tangan Puan Liza disambut dengan hujung-hujung jarinya bagai terpaksa.Senyum terpaksa ditayang.

Awal-awal lagi suaminya sudah berpesan jangan nampak sangat perasaan tak setuju dan tak suka untuk datang pada hari ini.Kalau tak,disuruh tinggal di rumah sahaja.

Nak tak nak terpaksa Datin Alya berpura-pura.Puan Liza senyum segaris.Walaupun dia perasan akan sikap Datin Alya yang kelihatan seperti tiada keikhlasan itu tapi ditolak tepi.Mungkin perasaannya saja.

"Emiir.."Firdaus bersalaman dengan Emiir yang paling terakhir sekali masuk ke dalam rumah.

"Dee mana?"Emiir bertanya sambil memandang ke sekeliling.

"Ada dekat atas tu dengan Liya.Entah bersiap apa yang lama sangat."Firdaus menjawab.

Emiir hanya mengangguk dan mengikuti tetamu yang lain untuk duduk di ruang tamu.

"Senang tak cari rumah ni tadi?"Puan Liza memulakan perbualan ringan.

"Senang je.Sekarang guna maps je.Tak pening kepala.Kita duduk belakang jadi tuan.Anak yang drive."Dato' Azam berseloroh.

Datin Alya ketawa yang dibuat-buat sambil mata memerhati sekeliling rumah.

"Nak mula terus dah ke?"Puan Liza bertanya.

"Boleh mula bang?"Dato' Azam menoleh ke arah abang kandungnya yang kelihatan lebih tua daripadanya untuk menjadi wakil bagi rombongan meminang mereka itu.

"Bolehlah.."Abangnya mengangguk.

.

.

.

"DEE!"Pintu bilik air diketuk lagi sekali.

"Dee..Kau buat apa lama sangat?Kata kencing.Kau kencing ke berak batu?Cepatlah..tetamu sampai dah tu."Liya mengetuk lagi sekali pintu bilik air Dee.

"Sabarlah.."Pintu bilik air dibuka dari dalam.Terjengul wajah Dee tak berpuas hati bila ketenteramannya di dalam bilik air diganggu.

"Keluar pun."Liya dah bercekak pinggang.

"Aku berak sekalilah.."Dee melangkah keluar dari bilik air.

Dia berdiri di depan cermin.Baju kebaya labuh kosong yang dipakai itu dibetulkan sedikit.Tudung bawal dengan corak bunga simple juga dibetulkan sedikit.

"Dah cantik dah..Jom cepat."Liya mengajak.Lengan Dee ditarik.

"Eii sabarlah.."Dee mengikut tenaga Liya yang menariknya secara terpaksa itu untuk keluar dari bilik.

Entah kenapa dengan semua orang harini.Semua paksa dia supaya siap cepat.Siap elok-elok dan cantik.Selama ni kalau mama ada tetamu tak pernah lagi beria macamni.Lagi hairan bila mama suruh pakai baju sopan dan cantik.Kalau boleh baju kurung.Gaya macam tengah raya.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now