BAB 10

937 45 0
                                    

PERLAHAN mata dibuka.Dee rasa seperti mengalami mimpi ngeri.Zafran datang mengganggu dan mengasari dirinya.

Rasa macam mimpi tapi kenapa bibirnya rasa pedih dan badannya sakit?

Mata yang pedih itu diluaskan.Dee tergamam bila melihat pada hujung sofa dia berbaring ada Zafran yang sedang menghembus asap rokok dengan tenang.

Bukan mimpi!

Jantung Dee berdegup kencang seperti mahu pecah.Dia cuba bangun tetapi kesakitan menjalar ke segenap tubuhnya.

"Eh,bangun dah?"Zafran menoleh bila terasa ada pergerakan kecil dari arah tempat Dee dibaringkan.Dia senyum seperti apa yang sedang jadi sekarang ini perkara yang normal.Rokok ditenyeh atas meja kopi.

"Sayang okay?"Zafran duduk di sebelah ruang kecil tempat Dee dibaringkan atas sofa itu.Rambut Dee yang sudah hilang ikatannya itu diselit ke tepi telinga.

Nafas Dee turun naik ketakutan.Lelaki ini menang persis seperti orang yang tak waras.

Mama!Along!

Air mata Dee bergenang dan jatuh menitik.

"Shh..jangan nangis."Air mata Dee diseka.

"Tolong.."Dee mahu menjerit namun suara yang terkeluar hanya perlahan.

"Tolong?"Zafran ketawa sinis.

"Tak payahlah berusaha sangat.Tak ada siapa dengar pun.Mama dengan abang awak pun jauh dah dari sini.."Zafran masih senyum mengejek.

Wajah Dee yang penuh lebam dan luka iti ditenung.Pipi Dee diusap.Berkerut dahi Dee menahan kesakitan bila luka pada wajahnya disentuh.

"Sorry,Dee.Awak yang paksa saya buat macamni.Kalau awak terima je saya kan senang."Zafran menatap wajah Dee dengan wajah serba salah.Dee hanya diam kaku dengan air mata berjuraian.

Perlahan tangan Zafran turun ke dada Dee.Sekejap saja riak wajahnya yang tadi seperti kesal bertukar kepada senyuman jahat .Nafsunya muncul semula bila tangannya bergeser dengan kulit gebu Dee.

"Kan senang macamni tak melawan.."Senyum jahat ditarik semakin melebar.

Perlahan tangan durjana itu turun ke perut yang dilapisi t-shirt dan berhenti pada getah pinggang seluar Dee.Mata Dee ditentang.Dee menggeleng lemah dengan pipi yang basah dengan air mata bila dia rasa tangan Zafran mula bergerak.Tangan itu mahu menarik seluarnya ke bawah.

Dee tak mampu buat apa-apa.Badannya terlalu sakit.Semua terasa perit.Tenaganya pula sudah kosong.

"Shh..sikit je."Zafran masih senyum jahat.

"Bangsat!"Sekelip mata badan Zafran dah jatuh terjelepok atas lantai sebelum sempat dia menghabiskan niat kejinya itu.Tersentak Dee dengan jeritan kuat yang bergema ke segenap ruang rumahnya.

Dee pandang wajah Zafran yang sedang menyeringai kesakitan memegang badannya yang disepak dari arah tepi.

"Kurang ajar!"Dee hanya memandang dari baringannya.Dapat dia lihat Emiir dah mencekak baju Zafran.

Abang Emiir?

"Hero.."Zafran ketawa mengejek.

Dush!

Satu tumbukan padu hinggap pada pipi Zafran.

Dush!

Tumbukan kedua pula singgah.

"A..b..ang..Em..iir."Dee bersusah payah mengeluarkan suara.

Dush!Dush!Dush!

Bertubi-tubi tumbukan penuh amarah melekap pada wajah Zafran.Zafran pula masih sengih dalam menahan sakit bila bibir dan pipinya pecah menerima tumbukan padu Emiir.Saja memprovokasi Emiir yang seperti hilang kesabaran.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now