"SORRY..Sorry!"Dee berlari anak ke arah mama dan abangnya sambil membawa dulang hantaran.
Emiir yang berdiri disebelah Firdaus turut menoleh bila terdengar suara Dee.Terpana seketika Emiir melihat Dee yang kelihatan ayu berbaju kurung moden berwarna baby blue,berselendang biru dengan solekan yang sederhana itu.
"Adik ni..risau mama."Puan Liza dah bercekak pinggang melihat anak daranya itu yang tercungap-cungap berlari dari jauh.
"Asal lambat?"Firdaus bertanya dengan kening berkerut.Membara juga hati bila Dee terlambat sampai dengan panas duduk bawah matahari ni.
"Sorrylah..adik salah tengok maps."Dee dah mencebik.Dia terpaksa menyusul kemudian kerana perlu menghantar tempahan dessert di tempat lain.Silap juga sebab tarikh dia ambil tempahan itu bertindih dengan majlis tunang abangnya.Tahu-tahu salah tengok jalan jadi sesat.Maka,terpaksa Dee buat pusingan yang agak jauh baru sampai di rumah bakal tunang abangnya ini.
"Emm..tak apalah.Jom,diorang tunggu dah."Firdaus membalas.Tak jadi nak marah bila tengok muncung budak manja seorang itu.
"Sudah..sudah.Jom.Mama panggil yang lain sekejap."Puan Liza berjalan mendapatkan beberapa saudara mara mereka yang lain.
Dee berdiri di belakang abangnya.Dibetulkan sedikit kainnya yang seperti mahu melurut jatuh kerana berlari tadi.
Nasib tak koyak saja..
"Hai,Dee.Sihat?"Dee menoleh.Perbuatannya yang tadi bersungguh membetulkan kedudukan pinggang kainnya terhenti.
"Eh Abang Emiir."Dee senyum janggal.Tak perasan Emiir disebelahnya.Tangan dijatuhkan dari memegang kain.Muka rasa sedikit panas menahan malu.
Kenapalah setiap kali dia buat benda yang kurang ayu dan senonoh mesti ada Abang Emiir?
"Hai..sihat."Dee menjawab perlahan.Walaupun dah pernah terserempak dua bulan lepas dan Emiir dah membantunya sewaktu diganggu Zafran tetap Dee rasa kekok.Lagi malu bila Emiir tahu akan rahsia tentang Zafran.
"That colour suits you well.."Emiir berbisik perlahan ikhlas dengan senyuman menampakkan lesung pipitnya.
Dee pandang Emiir dengan sengih malu ditayang.Tak sangka dapat pujian daripada Emiir.Terpaku seketika melihat senyum manis berlesung pipit itu.Tak semena-mena jantungnya berdegup laju.
Nak mati dah ke aku ni kena serangan jantung?
Dadanya yang berlapik selendang itu disentuh senyap-senyap.Diusap perlahan nak meredakan degup jantungnya.
"Kembang bontot adik aku Emiir kau puji macamtu.."Firdaus yang dari tadi berdiri di depan dia dan Dee mencelah.
"Abang!"Bahu Firdaus dipukul kuat oleh Dee.
Telinga tu macam telinga kuali!Dengar saja..
Merah muka Dee bila diusik sebegitu.Emiir hanya menahan senyum sambil menggelengkan kepala.
Firdaus ni memang.Bab mengusik serah saja pada dia.
"Aduh!"Firdaus menggosok bahunya yang perit.Dee dijeling.
"Sudah gaduh apa lagi tu?Jalan cepat.Kesian belah perempuan dah tunggu lama."Puan Liza dah memberi arahan dari belakang.
Pihak rombongan lelaki mula berjalan menuju ke arah rumah pihak perempuan yang terletak tak jauh dari tempat mereka berdiri tadi.
.
.
.
NASI dalam pinggan disuap masuk ke dalam mulut dengan penuh berselera.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...