"SAYA betul-betul minta maaf puan.Saya dah usaha cari tapi memang saya tak dapat jumpa heartbeat baby puan."
"Saya terpaksa refer kes puan ni ke hospital untuk pakar periksa lebih lanjut dan mengesahkan ya puan?Apa-apapun kita tunggu keputusan dari pakar."
"Puan berehat dulu sekejap.Saya siapkan referral letter untuk puan bawa ke hospital nanti."
Dee menelan air liur yang terasa kesat.Segala kata-kata doktor di dalam bilik rawatan tadi terngiang-ngiang bagai kaset rosak yang bermain dalam kepalanya.Jantungnya masih berdegup laju.Tangan dan kakinya sejuk.
Kakinya terasa longlai sehingga dia terpaksa duduk sebentar di luar ruangan menunggu klinik itu.Dia masih tak percaya.Hatinya bagai dihempap satu batu yang besar.Sesak dadanya.Sangat hiba sehingga tak ada satu titik air mata pun yang mahu keluar.
Hatinya mahu meraung tapi tak terkeluar di bibir.
Abang..Dee nak abang.
Menggeletar tangannya menahan keperitan berita yang baru diterima tadi.Dia jadi bingung.Apa perlu dia buat?
Dee bersandar pada kerusi menunggu di dalam klinik itu.Lambat-lambat dengan tangan yang menggeletar Dee menarik keluar telefon pintarnya dari dalam beg tangan dan mendail nombor Firdaus.
Fikirannya bercelaru.Dia nak balik rumah mama..
.
.
.
EMIIR menekan pedal minyak keretanya rapat.Dia tak peduli kalau ada kamera perangkap laju sekalipun di atas jalan raya itu.Dia cuma mahu cepat sampai pada isterinya.
"Balik rumah mama aku Emiir sekarang.Dee ada sini.Dee kata baby dah tak ada."
Suara sebak Firdaus yang menelefonnya beberapa minit yang lepas bergema semula dalam kepalanya.
"Sayang tunggu abang sayang.."Emiir menuturkan dengan rasa sebak.Air matanya sudah bergenang ditubir mata mengenangkan isterinya melewati perkara itu dan menerima berita itu sendirian.
Laju Jeep merah yang dipandu membelah jalan raya.
.
.
.
TERGESA-GESA kasut kerjanya dilucutkan dan Emiir terus masuk ke dalam rumah.Fikirannya cuma terarah pada isterinya.
Emiir berjalan laju terus menuju ke dapur bila satu bayang orang pun tak kelihatan di ruang tamu.
"Fir..Dee mana?"Firdaus yang sedang duduk berhadapan dengan mamanya itu dipandang.
"Dekat atas,Emiir."Firdaus menjawab.Dapat Emiir lihat mata Firdaus yang merah mungkin baru lepas menangis.
"Dee macam mana mama?"Emiir memandang ibu mentuanya pula yang masih teresak halus sambil memegang tangan Firdaus.
"Dee sedih sangat,Emiir."Puan Liza menuturkan.
Emiir terus berpusing dan laju langkahnya didaki menaiki tangga menuju ke bilik tidur Dee.
Pintu bilik tidur dipulas dan ditolak.Emiir melangkah masuk dan menutup semula pintu bilik perlahan bila dia lihat Dee sedang lena berbaring di atas katil sambil memeluk bingkai gambar.
Perlahan Emiir melangkah ke arah katil dan melabuhkan punggungnya pada tempat kosong disebelah Dee.Gambar yang dipeluk Dee itu ditarik keluar dari pelukan Dee perlahan-lahan.
Emiir melihat gambar itu seketika.Gambar sewaktu akad nikah mereka berdua.Diletakkan gambar itu pada meja sisi sebelah kirinya.Wajah Dee yang sudah lena dengan tudung masih atas kepala itu ditenung.Emiir boleh nampak hidung Dee yang merah dan kesan matanya yang sembap.
![](https://img.wattpad.com/cover/371342620-288-k800014.jpg)
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...