Bab 38

1.1K 47 2
                                    

WAFEL yang rangup diluar dan lembut dibahagian dalam berinti peanut butter dan jem blueberry disuap masuk ke dalam mulut.

Satu suap..
Dua suap..

"Perlahan sikit sayang makan tu.."Dee yang dah kembung pipi itu dikerling sekilas.

"Sedap sangat,abang.."Mulut penuhnya membalas.

"Bagi habis dulu baru cakap.Tercekik nanti."Ulas bibir Emiir tersenyum.

Geram saja tengok mulut muncung dengan pipi kembung itu.Dee ni kalau bab makanan tak payah cakap.Bila kenyang pun dia tak tahu tapi badan kecil saja.

"Abang nak?"Wafel itu disua ke arah suaminya yang sedang fokus memandu.

"Tak apa..sayang makanlah."Emiir menggeleng dalam senyuman.

"Nanti tak cukup bagitahu.Kalau lapar lagi pun bagitahu.Nanti kita berhenti setiap rnr ke petrol pump yang kita jumpa.Biar sampai je cameron highlands nanti Dee jadi tembam."Emiir menuturkan selamba.

"Eii abang ni!"Dee dah memuncung bila diusik oleh suaminya itu.

Perlilah tu!

Wafel dah berhenti disuap dan diletak atas riba.Dee lurus memandang ke luar pada cermin hadapan kereta.

"Kenapa berhenti makan?Kenyang?"Emiir pandang Dee yang dah duduk diam disebelahnya.

Alamak!Merajuk pula..

"Kenyang."Sepatah Dee menjawab.

"Abang gurau je sayang."Emiir cuba memujuk.Silap pula usikannya harini.

"Yelah..kalau Dee gemuk nanti abang dah tak nakkan?Sebab tu abang perli Dee macamtu."Dee membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Matanya yang dah terasa panas bertakung air mata ditahan.

"Mana ada sayang.Abang usik je.Dee tembam ke kurus ke abang sayang jugak.Kurus senang angkat,kalau Dee tembam abang seronok peluk."Tangan kiri Emiir mencapai tangan kanan Dee yang masih memegang wafel.

Merajuk pun wafel tak simpan.Emiir tahan senyum.

"Yelah tu.."Dee mencebik.

"Ya.Kalau Dee tak percaya apa abang boleh buatkan?Entah-entah kalau abang dah boroi Dee yang tak nak abang dah sebab dah tak handsome."Emiir dah buat muka sedih.

"Mana ada.Abang ni..patutnya Dee yang merajuk ni terbalik pulak."Dee dah merengek tak berpuas hati.

Emiir ketawa.

"Kalau abang boroi ke botak ke kurus ke gemuk ke abang tetap handsome pada mata Dee."Dee membalas yakin dengan mulut sambung mengunyah wafel.

Rajuknya sudah hilang.

"Ouh kalau abang botak tengah ke gigi rongak depan ke?"Emiir sengaja bertanya lagi.

"Say-.."Kata-kata yakinnya berhenti.

"Eh yang tu kena fikir dulu.."Dee dah ketawa mengekek disebelah.

"Ouh pandai eh.."Emiir mencubit pipi Dee sambil mata masih fokus pada jalan raya.

Dee masih ketawa mengekek.Seronok mengusik Emiir.

"Sayang,suap abang sikit."Emiir dah menganga menunggu Dee menyuap wafel ke dalam mulutnya.

Tengok Dee mengunyah penuh selera dari tadi dengan bau semerbak tu buat jadi teringin pula.

"Nah.."Wafel disuap masuk ke dalam mulut suaminya.

"Terima kasih,sayang."Tangan kiri diangkat mengusap lembut kepala isterinya.

.

.

.

TALI pinggang keledar yang bersilang pada badannya dilepas.Emiir menoleh ke kirinya.Muka Dee yang sedang terlena itu ditenung.

Pipi Dee diusap.Emiir ketawa halus.

Dia punya penat macam dia yang memandu dari Selangor ke Cameron Highlands.Ni mesti sebab kekenyangan.

Mana tidaknya,dari awal perjalanan tadi Dee tak berhenti mengunyah.Takpun mulut dia saja yang berbunyi tapi Emiir seronok.Selama ni rasa senyap sunyi saja kalau dia memandu.Sekarang,kalau tak buka radio dengar suara Dee saja pun tak apa.

Letih majlis resepsi dua hari lepas pun tak habis lagi.Memang sengaja Emiir ajak Dee untuk terus berbulan madu selepas habis majlis resepsi sebab jadualnya padat lagi beberapa minggu nanti.

"Eh,sampai dah ke?"Kepala Dee dah tegak memandang ke depan.Dee memisat matanya yang baru dibuka.

Wajah Emiir disebelah pula dipandang.

"Dah,sayang.Tu hotel."Emiir menunjuk ke arah bangunan yang berada tak jauh dari tempat parkir kereta mereka.

"Jom.."Hidung Dee dicuit mengajak.Pintu kereta ditolak dan Emiir keluar dari perut kereta.

Emiir meregangkan sedikit badan yang terasa lenguh.But belakang Jeep merahnya ditarik luas.Bagasi bersaiz sederhana itu ditarik keluar.Beg galas hitam turut dicapai dan disarung ke belakang badan.Dah ada isteri ni beg pun jadi extra.

"Meh abang.Bagi Dee bawak satu beg."Dee yang baru datang dari depan kereta dah menunduk nak menarik bagasi dari tangan Emiir.

"Eh,tak payah."Bagasi ditolak dan disembunyikan belakang badan.

"Dee tolong abang bawak makanan tadi yang kita beli bawak naik bilik."Dee memuncungkan mulutnya.

"Biarlah Dee bawak.Kesian abang penat drive apa semua.Nanti Dee jadi manja tahu?"Dee dah bercekak pinggang.

"Biarlah.Siapa lagi nak manjakan Dee kalau bukan abang?"Pipi Dee dicubit lagi.

"Adui.."Dee mengaduh sambil menggosok pipinya.

Asyik cubit pipi orang saja.Lama-lama berlubang pipi dia.

"Dah jom.."But kereta ditutup dan kereta dikunci selepas Dee ambil makanan ringan yang mereka beli semasa dalam perjalanan tadi.

Boleh buat kudap-kudapan dalam bilik hotel nanti.Emiir memaut tangan Dee dan mereka jalan beriringan menuju ke lobi hotel yang sudah ditempah awal sebagai tempat untuk mereka menginap sepanjang empat hari berbulan madu di situ.

.

.

.

DEE duduk bersilang kaki sambil bersandar pada sofa yang disediakan di lobi hotel lima bintang itu.Sementara Emiir pergi ke lobi dan menyelesaikan urusan check-in ke bilik hotel mereka,Dee mengeluarkan telefon pintarnya.

Aplikasi Tiktok pada skrin telefon yang menyala ditekan.Boleh buat menghilangkan bosan sementara menunggu suaminya.

"Eh Abang Emiir?"Suara perempuan yang agak kuat memanggil nama Emiir itu buat Dee laju mengangkat muka.

"Abang Emiir buat apa dekat sini?"Suara manja dan mesra itu menyapa telinga Dee.

Dari kejauhan Dee melihat perempuan bertudung hitam yang menegur suaminya itu.Kelihatan dari gaya dia menegur dan gaya Emiir membalas teguran perempuan itu mungkin mereka memang dah kama mengenali satu sama lain.

Makin lama berbual makin rapat pula perempuan itu mendekatkan jaraknya dengan Emiir yang masih berdiri di depan kaunter.

"Amboii..bukan main gedik lagi."Dee mengomel sendirian.

Mula-mula Dee nak buat tak tahu sahaja dan sambung saja duduk di situ buat hal sendiri.Bila nampak perempuan itu mula mengeluarkan suara gelak manja macam kucimg nak mengawan terus Dee jadi tak keruan.Belum lagi Dee sakit mata tengok badannya yang meliuk-lentok macam pokok kurus tak cukup baja yang macam sengaja nak menggoda itu.

Dee pantas bangun dan berjalan ke arah Emiir dan perempuan itu.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now