Bab 26

932 46 0
                                    

MANGKUK tingkat yang ada di sebelah tempat pemandu itu dicapai.Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar.Beg tangan dibetulkan sedikit sebelum Dee mengorak langkah menuju ke depan pintu masuk bangunan dengan tulisan Asytar Canopy pada pintu masuk itu.

Dee berhenti di hadapan bangunan itu seketika.Pertama kali dia menjejakkan kaki dihadapan bangunan itu buat dia terpegun.Walaupun bangunan dua tingkat itu tak besar seperti bangunan syarikat lain namun seni binanya yang elegan itu tetap nampak memukau.

Dee menarik nafas dan menghembus perlahan.Berdebar juga mahu melangkah masuk ke dalam bangunan itu.Langkah diatur masuk ke dalam  bahagian kaunter hadapan.

"Hi,Assalamualaikum.."Dee menyapa seorang gadis bertudung hitam yang merupakan penyambut tetamu di situ.

"Waalaikumussalam..ya?"Gadis dengan tag nama Lili yang tadi sedang sibuk menulis sesuatu disebalik kaunter itu mengangkat wajah bertanya.

"Boleh saya jumpa dengan Encik Emiir?"Dee bertanya.

"Cik ada buat apa-apa temujanji dengan Tuan Emiir ke harini?"Gadis itu bertanya semula dengan senyuman mesra.

"Err..tak ada pulak.."Dee rasa macam nak tepuk dahi.Ingat ni kedai biasa ke,Dee?Boleh suka hati terjah masuk?

Ini pun Dee gigih mencari sendiri lokasi syarikat Emiir.Berusaha dia mencari dalam aplikasi google.Nasib baik ada syarikat Abang Emiir dalam google dan google maps.

Memang dia boleh nak tanya Alongnya tapi dia yang tak nak.Habis berderetlah nanti soalan dan usikan dari abangnya itu.

"Ouh.."Gadis itu berhenti seketika.

"Kalau tak dapat jumpa pun boleh saya tinggal barang untuk dia?"Dee mencuba nasib.

"Sekejap ya,cik.Saya cuba tanya dekat pejabat Tuan Emiir."Gadis itu senyum dan mengangkat gagang telefon.Dia mendail nombor sambungan ke pejabat Tuan Emiir.

"Nama cik siapa ya?"Gadis itu bertanya sebelum panggilan bersambung.

"Dee."Dee menjawab.

Panggilan bersambung dan gadis itu kelihatan bercakap-cakap dengan orang dalam talian lagi satu.Dee berdiri di depan kaunter itu sabar menunggu.Gagang telefon diletakkan semula selepas beberapa minit bercakap dengan seseorang dalam telefon.

"Maaf cik.Harini Tuan Emiir masuk lambat sikit.Cik nak tunggu ke?"Gadis itu bertanya.

"Em..agak-agak lama tak kalau tunggu?"Dee bertanya semula.

"Saya pun tak pasti,cik.Maaf."Gadis itu senyum serba salah.

"It's okay.."Dee senyum.

Nak tunggu rasanya memang tak sempat.Dia nak kena balik segera pula nak menyiapkan sedikit lgi hiasan pada beberapa biji kek yang dipesan pelanggannya.

Dah lama dia berehat dari bisnesnya jadi bila dia mulakan semula haruslah menjaga kualiti.Inipun setelah dia kembali stabil semula.Konsisten pergi ke temujanji doktor psikiatri.Mungkin kerana Zafran juga sudah diberkas pihak polis jadi hati dia lebih tenang dan mempunyai semangat baru nak meneruskan hidup.

"Kalau macamtu..saya tinggal barang je untuk Tuan Emiir.Boleh?"Dee bertanya meminta izin.

"Boleh,cik."Gadis itu senyum dan mengangguk.

Dee meletakkan mangkuk tingkat yang ada di dalam tangannya di atas meja kaunter di hadapannya itu.Tangan diseluk masuk pula ke dalam beg tangannya.Dikeluarkan sebungkus beg plastik bercorak beruang yang diikat cerut bahagian atasnya.Beg itu turut diletakkan sebelah mangkuk tingkat tadi.

"Ini ya barangnya."Dee menolak sedikit mangkuk tingkat dan beg plastik itu ke depan.

"Okay,cik."Gadis itu tersenyum mengangguk.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now