"ABANG..dah siap ke?"Dee terus memaut kedua tangannya pada lengan Emiir dengan mesra.Sengaja dia merapatkan badannya ke arah Emiir.
"Eh,sayang."Emiir yang sedikit terkejut kerana tak perasan bila Dee datang ke arahnya itu menoleh.
"Siap dah.Ni kunci."Emiir mengangkat kad akses yang ada pada tangan kirinya dan menunjukkan ke arah Dee.
"Eh,hi."Dee pura-pura terkejut dengan kehadiran perempuan bertudung hitam yang masih berdiri di depan mereka itu.
"Hi,I'm Tasha."Dee menyambut huluran tangan Tasha dan mereka bersalaman.
"Dee.Wife Emiir."Dee membalas mesra.Tangan kiri masih memaut lengan Emiir bagai tak mahu lepas.
Emiir menahan senyum.Seronok dengar bila Dee memperkenalkan diri sebagai isterinya.
"I know.Saya ada datang majlis resepsi korang haritu."Tasha menarik senyum segaris.
Kelat saja muka Tasha bila Dee tiba-tiba datang menghentikan perbualannya dengan Abang Emiir tadi.
"Ouh..yeke?Sorry tak perasan.Ramai sangat orang masa majlis.."Dee membalas dengan senyuman.
"Ni anak Datin Riana,sayang.Anak kawan baik papa dengan mama."Emiir yang dari tadi hanya mendengar perbualan isteri dan Tasha itu mencelah.
"Ouh.."Panjang Dee membalas.Tasha dipandang.
Dia ingat.
Takkan dia tak ingat?Mestilah dia ingat.Inilah orangnya yang ajak Emiir selfie berdua atas pelamin masa resepsi haritu.Boleh tahan terkinja-kinja masa bergambar.
Siap minta nak berdiri sebelah Emiir masa jurukamera nak tangkap gambar mereka berdua dengan keluarga Datin Riana.Mujur masatu ada Liya yang jadi pengapit.Liya lagi anti dengan geng-geng penyondol wannabe ni.Terus Liya tarik Datin Riana duduk sebelah Emiir masa sesi bergambar.
"Abang Emiir berapa lama cuti?"Tasha pandang Emiir.
"4 hari."Laju Dee menjawab bagi pihak Emiir.
"Ouh.."Tasha menayang senyum kelat pada Dee.
"Nak jalan ke mana je,Abang Emiir?"Pandangannya terarah pada Emiir semula.
"Tak tahu lagi..Biar surprise."Dee menjawab lagi.
"Abang Emiir nanti bagitahulah nak pergi mana.Boleh Tasha belanja makan dengan wife abang sekali."Tasha senyum manja pada Emiir lagi.Wajah Emiir dipandang.
Tasha membiarkan saja jawapan Dee tadi.Hatinya sebal bila Dee yang menjawab setiap pertanyaannya.
Dee memandang Tasha dengan mata yang dikecilkan sedikit.Gaya gatal tu nampak sungguhlah..
Kenapa Abang Emiir saja yang dia tuju?Aku ni tunggul ke tak wujud?
"Tak apa,Tasha.Kitorang pun tak tahu lagi nak ke mana.Kan abang?Lagipun ingat nak rehat-rehat dulu dalam bilik.Tak puas lagi manja dengan suami sendiri."Tangan dilingkarkan pada pinggang Emiir.
Emiir hanya memandang Dee dengan ekor mata bila pinggangnya dipeluk dari tepi.Pelik dengan sikap Dee yang tiba-tiba melekat saja dengan Emiir.Selalunya Dee yang paling malu nak menunjukkan sifat manja dia depan orang.
"Ouh yeke.."Tasha melemparkan senyuman yang dibuat-buat.Meluat hatinya bila tengok kemesraan yang ditunjukkan oleh Dee depan mata.
"Untunglah Abang Emiir ada isteri dah.Ada orang nak manja.Ada orang teman.Ada orang tolong jawabkan soalan."Tasha menyambung dalam perlian.
Dee pandang Tasha dengan dahi berkerut.Wah..perli..
"Tasha ni je single lagi.Orang single macamnilah bercuti pun kadang sorang kadang dengan kawan."Tasha menuturkan lagi.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...