Bab 54

1.1K 44 8
                                    

KEPALA disandarkan pada kepala kerusi kereta.Pandangan ditala ke luar tingkap sejak kereta Emiir keluar dari kawasan parkir hospital tadi.

Mereka berdua mahu pulang ke rumah mama Emiir terlebih dahulu sebelum balik ke rumah mama Dee untuk berpantang selama 2 minggu.

"Sayang.."Tangan Dee disebelah dicapai.Dee dipandang sekilas sebelum Emiir kembali menumpukan perhatian ke arah jalan raya yang agak sibuk itu.

"Hmm.."Dee menyahut lemah.

"Kalau sayang lapar ke apa bagitahu abang ya.Sayang kata tak ada selerakan makan makanan hospital?Atau kalau sayang teringin apa-apa bagitahu ya?Kita berhenti makan."Emiir mengusap tangan isteri yang berada di dalam genggamannya.

"Okay."Sepatah Dee menjawab dengan suara perlahan.

Dee memandang kosong ke luar tingkap.Dia masih belum ada selera sejak dibenarkan keluar daripada wad tengahari tadi.Perasaannya masih ralat.Emosinya masih belum sepenuhnya stabil.Ada waktu dia sudah menerima bahawa bayi dalam kandungannya sudah tiada.Ada waktu dia masih lagi sedih dan hiba memikirkan bahawa keinginan untuk melihat anaknya sihat dilahirkan tak kesampaian.

Selepas dia mendapat berita tentang degupan jantung bayinya berhenti secara tiba-tiba tempoh hari,Dee banyak mendiamkan diri.Keesokannya Emiir menemani dia untuk ke hospital berjumpa pakar dengan membawa surat rujukan daripada doktor di klinik.

Memang doktor pakar sudah mengesahkan bahawa bayi di dalam kandungan Dee sudah tiada.Degupan jantungnya sudah terhenti.Harapan Dee saat itu yang masih mengharapkan keajaiban terus hancur lebur.Sekali lagi emosinya tak dapat dibendung dan dia menangis.Mujur ada Emiir yang memujuk dan sentiasa tenangkan Dee.

Doktor pakar beri tempoh dua minggu untuk kandungan Dee turun sendiri tetapi kandungan Dee masih tiada tanda-tanda untuk keluar.Jadi,doktor terpaksa melakukan prosuder D&C bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan Dee bila kaedah induce ubat tak berhasil.

Emiir yang menguruskan pengebumian bayi mereka sementara Dee masih lagi ditahan di dalam wad untuk pemantauan.Bila keadaan Dee sudah nampak stabil terus doktor beri kebenaran untuk Dee discharge.

"Abang.."Dee menoleh ke arah Emiir.

"Ya sayang.."Wajah Dee yang kelihatan sugul itu dipandang sekilas.

"Dee nak pergi tengok kubur baby boleh?"Dee pandang Emiir dengan muka berharap.

"Boleh sayang tapi bukan harini.Harini sayang kena rehat dulu ya?Lepas sayang habis pantang baru kita pergi tengok,boleh?Bagi sayang kuat dan sihat dulu."Emiir memujuk.

Mata Dee sudah bergenang.Kalau ikutkan sekarang juga dia mahu pergi menziarahi kubur anak syurganya.Namun,betullah cakap Emiir mungkin sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia pergi.Bimbang juga emosinya tak terkawal nanti."

"Okay abang."Lega hati Emiir bila Dee menerima cadangannya.Dia risaukan keadaan Dee kalau Dee mahu pergi sekarang.

Dee memejamkan mata.Badannya masih terasa letih.

.

.

.

PINTU kereta miliknya itu ditutup dan dikunci.Berlapis dahi bila melihat kereta papanya masih ada di dalam garaj rumah mereka.Selalunya waktu begini papa sudah lama berada di tempat kerja.

Kasut tumit yang dipakai sudah dicabut.Pintu rumah banglo setingkat itu dibuka dan Tasha melangkah masuk ke dalam rumah.

Pang!

Belum sempat pintu rumah ditutup semula,satu tamparan kuat singgah ke pipi Tasha sehingga dia jatuh terduduk di hadapan pintu masuk rumah.

"Abang!"Kedengaran suara Datin Riana yang berlari dari ruang tamu mendapatkan suaminya yang sedang menahan marah.

Serentak tangan Tasha naik memegang pipinya yang terasa kebas dan perit.Laju dia mendongak.Dipandang Dato' Azam dengan riak wajah terkejut dan tak percaya.

"Kenapa papa tampar Tasha?!"Suara Tasha meninggi.Terkejut bila ditampar oleh papanya tanpa apa-apa penjelasan.

"Ya Allah..anak mama."Datin Riana dah bertinggung duduk disebelah Tasha sambil memaut bahu anaknya itu.

"Kenapa?!"Suara Dato' Azam bergema ke segenap ruang rumah.

"Sekarang kamu bagitahu papa siapa bapak budak dalam perut kamu tu?!Biar aku ajar dia cukup-cukup!"Mencerlung tajam mata Dato' Azam memandang Tasha dengan jari telunjuk dituding tepat ke muka Tasha.

Riak muka Tasha terkejut dengan mata membulat.

Macam mana papa boleh tahu?

Dia jadi kecut perut.Tak pernah papanya itu marah sampai begitu sekali.

"A-apa pa-papa cakap ni?"Suara Tasha dah perlahan membalas dengan tergagap-gagap.

"Huh!Masih nak menipu?!"Dato' Azam bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya.

Tak sangka anak perempuan yang disayang dan ditatang dari kecil sehingga membesar seperti sekarang ini sanggup menconteng arang ke mukanya.

"Bangun!Bangun!"Lengan Tasha ditarik secara paksa.Dato' Azam mengheret Tasha ke ruang tamu.

"Pa..sakit tangan Tasha pa."Tasha dah merintih.Meronta untuk dilepaskan genggaman tangan papanya.

"Abang!Sudahlah tu.."Datin Riana dah berjuraian air mata melihat anak kesayangannya diperlakukan sebegitu oleh suaminya.

"Tu!Tengok apa benda tu!"Tasha ditolak supaya duduk berlutut memandang pregnancy test di atas meja kopi yang terletak di ruang tamu itu.

Nafas Tasha rasa tersekat.Rasanya dia dah simpan elok di dalam laci macam mana boleh jumpa?

"Tasha boleh jelaskan pa.."Tasha terus menoleh ke arah papanya yang masih berdiri itu.

Tangan Dato' Azam dicapai tapi Dato' Azam terlebih dulu menarik tangannya.Air matanya dah deras mengalir di pipi.

"Bagitahu papa siapa bapak anak yang kamu mengandungkan tu?!"Dato' Azam masih dengan rasa amarahnya mahu Tasha berterus-terang.

Tasha diam sambil menangis.

"Jawab!Sebelum penampar aku ni singgah ke muka kamu lagi,Tasha!"Dato' Azam betul-betul diselubungi dengan rasa marah sehinggakan dia tak dapat berfikir dengan jelas.

"Dahlah tu abang!Jangan dipaksa Tasha.."Datin Riana bersuara lirih.Melihat Tasha yang terduduk sambil menangis buat hati ibunya hancur.

"Kamu diam,Ana!Sebab kamu manjakan dia jadi macamni!"Isterinya dipandang dengan dada yang berombak menahan marah.

Datin Riana terdiam dan menunduk.

"Kalau kamu tak nak bagitahu biar aku sendiri upah orang cari budak tu heret dia pergi balai polis!Kamu boleh keluar dari rumah papa!"Dato' Azam mengugut.

Tasha memandang papanya dengan gelengan laju.

"Mama tolong Tasha,mama.Tasha silap.Tasha salah."Tangan mamanya dicapai dan digenggam sambil mengongoi dalam tangisan.

"Bagitahu papa siapa bapak budak tu.."Datin Riana memujuk Tasha.

Tasha diam.Kalau dia beritahu tentang Ashraf pun dia sendiri tak tahu ke mana lelaki tak guna itu pergi.

"Okay..ini pilihan kamu.Bibik Yanti!Kemas kain baju Tasha bawak turun sini!Biar Tasha keluar da-"

"Abang Emiir!"Sepatah nama itu keluar dari mulut Tasha memotong percakapan papanya.

Tasha menunduk dengan air mata masih deras mengalir.

"Abang Emiir yang mengandungkan Tasha!"Dia mengulang semula.

Dato' Azam tergamam.Datin Riana turut terkedu mendengar kata-kata Tasha itu.

Tasha pula hanya diam menangis sambil menekur lantai.Dia takut sekiranya dia dihalau oleh papanya.Ke mana dia akan tuju?Melihatkan cara papanya tadi dia tahu papanya itu sudah nekad.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now