SKRIN telefon pintar yang bercahaya ditenung lama.Perlahan senyuman tersungging pada bibir.Jari diusap pada wajah yang terpampang dalam skrin telefon pintar itu.
"I miss you,baby."Ayat itu terbit dari mulutnya yang masih tersenyum.
"I miss us,Emiir."Aisyah menggigit bibirnya dengan mata yang mula bergenang.
Nafas disedut dan dihela perlahan.Telefon pintar tadi ditutup dan dipegang kejap.Aisyah membuang pandang ke arah pokok dan jalan raya yang sunyi dihiasi lampu jalan dari balkoni biliknya itu.Dagu diletakkan di atas tangannya yang bersilang pada penghadang balkoni itu.
Mata dipejam menikmati angin malam yang berhembus.Rambutnya yang dilepas panjang sehingga ke paras pinggang turut terbuai dengan angin malam.
"I wish I could turn back time.."Aisyah menggumam rendah.
Kalau saja mesin patah balik masa tu betul wujud.Mesti dia takkan buat apa yang dia pernah buat pada Emiir dulu.Kalau waktu tu dia tak terlalu mengikut marah dan sakit hati pasti dia takkan kehilangan Emiir seperti sekarang.
Empat tahun menetap di London kerana mengikuti ayahnya yang menbuka cawangan syarikat di sana tetap tak berhasil membuat dia lupa akan Emiir.Dia pun tak pasti kenapa dia nekad untuk pulang sendiri ke Malaysia setelah empat tahun.Mummy dan Daddy serta dua orang adiknya masih lagi ada di London.
Mungkin rindu Malaysia.Atau mungkin lebih tepat ada kesalahan yang dia mahu tebus pada seseorang yang pernah memberi makna dalam hidupnya.Emiir.
Tak sangka menetap di bumi London yang berjaya buat dia berhijrah 180 darjah dari dia yang dulu.Siapa sangka seorang Aisyah dengan rambut merah menyala dan ke kelab hampir setiap malam setiap kali tertekan dulu boleh bertutup litup seperti sekarang.
Dia betul-betul berubah.Bersungguh dia ubah diri menjadi Aisyah yang lebih baik.Walaupun jauh dari sempurna tapi dia cuba.Itupun setelah Allah 'menegur' dia dengan cara yang paling dia tak sangka.Perubahan dia itu terjadi selepas hubungannya dengan lelaki selepas Emiir tak menjadi.Dia sangka lelaki itu serius tapi rupanya cuma menjadikan dia tempat melepaskan nafsu semata.
Aisyah menghela nafas berat bila memorinya terimbau perkara perit itu yang hanya dia seorang yang tahu.Dalam tempoh itu Aisyah mula sedar betapa Emiir memang lelaki yang paling ikhlas dengan dirinya.Dia merasakan selagi Emiir marah dan tak memaafkan dirinya,ada hutang yang dia bawa sampai mati dengan lelaki itu.Lebih-lebih lagi bila lelaki itu memang jelas membencinya sewaktu dia datang melawat Datin Alya beberapa minggu yang lepas.
Ramai lelaki yang dia kenal hanya Emiir saja yang betul-betul beri kesan dalam hidup dan hatinya.Hidup dia dan Emiir dulu memang berbeza.Macam langit dengan bumi.Emiir dibesarkan dengan suasana keluarga yang cukup menjaga batas agama sedangkan hidup dia penuh kebebasan.
Mummy dan Daddy bukanlah jahil tetapi lebih terkenal dengan sifat terbuka.Agama bukan pertama yang dititikberatkan dalam hidup mereka.Lagi-lagi dengan kesibukan mummy dan daddy yang menguruskan banyak cawangan syarikat barang kemas sehingga gah dan maju seperti sekarang.Dia pula hanya dibiarkan mencari sendiri hala tuju.Kesunyian itu Aisyah isi dengan benda-benda yang makin menghanyutkan sehinggalah dia berjumpa Emiir.
"Saya ni bodohkan Emiir?"Aisyah menekup mukanya pada lengan.
"Bodoh sebab dah dapat lelaki sebaik awak pun masih lagi tak cukup.."Tawa kecil terbit dari bibirnya.Ketawa atas kebodohan diri sendiri.
Betullah memang tak ada siapa dapat ubah kita melainkan kita yang nak berubah sendiri.
Aisyah tersenyum sendiri dibalik wajah yang disembunyikan bila memorinya berputar pada waktu pertemuan pertamanya dengan Emiir dulu.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...