BAB 4

1K 41 2
                                    

TOK!TOK!TOK!

"Masuklah..tak kunci."Dee melaung lemah dari posisi baringnya yang mengiring membelakangi pintu bilik.

"Adik?"Firdaus memanggil adiknya yang berselimut sampai ke leher itu.

"Hmm.."Dee menjawab malas.

"Tak nak turun makan?"Firdaus bertanya dari depan pintu.

"Tak selera.."Dee menjawab lemah tanpa menoleh.

Firdaus berdiri memandang Dee.Pelik.Adiknya itu paling pantang bila sebut soal makan.Selalu dia paling laju pecut kalah Usain Bolt kalau waktu makan.

Sejak dari petang tadi selepas Emiir menghantar Dee pulang ke rumah,adiknya itu banyak diam dan termenung.Mata pun nampak macam sembab.Emiir beritahu pada dia dan mamanya yang kereta Dee rosak dan kebetulan Emiir ada di kawasan dekat situ juga.Jadi,Emiir tolong hantarkan Dee sebab kereta Dee masih ada di bengkel.

Semua Emiir dah tolong untuk uruskan.Cuma esok sahaja Emiir akan ambil dia dari rumah untuk ambil kereta Dee dari bengkel.Cuma hairan dengan sikap Dee.Macam bukan dia yang selalu.Sampai rumah tadi pun Dee terus naik ke bilik.Tinggal dia,mama dan Emiir sahaja berborak.

Emiir pun tak ada beritahu kalau ada apa-apa perkara lain yang jadi selain daripada kereta Dee rosak.

"Dee okay tak?"Firdaus masih tak berganjak dari tempat berdirinya.Susah hati bila tengok adiknya yang selalu mulut macam bertih jagung itu tiba-tiba senyap.

Mama dari tadi lagi beri isyarat pada dia untuk naik dan periksa keadaan Dee.Mama pun perasan.Bila mama tanya sepatah,sepatah juga jawapan Dee.

"Okay."Dee menjawab lemah.Selimut ditarik rapat ke dada.

Dee langsung tak ada mood.Wajah Zafran terbayang-bayang diruang mata.Dee jadi tak keruan.Takut.Risau perkara lama berulang lagi.Dia sedih.Rasa kosong.Badannya pun sekarang rasa lesu dan seram sejuk.

Dee kecewa sebab dia tahu bahawa perasaan ini adalah perasaan sama yang dia rasa sewaktu didiagnos dengan kemurungan dulu.Perubahan emosi yang mendadak.Rasa tak ada daya nak buat apa-apa.Dia tak nak dah ulang semula makan ubat escitalopram dan lorazepam macam dulu.Seksa.Lebih-lebih lagi bila sebumbung dengan mama dan abang Firdaus.Susah untuk dia sembunyikan sakitnya andai sakit dulu itu datang semula.

"Tipu.."Daun pintu bilik Dee ditolak dan Firdaus melangkah masuk.

Dia berhenti dan berdiri di sebelah katil Dee.Tubuhnya menghadap Dee yang sedang berbaring.Firdaus duduk melutut.Dahi Dee ditekap sedikit lama dengan tapak tangan.

"Adik demam ni."Firdaus dah berkerut kening.Boleh tahan panas suhu badan Dee.

Pagi tadi keluar elok saja.Balik petang demam pula.Main hujan ke apa?Naluri abangnya dapat rasa ada sesuatu tak kena tapi dia tahu Dee.Kalau dia kata tak ada apa-apa janganlah cuba korek juga jawapan lain.Sampai 100 tahun pun tak akan buka mulut.Keras kepala adiknya itu belum ada lawan lagi.

"Tunggu sekejap.Abang bawa nasi naik.Nanti makan ubat sekali."Firdaus bangun dan berdiri.

"Abang..tak nak ubat."Dee dah merengek.Tangan Firdaus dicapai untuk menahan abangnya itu.

"Ish..budak ni.Jangan degil.Kena makan ubat kalau tak melarat."Firdaus dah membebel.Sakit masih degil.

"Ala.."Dee masih merengek halus.

"Merengek lagi abang cairkan ubat dalam air.Biar pahit dia lekat sampai lusa dekat tekak."Firdaus mengugut.

Dee mencebik.Tangan Firdaus dilepaskan perlahan.

"Jangan tidur lagi.Tunggu sekejap."Firdaus terus mengatur langkah keluar dari bilik dan turun ke bawah.

.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now