Bab 51

1.7K 72 0
                                        

"APA Tasha dah buat tadi sampai Emiir dengan Dee bergaduh teruk macamtu?"Dato' Azam memandang anaknya yang duduk dibelakang melalui cermin pandang belakang kereta itu sekilas.

"Mana ada Tasha buat apa-apa.Dee tu cemburu lebih-lebih."Tasha berpeluk tubuh dan menyilangkan kakinya.Badan dihempas pada kerusi kereta.

"Takkanlah tak ada apa-apa.Emiir siap ugut Tasha lagi sebelum keluar tadi.Cuba bagitahu.Buat malu papa je.."Dato' Azam menggelengkan kepalanya.

Malu dia sebagai kawan baik kepada Dato' Zaidi bila kejadian tadi yang berlaku melibatkan anaknya.Terus Dato' Azam meminta diri untuk pulang demi meredakan kekeliruan yang berlaku tadi.Tak pasal-pasal rosak majlis orang lain gara-gara anak dia sendiri.

"Tasha cari tandas dekat atas.Silap masuk bilik.Tu je.Dee tu je yang overreact."Tasha bersuara rendah mencipta alasan untuk berbohong.

"Silap masuk bilik?Takkan kamu tak boleh beza pintu tandas dengan pintu bilik air?Lagipun bukan baru pertama kali kamu datang rumah Datin Alya sampai boleh salah masuk bilik."Dato' Azam menyangkal kata-kata Tasha.

"Tasha dah lama tak datang rumah Datin Alya.Dah lupa."Tasha menjawab acuh tak acuh.

"Boleh percaya ke kamu ni?"Wajah anaknya dipandang lagi dengan kerutan pada dahi.

"Kalau Tasha cakap apa pun mana papa nak percayakan?Tasha ni kan buruk sangat perangai pada mata papa."Tasha membalas pandangan Dato' Azam pada cermin pandang belakang itu dengan berani.

"Ish budak ni.."

"Sudahlah bang.Tasha dah kata dia silap bilik.Mungkin salah faham je semua tu."Datin Riana menghentikan bebelan suaminya itu dan membela Tasha.

"Eloklah.Percaya sangat cakap anak awak ni.Jangan sampai sikap awak ni jadikan anak awak ni perosak rumahtangga orang lain."Dato' Azam menyudahi kata-katanya dengan gelengan.

Tiada guna andai dia seorang sahaja yang beria menegur untuk membetulkan sikap anaknya itu jika isterinya tetap membela Tasha walaupun Tasha salah.

Tasha mengeluh dan melemparkan pandangan ke luar tingkap.Hatinya sebal dengan apa yang papanya ucapkan.

.

.

.

"MACAM mana Emiir?Jumpa Dee?"Datin Alya berjalan mendapatkan Emiir yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

Hatinya dari petang tadi gelisah menunggu Emiir dengan berita tentang Dee.Bila Emiir pulang bersendirian bertambah risau hatinya.

"Tak,ma."Emiir menjawab lemah.Letih badannya dari petang sehingga ke lewat malam dia ke sana sini tanpa hala tuju mencari Dee.Akhirnya,dia berhenti solat dan rehat di masjid bila pencariannya menemui jalan buntu.

Dee pula langsung tak angkat panggilan telefonnya.Mungkin Dee mematikan telefonnya sebab semua panggilan tak bersambung.Malah,pesanan whatsApp yang Emiir hantar juga cuma ada satu tick sahaja.Last seen Dee pun tak bergerak dari petang tadi.

"Ya Allah..mana Dee pergi ni.Dengan tak bawak apa-apa.Entah naik apa.Jalan kaki.Mengandung lagi.Mama risaulah Emiir."Datin Alya berwajah bimbang.

"Abang Emiir nampak letih sangat tu.Nak Ayie teman sambung cari Kak Dee ke?"Ayie yang turut sama menemani mamanya menunggu Emiir pulang mencelah.

"Tak apa."Emiir menolak pelawaan Ayie.

"Mama jangan risau ya.Tadi Liya call Emiir.Dee ada dekat rumah dia.Dee tak tahu yang Liya bagitahu Emiir dia ada dekat rumah Liya."Emiir membalas dengan senyuman dipaksa.

TERNYATA KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang