Bab 21

1.7K 74 1
                                        

"DEE cepat!Ketam!Ketam!"Suara Liya menjerit nyaring sambil mengejar ketam kecil yang lagi laju melarikan diri.

"Mana?!"Mata Dee meliar ke sekeliling.Tak tahulah mata dia dengan Liya ni sama frekuensi ke tidak.

Apa yang Liya nampak,Dee tak nampak.Ketam yang Dee nampak,Liya pula tak perasan..

"Korang ni..manalah ketam tu tak lari.Suara masing-masing dah macam petir.."Inara yang dari tadi cuma berdiri memerhati budak berdua itu menggeleng kecil.

Kalau ada telinga ketam tu pun jadi pekak agaknya.Orang lain cari ketam elok saja tak menjerit-jerit.

Inara ketawa sendiri.

"Haa tu!Tu!"Liya menunjuk ke arah hadapan.

Dee terus berlari dengan baldi kecil di tangan.

"Cepat!Liya!Tolong!Takut!Takut!"Dee menutup ketam yang mereka jumpa tadi dengan baldi.

"Okay..okay.Tahan."Liya datang memberi pertolongan.

Inara hanya ketawa dari jauh.Malas dia nak habiskan tenaga mengejar ketam yang dah macam pelari pecut tu.

Kalau tak sebab Liya gigih memujuk dia dengan Dee memang mereka berdua melepak saja dalam khemah yang dah Emiir dan Firdaus pacak dekat tapak khemah.

"Aku risau sekejap lagi kena panggil ustaz nak ruqyah budak dua ketul tu.."Firdaus yang sedang duduk atas pasir pantai sambil berlunjur itu memerhati Dee dan Liya yang gigih menangkap ketam.

Nak goreng rangup kata Liya.Entah banyak ke tak hasil tu.Gaya dah ada.

Emiir ketawa terbahak-bahak.

"Biarlah.Seronok jugak tengok.Dee pun nampak happy je sejak sampai tadi."Emiir membalas.

"Kau dengan Dee asal?"Soalan Firdaus secara tiba-tiba itu buat Emiir sedikit tersentak.

"Kenapa aku dengan Dee?"Soalan dibalas soalan.

"Kau boleh kelentong aku.Dee tu aku kenal sangat.Lain je gaya."Firdaus memuncung ke arah Dee.

"Lain macam mana?"Emiir bertanya.

"Yelah..aku tengok dia dari kita awal gerak sampai ke sini.Banyak mengelak je dari kau?Takut betul kalau kena tinggal berdua dengan kau.Pelik jugak aku.Sebelum ni okay je?"Firdaus memandang Emiir.

Emiir diam menjungkit bahu.Emiir pun perasan dengan sikap Dee harini.Rasanya kalau tak sebab ada Liya dan Firdaus paksa Dee untuk ikut sekali,tak ada Dee nak tunjuk muka.Lebih-lebih lagi selepas perbualan mereka di pantai tempoh hari.

Langsung Dee tak berbual satu apa pun dengan Emiir.Emiir pandang nanti Dee pandang arah lain.Kalau pandangan mereka tak sengaja bertemu pun terus Dee cepat-cepat pusing arah lain.Belum cerita,Dee asyik berkepit dengan Liya tak nak ditinggal berdua dengan Emiir.

Jadi serba salah pula Emiir.Malu ke?Marah ke?Emiir pun tak tahu.Ada satu jalan saja nak cari tahu perasaan Dee dan apa jawapan Dee akan soalan dia haritu.

Masuk meminang..
Tak payah pening kepala.Kalau Dee tolak,tak apa.Dia pun tak ada nak paksa.Hati mungkin berkecai juga tapi hadap sajalah.

"Adalah benda tu agaknya.."Emiir berdalih.

"Tak.Masalahnya,tadi masa pacak khemah.Si Liya dengan Inara ambil barang dekat kereta.Kan aku nk berak.Kau tahu dia rela ikut aku tunggu depan toilet lelaki tu.Tak faham aku.."Firdaus menggelengkan kepala.

Perangai Dee ni kadang memang tak boleh ramal.Bakal suami dia rasanya dah boleh buat kenduri doa selamat,biar tak sakit jantung nak layan.

Macamtu sekali ya,Dee?Emiir hanya ketawa kecil.

TERNYATA KAMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang