BAJU kurung moden bewarna hitam yang tersarung pada tubuhnya itu dibetulkan sedikit.Gemuruh rasa nak berjumpa dengan bakal ibu mertuanya untuk kali kedua.
Kali pertama mereka berjumpa sewaktu rombongan meminang keluarga Emiir itu datang beberapa minggu lepas.Mama Emiir juga kelihatan baik.Walaupun seperti kurang mesra tapi Dee anggap mungkin kerana dia belum mengenali mama Emiir sepenuhnya.
"Okay ke baju Dee ni,Abang Emiir?"Dee menahan langkah Emiir yang sudah mahu melangkah ke arah pintu utama rumah banglo mewah itu dari garaj rumah.
"Okay.Dee cantik."Emiir senyum menjawab.
Dee menarik nafas dan menghembus perlahan semula.Menghilangkan rasa gugup dalam hatinya.
"Jom.."Emiir mengajak.Dia terlebih dulu melangkah ke depan.
Dee mengekori Emiir sambil membawa sebuah beg kertas berisi hadiah yang dia beli untuk Datin Alya.
.
.
.
"ASSALAMUALAIKUM.."Emiir dan Dee melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah dua tingkat itu.
Seketika Dee terpegun dengan dekorasi dalaman rumah banglo mewah itu.Cantik dan sangat elegan.
"Abang Emiir!"Ayie yang baru turun dari tangga itu berjalan ke arah Emiir.
"Ayie.."Emiir membalas teguran Ayie dengan seronok.
Mereka berbalas pelukan.
"Bila sampai?Tak cakap abang pun suruh ambik?"Emiir bertanya adiknya itu setelah pelukan dileraikan.
"Tadi Ayie dah suruh Pak Mat ambil dari airport.Malas nak kacau daun abang dengan tunang abang."Ayie mengusik dengan senyuman.
Emiir ketawa.Dee hanya diam mendengar.
"Banyaklah.."Emiir membalas.
"Ouh inilah bakal kakak ipar Ayie ni?"Wajah Dee yang berada di belakang Emiir diintai sedikit.
"Cantik.Hai,kak.Kak Dee kan?"Ayie menyapa mesra.
"Hai..haah.Kak Dee."Dee mengukir senyuman ke arah adik Emiir yang wajahnya saling tak tumpah dengan Emiir.Cuma mata dan kulit mereka saja berbeza sedikit.
"Mama papa mana?"Emiir bertanya Ayie bila dia tak nampak kelibat mama atau papa di mana-mana.
"Papa naik atas.Solat Asar.Mama dekat dapur tengah masak rasanya."Ayie memberitahu.
"Ouh..okay.Abang bawak Kak Dee jumpa mama sekejap.Kesian mama sorang buat kerja."Emiir meminta diri.
"Eh tapi ada.."Belum sempat Ayie menghabiskan ayatnya,Emiir dah berjalan menonong ke arah dapur diikuti oleh Dee.
Ayie hanya menjungkitkan bahunya.Mungkin Abang Emiir tahulah agaknya mereka turut ada tetamu lain pada hari itu.
.
.
.
EMIIR beriringan dengan Dee ke arah ruangan dapur.Tak sabar dia mahu Dee berjumpa sekali lagi dengan mamanya.
Dari luar dapur itu kedengaran suara perempuan bergelak ketawa.
"Amboi mama..seronoknya."Emiir bersuara sambil memasuki ruang dapur itu.
Namun,langkahnya terhenti bila dia melihat mamanya sedang bergelak ketawa dengan Aisyah di depan sinki.
Dee turut menghentikan langkahnya secara mengejut dan berhenti di belakang Emiir bila langkah Emiir berhenti secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...