Bab 40

1.2K 60 3
                                    

DEE duduk menunggu Emiir atas salah satu tempat duduk batu yang tersedia ditepi sebelah foodtruck menjual makanan di dalam Centrum Mall itu.Sweater lilac yang tersarung pada tubuhnya ditarik rapat.

Sejuk pula malam ni..

"Sayang.."Dee angkat wajah bila Emiir datang menghampiri dengan sebungkus plastik ditangan.

"Abang beli apa?"Dee mengintai sedikit plastik putih yang dibawa suaminya tadi.

"Nah.."Emiir hulu kentang bakar yang masih berasap nipis ke arah Dee.

Senyuman Dee mekar.

"Macam tahu-tahu je Dee nak makan benda-benda kudap macamni."Dee menayang senyum gembira.

Emiir ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu.Nak bagi Dee happy senang saja,sua saja makanan banyak-banyak.Satu hari mood dia akan elok.

Sebiji kentang bakar yang dibelah tengah dan diletakkan cheese di atasnya itu dipotong sedikit.Ditiup beberapa kali sebelum menyuap masuk ke dalam mulut.

"Emm..sedapnya."Terpejam-pejam mata Dee menikmati kentang bakar itu.

"Abang nak?Dee suap."Dee dah memotong lagi satu dan ditiup kentang itu sebelum disuap masuk ke dalam mulut suaminya.

Emiir ketawa.Dia menganga saja.Dee ni memang kalau makanan tu sedap bukan dia kira Emiir makan ke tak yang dia tahu nak suap saja.Nasib baik Emiir memang jenis tak cerewet bab makan.Takut cukup bulan Emiir yang naik berat badan.

"Sayang ni pipi pun ikut makan.."Pipi Dee yang ada sedikit kesan cheese bewarna kuning pada tepi mulutnya itu dilap oleh Emiir.

"Eii abang kotorlah!"Tangan Emiir yang sedang menjilat sedikit cheese yang dilap dari tepi mulut Dee itu dipegang Dee.

"Mana ada kotor.Pipi Dee bukan lantai."Emiir menjawab selamba.

Hujung jari dilap pada tisu yang dia perolehi semasa membeli kentang bakar tadi untuk Dee.

"Malu orang tengok."Dee memandang sekeliling.

"Nak malu apa..lainlah abang lap pakai mulut jugak."Emiir memandang Dee.

"Eii abang ni.."Dee dah berkerut kening dengan muka mencuka.

Emiir ketawa halus.

"Buat muka comel merajuk macamtu..balik bilik awal kang tahulah.."Emiir mengusik lagi.

Pipi putih Dee memerah dengan pandangan dan senyuman nakal daripada Emiir itu.

Lengan Emiir dicubit perlahan.

"Auch sayang..sakit!"Digosok sedikit lengannya.Tak ada sakit mana pun,saja nak bermanja.

"Padan muka.."Dee mengejek.

Suka sangat mengusik orang.

"Nah.."Emiir keluarkan lagi sesuatu dari kedua poket sweater kiri dan kanan.

Dua plastik bar coklat crispy perisa strawberi dan coklat itu disua ke arah Dee.

"Wah..coklat."Dee ambil huluran coklat itu dengan tangan kanan sementara tangan kirinya memegang bekas kentang bakar.

"Thank you abang.Abang ni memang nak bagi Dee gemuk ke apa?Lepas kahwin ni asyik belikan Dee makanan je.Saja eh nak bagi Dee gemuk lepastu cepat semput biar nanti abang ada orang lain Dee tak larat kejar?"Dee mengecilkan mata memandang suaminya.

Ketawa Emiir pecah.Pemikiran isterinya ni lain sungguhlah.

"Mana ada sayang.Abang memang suka tengok isteri abang ni selera."Pipi Dee dicuit sedikit.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now