BAB 6

896 42 5
                                    

HELMET hitam full face diletakkan atas meja kopi.Emiir menghempaskan badannya yang letih di atas sofa mewah.

Belakang tapak tangan dibawa ke atas dahi.Keluhan berat terlepas dari mulutnya.Dia fikir tadi dia kuat nak bertahan walaupun kawan-kawannya bercakap soal Aisyah.Tetap dia tak mampu menipu dirinya.

Kejadian empat tahun lepas kembali terngiang dalam kepalanya.Ternyata dia cuma boleh memaafkan tapi langsung tak pernah melupakan.

.

.

.

Empat tahun lepas ..

Emiir berdiri membetulkan kemeja kelabu yang lengannya dilipat sehingga ke paras siku.Jambangan bunga ros dibawa ke depan dada dan loceng rumah apartmen itu ditekan.

"Takkan merajuk lagi?"Emiir bertanya sendiri sambil berulang kali menekan loceng.Tetap tiada sahutan.

Telefon pintar dari kocek jeans belah kanan dicapai.Laju jarinya mendail nombor kekasih hatinya itu.Nombor telefon Aisyah didail sekali lagi bila tiada sambutan dari talian sebelah sana.

"Haish..Takkan marah lagi?"Emiir merenung skrin telefon yang masih berdering dengan runut bunyi dari nombor Aisyah.

Beberapa minit berbunyi,panggilannya terus disambung ke peti pesanan suara.Hati Emiir mula risau.Semarah Aisyah pada dia sebelum ni tak pernah lagi Aisyah membiarkan panggilan darinya tak berjawab.

Pagar apartmen itu diusik sedikit.Emiir berkerut kening bila dengan mudah pagar itu terbuka seperti tak dikunci.Emiir melangkah masuk ke dalam ruang yang menempatkan rak kasut.Pintu rumah Aisyah didekati.Pintu diketuk.Senyap.

Tombol pintu rumah Aisyah disentuh dan dipulas sedikit.Mahu memastikan berkunci atau tidak.

Klik!

Pintu apartmen itu terbuka sedikit.Jantung Emiir berdebar.Kepalanya cuma berfikir janganlah ada perkara buruk berlaku pada Aisyah.Ditolak pintu rumah itu perlahan dan berhati-hati.Kepala dijengulkan sedikit ke dalam.

Ruang tamu itu sepi.Baru beberapa tapak melangkah kaki Emiir terhenti bila dia rasa kakinya tersepak sesuatu.Pandangannya jatuh pada dua pasang kasut.Kasut tumit dan juga kasut sneakers lelaki.

Kasut lelaki?

Hati Emiir jadi tak menentu.Rasa cemburu,marah,risau dan berdebar semuanya bercampur menjadi satu.Ikut hati mahu sahaja dia keluar semula dan pergi tapi keinginan hatinya yang mahu tahu melebihi segalanya.

Laju kakinya diatur menuju ke bahagian apartmen yang menempatkan bilik-bilik.Tiga tahun menjalin cinta dengan Aisyah,ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke apartmen yang ayah Aisyah hadiahkan sejak zaman mereka belajar itu.Bingung dia melihat tiga bilik dihadapannya.Sebuah bilik yang bertutup rapat  didekati.

Tombol pintu dipulas dan pintu bilik ditolak.Jambangan ros yang dalam genggamannya terlepas jatuh melihat imej yang terpampang depan mata.

"Aisyah?"Tangan dikepal menahan amarah yang meluap dalam hati.Dua jasad yang sedang pulas tertidur itu ditenung tajam.Hatinya sakit melihat keadaan Aisyah yang terdedah bahu dipeluk seorang lelaki di atas katil.

"Tak guna!"Emiir tak dapat berfikir dengan waras.Laju dia berjalan ke arah lelaki itu seraya menarik lelaki itu bangun.

"Apahal ni?!"Lelaki yang baru membuka mata itu terpinga-pinga bila badannya dikejut secara paksa.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now