Bab 43

1K 38 1
                                    

KAKI melangkah menuju ke bilik tidur.Mata pun dah mengantuk.Mana tidaknya,sehari suntuk berjalan keluar.Bila sampai ke rumah tenaganya pun dah jadi kosong.

"Tasha?Baru balik?"Langkah Tasha terhenti bila mamanya yang baru keluar dari bilik tidur menegur.

Tasha memusingkan badan menghadap mamanya.Ingat tadi langkahnya dah cukup perlahan tak nak mengganggu orang di dalam rumah ini memandangkan dah lewat pagi dia sampai ke rumah.

"Haah,ma."Tasha menjawab malas.

"Aik..Lama betul kamu pergi hantar souvenir dekat Datin Alya?"soal Dati  Riana saja memerli anaknya itu.

Entah pergi ke mana tak beritahu sampai lewat pagi baru pulang ke rumah.Datin Riana berjalan mendekati Tasha sambil memperlahankan suaranya.

Tak mahu suaminya yang berada di dalam bilik mendengar perbualannya bersama Tasha.Memang habis kena bising dengan papanya kalau tahu Tasha pulang lewat pagi begini.

"Tasha jumpa kawan sekalilah ma.Takkanlah Tasha hantar souvenir sampai pagi."Tasha menjawab dengan nada kurang senang.

Malas bila mahu menjawab macam-macam soalan daripada mamanya itu.

"Kawan mana?Mama kenal ke?"Datin Riana menyoal hairan.

Setahu Datin Riana,anak tunggalnya itu taklah ramai sangat kawan.Jadi dia memang kenal setiap kawan Tasha.

"Kawan Tasha lah,ma.Mama ingat Tasha ni tak ada ramai kawan ke?"Tasha membalas sebal soalan mamanya.

Rasa terkongkong hidupnya bila umurnya dah menginjak ke 25 tahun pun mama masih mengawal dengan siapa dia mahu berjumpa dan pergi ke mana.

"Mama tanyakan?Boleh je kamu jawab elok-elok."Datin Riana membalas dengan lirih.

Tasha memang begitu.Kadang seperti tak ada hormat langsung pada dia sebagai seorang ibu.Namun,itulah satu-satu anak yang dia ada.Dia tak mahu terlalu bertegas bimbang Tasha akan memberontak.

Tasha merengus geram.

"Tasha penatlah,ma.Tasha masuk bilik dulu."Tasha terus berpusing mahu masuk ke bilik tanpa menunggu balasan jawapan daripada mamanya.

Datin Riana hanya menggeleng melihat sikap Tasha.Dia turut masuk semula ke dalam bilik.Tak ada guna nak bertelingkah pun lewat pagi begini.

Thanks sayang for tonight. -Ashraf

Pesanan ringkas yang diterima masuk sahaja ke dalam bilik itu buat Tasha tersenyum.Dia membiarkan mesej itu tak berjawab.

Tudung dan anak tudung ditarik dari kepala dan dicampak masuk ke dalam bakul berisi baju kotor.Tuala yang tersangkut pada belakang pintu dicapai dan Tasha berjalan masuk ke dalam bilik air nak membersihkan diri.

.

.

.

"HI papa..mama.."Tasha yang masih berbaju tidur menarik kerusi kosong di meja makan dan duduk.

Pinggan kosong dicapai dan nasi goreng dari dalam mangkuk sederhana besar dihadapannya itu dicedok.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Tasha?Tengahari baru bangun?Dengan tak mandinya."Dato' Azam melipat surat khabar yang tadi dibaca dan memandang ke arah anaknya.

"Alah pa.Harini kan cuti.Buat apa nak bangun awal."Tasha menjawab selamba.Nasi goreng disuap masuk ke dalam mulut.

Datin Riana yang sedang menyapu peanut butter pada roti bakar yang ada ditangannya hanya melihat Tasha.

"Habistu subuh kamu macam mana?"Dato' Azam dah menggelengkan kepala.

Anaknya itu kalau ditegur ada saja jawapan yang keluar dari mulut.Ikutlah anaknya itu mahu jadi apa,dia sudah penat menasihati.

Tasha diam tak menjawab soalan papanya.

"Datin Alya semalam sihat masa kamu hantar souvenir dekat dia?Lama dah mama tak pergi sana.Tak sempat-sempat lagi."Datin Riana menukar topik perbualan.

Tak nak suasana di meja makan itu jadi semakin tegang.Dato' Azam menghela nafas berat bila isterinya hanya menukar topik dan bukannya tolong dia menasihati anaknya itu.

"Sihat.Dia kirim salam dekat mama.Dia kata terima kasih."Tasha menyampaikan pesanan Datin Alya semalam.

"Waalaikumussalam.."Datin Riana menjawab salam yang dikirim.

"Dia sorang je ke masa kamu datang?"Datin Riana bertanya lagi.

"Mula-mula sorang tapi lepastu emm ada menantu dia sampai."Tasha menjawab dengan nada menyampah.

"Aik..lain macam je ayat.Yang kamu macam menyampah betul dengan menantu Datin Alya tu kenapa?"Datin Riana memandang Tasha hairan.

"Entah.Tasha tak berapa berkenan sangat dengan menantu Datin Alya tu.Berlagak."Nasi goreng disuap lagi ke dalam mulut.

"Berlagak?Elok je orangnya mama tengok.Sopan santun,lemah lembut,mesra..pandai pula layan orang lebih tua.Hormat orang."Datin Riana menyenaraikan satu persatu sifat Dee yang dia rasa Tasha boleh contohi.

"Kamu pun boleh belajar dari dia."Datin Riana menyambung.

Tasha dah berkerut kening.Menyampah.Meluat.
Rasa nak marah bila mama membandingkan dia dengan Dee,isteri Abang Emiir itu.

"Buat apa?Biasa je menantu Datin Alya tu."Tasha menjulingkan matanya ke atas.

"Biasa-biasa dia pun dah kahwin.Kamu ni?"Dato' Azam yang dari tadi diam bersuara semula.

Tasha diam.Sakit hatinya bila teringatkan Dee.Yelah..semua orang sayang.Paling bagus kononnya.Fikir itu sahaja buat Tasha meluat.

Memang dia sakit hati!

Sakit hati bila terkenangkan yang dia pernah beria cuba rapat dengan Abang Emiir tapi tak dilayan.Sakit hati bila teringat usaha dia hantar mesej dan kadang-kadang telefon bertanya khabar tapi semuanya dilayan acuh tak acuh sahaja.

Sampai tahap Tasha sengaja senyap dan menjarakkan diri tapi Abang Emiir langsung tak mencari.Tahu-tahu Abang Emiir kahwin.

Paling sakit hati bila Tasha jujur tentang perasaan dia pada Abang Emiir tapi ditolak mentah-mentah dengan alasan Tasha dah dianggap seperti adik dan masih muda.Alih-alih tengok isteri Abang Emiir tu sebaya dengan Tasha sahaja.

Datin Riana senyap.Kadang-kadang pening kepala dengan dua beranak ni.Dulu waktu Tasha kecil bukan main macam belangkas,sekarang bila Tasha dah besar terus tak boleh nak pandang muka masing-masing lama.

Nanti ada saja perang mulut yang jadi.Selalunya Datin Riana yang jadi pendamai.

"Cuti ni jangan tak lekat dekat rumah pulak.Nanti tahu-tahu hilang entah pergi mana.Buat rumah ni macam hotel pulak.Nak keluar suka hati,nak balik lewat suka hati."Dato' Azam bersuara lagi.

"Papa..Tasha baru turun,pa.Baru nak makan.Papa marah-marah Tasha macamni.."Tasha mula mahu menjawab.

"Tasha.."Datin Riana menegur Tasha.

"Tengoklah anak awak ni.Saya baru cakap sikit dah nak melawan."Dato' Azam menoleh ke arah isterinya.

"Sudahlah,bang.Budak tu tengah makan."Datin Riana bersuara.

"Tulah awak..manjakan anak awak ni sangat.Sampai hilang hormat dengan kita."Dato' Azam memarahi pula isterinya.

"Haih..hilang selera."Tasha terus bangun dan berlalu naik ke bilik semula.

Nasi goreng yang masih berbaki dalam pinggan itu hanya dibiarkan saja atas meja.

"Tengok abang.Dah merajuk budak tu."Datin Riana memarahi semula suaminya.

"Saya pulak salah?Ikut awaklah nak manjakan dia sangat.Dia nak merajuk?Suka hati dia."Dato' Azam dengan keras kepalanya menjawab.

Datin Riana melepaskan keluhan.Tasha dengan kuat melawannya,Dato' Azam pula dengan ketegasan dan keras kepalanya.Memang boleh buat migraine kepala.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now