Bab 34

1K 50 0
                                    

"BALIK dah adik?"Langkah Dee yang baru mahu memijak satu anak tangga untuk naik ke bilik itu terhenti.

Dee menoleh ke arah mamanya yang baru keluar dari dapur.

"Haah,ma."Dee mengukir senyum.

"Macam mana tadi makan malam?Okay?"Puan Liza bertanya Dee.

"Okay."Dee senyum nipis segaris.

Tak mahu memberitahu apa yang terjadi tadi.Biarlah apa jadi tadi tersimpan antara mereka.Dia tak mahu mama pula jadi sedih.Silap-silap nanti perkara jadi lebih besar bila melibatkan kedua pihak keluarga.

"Dato' dengan Datin layan adik elok tak?"Puan Liza bertanya lagi.

"Elok.Diorang baik sangat.Ayie,adik Abang Emiir pun baik."Dee menuturkan.

"Alhamdulillah kalau macamtu.."Puan Liza membalas lega.

Nampaknya andaian dia sahaja sebelum ini yang merasakan seperti Datin Alya tak begitu menyukai hubungan Dee dan Emiir.Andaian itu semua gara-gara sikap Datin Alya yang tak begitu mesra semasa hari rombongan keluarga Emiir datang meminang Dee tempoh hari.

Namun,Puan Liza bersyukur semua itu hanya perasaannya sahaja.

Dee senyum nipis.Biarlah mama fikir yang baik-baik sahaja tentang hubungan dia dan Emiir.Juga tentang mama Emiir.Tak ada guna Dee nak mengadu nasib.Apa yang dia kena tadi pun taklah seteruk mana.Masih boleh dipujuk hatinya.

"Adik naik dulu,ma.Nak mandi.Nak rehat."Dee meminta izin.

"Ha yelah.Mama pun nak masuk tidur dah ni."Puan Liza mengangguk.

Dee sambung mendaki anak tangga menuju ke biliknya di atas.

.

.

.

DATIN Alya mencedok mee goreng basah dari dalam mangkuk besar ke dalam pinggan sederhana kecil yang ada di tangannya.Pinggan itu diletakkan atas meja di sebelah suaminya yang sedang khusyuk memeriksa email kerja menggunakan telefon pintarnya.

"Emiir?Sarapan?"Datin Alya memanggil Emiir yang baru turun dari tangga bila dia mendengar derap tapak kaki Emiir.

"Tak apa.Kenyang."Emiir menjawab ringkas.

"Makanlah sikit.Mama dah senduk."Datin Alya memujuk.

Emiir berjalan ke arah dia dan suaminya.

"Sarapan sikit,Emiir.."Dato' Zaidi bersuara.

"Dah lewat,pa.Emiir pergi dulu."Emiir bersalaman dengan mama dan papanya.

Keluhan berat terlepas dari bibirnya.Datin Alya memandang kosong mee goreng basah dan air coklat panas yang tak disentuh langsung oleh Emiir itu.Sedih hatinya tapi silapnya juga.

Hampir dua minggu Emiir bersikap dingin.Bila ditanya sepatah,jawabnya sepatah.Petang pulang saja dari kerja terus Emiir akan bersiap-siap untuk bermain futsal pula.Baliknya nanti sampai lewat malam sewaktu Datin Alya sudah melelapkan mata.

Tak pernah Emiir merajuk sampai begini sekali.Nampaklah yang kali ini silap dia sangat besar.

"Biarlah Emiir tu reda dulu.Orang tengah marah.Lama-lama nanti sejuklah."Dato' Zaidi bersuara.Telefon pintarnya ditutup dan diletakkan ke tepi meja.

"Hmm..Dua minggu dah abang."Datin Alya mengadu.

"Tak apalah..Awak sabar sikit."Dato' Zaidi membalas.Mee goreng basah diambil dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Saya tak tahu nak buat apa dah.Minta maaf sudah tapi macam tu jelah dia."Datin Alya menunduk.

"Tak apa.Bagi dia ruang dulu."Dato' Zaidi tenang memujuk Datin Alya.

Datin Alya diam.

"Bukan Emiir yang patut mama minta maaf tapi Dee,ma.."

Suara Emiir beberapa hari lepas sewaktu Datin Alya menyatakan rasa kesalnya dan meminta maaf atas kelewatan sikapnya terngiang semula.

Dia tahu silap dia.Dee tak bersalah.Datin Alya tahu dia melewati batas pada hari makan malam itu.Dia memang dah berniat nak meminta maaf dan berjumpa Dee tapi dia rasa malu.

Malu pada Dee.Bimbang Dee memarahinya semula walaupun dari gaya Dee tak nampak seperti seorang yang pemarah.Macam mana kalau Dee tak nak memaafkan dirinya.Pasti hubungan Emiir akan lebih renggang dengan dia.

Hati Datin Alya gelisah.Memikirkan itu sahaja dia rasa tak sanggup dan sedih.

"Takpun..awak pergilah jenguk Dee.Minta maaf pada dia atas layanan awak pada Dee haritu.Mungkin cara tu boleh buat Emiir lembut hati."Dato' Zaidi memberi cadangan.

"Saya mama Emiir,bang.Takkan sebab seorang perempuan Emiir nak marahkan saya sampai macamni sekali."Ujar Datin Alya.

"Ni bukan soal sebab perempuan ke apa Emiir berubah atau tak hormat awak.Ni sebab apa yang awak buat pada Dee.Tu tunang dia.Bakal isteri dia.Bakal menantu kita."Dato' Zaidi menghela nafas.

Isterinya ini kadang boleh tahan keras kepalanya tapi Dato' Zaidi tahu isterinya itu tidaklah sejahat mana.

"Kita ajar Emiir dan Ayie untuk hormat orang lain.Kita ajar anak-anak kita untuk tak sakiti hati sesiapa pun walaupun kita tak suka seseorang tu.Alih-alih awak pulak buat macamtu.Lagipun tu cinta hati dia mestilah dia pun rasa sakit.Buatnya Dee tu minta putus sebab layanan awak tu?Tak anak kita yang frust?"Dato' Zaidi menyambung lagi nasihatnya.

"Kalau saya pun orang buat awak macamtu..saya akan jadi macam Emiir juga."Dato' Zaidi menambah lagi.

Datin Alya senyap seribu bahasa.Dia akui apa yang suaminya cakap itu semuanya betul.Memang dalam hal ini dia yang salah.

Aisyah pun entah ke mana selepas kejadian malam itu.Datin Alya pun dah tak ada hati mahu bertanya khabar atau apa.Hatinya masih terguris dengan sikap Aisyah.

.

.

.

AIR panas yang baru diambil dari Thermo Pot dituang ke dalam adunan tepung untuk buat cucur bulat bilis.Digaul sebati adunan tepung itu.

Hari ini Dee memang sengaja tak ambil apa-apa tempahan dessert atau kek.Nak berehat seketika selepas minggunya penuh dengan tempahan kek kahwin,kek harijadi dan dessert.

Cucur bulat bilis ni pun sebab dia teringin bila lalu video dalam aplikasi TikTok yang dia tengok tadi.Sambal merah untuk dicicah dengan cucur bulat bilis dah siap.Tunggu nak membulatkan cucur bilis ni saja.

"Dee nak Mak Nab buat air minum petang sekarang ke?"Mak Nab yang tadi sedang sibuk menyiapkan bahan untuk makan malam nanti bertanya.

"Kejap lagilah Mak Nab.Bagi habis goreng cucur ni dulu."Dee menjawab.

TING TONG!

Loceng pintu rumah berbunyi.

"Aik?Siapa pulak datang petang-petang ni?"Dee menyoal sendirian.

"Mak Nab tengok sekejap.."Mak Nab menolak kerusi untuk bangun.

"Tak apa Mak Nab.Dee pergi tengok.Mak Nab tengokkan cucur ni kejap ya."Dee menawarkan diri bila melihat Mak Nab masih lagi sibuk.

Mak Nab mengangguk dan duduk semula.

TING TONG!

Loceng rumah berbunyi lagi sekali.Dee pergi ke belakang tempat penyidai kain dan mencapai sehelai tudung sarung memang disangkut sekiranya ada tetamu yang datang secara mengejut.

Tak adalah letih dia nak naik mencari tudung.

Pintu rumah dibuka dan Dee berjalan keluar ke arah pagar garaj kereta yang sedang terbuka perlahan secara automatik itu.

"Aunty?"Datin Alya menghadiahkan senyuman manis saat dia disapa oleh Dee.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now