SUNQUICK oren yang tadi dibancuh Dee tuang ke dalam tiga gelas kosong.Dua gelas untuk Datin Alya dan Tasha.Lagi satu cawan untuk dia.Tasha dan ibu mertuanya masih lagi di dapur.
"Lama dah Tasha tak datang sini jenguk aunty.Selalu mama dengan papa je yang datang dinner.Ingat lupa aunty dah."Datin Alya berborak dengan Tasha sambil berjalan menuju ke ruang tamu.
"Biasalah aunty.Tasha memang busy sangat.Sampaikan Abang Emiir kahwin pun Tasha tak tahu.Tahu-tahu mama ajak pergi majlis resepsi tu.Ni Tasha datang pun sebab mama minta tolong hantar souvenir dari Switzerland untuk aunty."Tasha duduk bersebelahan Datin Alya sementara Dee duduk atas sofa berhadapan dengan mereka.
"Amboi..busy sangat tu."Datin Alya menepuk tangan Tasha lembut.
"Aunty macam tak kenal mama Tasha tu.Kalau bab kerja ni mana bagi peluang Tasha main-main.Tu yang mama hantar Tasha pergi meeting sana sini.Uruskan event apa semua."Tasha senyum membalas.
"Betullah tu."Datin Alya ketawa halus.Memang begitu sifat kawan baiknya,Datin Riana itu.Sangat tegas bila melibatkan soal perniagaan kosmetik miliknya.
"Abang Emiir memang dah tak duduk dengan aunty sekali la ye?"Tasha bertanya.
Dee menahan rasa dalam hati.Datang dah perangai Tasha yang buat dia macam tunggul sedangkan dia boleh saja bertanya Dee akan hal yang satu itu.
"Haah.Nak belajar hidup berdua."Datin Alya membalas.
"Sunyilah aunty ya.Rumah besar tapi bila kahwin anak-anak pindah keluar.Kalau Tasha jadi menantu aunty tak ada Tasha sampai hati tinggal aunty.Tasha mesti teman aunty."Tasha berkata tanpa rasa bersalah.
Datin Alya pandang sekilas ke arah Dee.Dia pun sedikit terkejut dengan ayat Tasha tapi bila melihat muka menantunya biasa sahaja jadi Datin Alya pun cuma diam.Datin Alya tak begitu hairan dengan apa yang keluar dari mulut Tasha kerana bukan sekali ini Datin Alya mendengar Tasha bercakap main lepas sahaja.
"Eloklah belajar hidup berdua.Baru rasa hidup berumahtangga.Aunty okay je tak ada masalah.Menantu aunty ni pun rajin datang tengok aunty.Tak pernah lagi rasa sunyi."Datin Alya membela Dee.
Dee yang dari tadi hanya diam mendengar tersenyum simpul bila dibela oleh ibu mertuanya.
Tasha mempamerkan senyum kelat.
"Eh,minum dulu."Datin Alya mempelawa Tasha.
Dee angkat segelas air oren dan Tasha dah bersedia nak menyambut.
"Mama..air."Gelas berisi air oren yang tadi diangkat bertukar arah ke Datin Alya.
"Terima kasih."Datin Alya menyambut huluran gelas berisi air oren dari tangan Dee.
Tasha terdiam dengan tangan masih menunggu huluran gelas yang lain.Dee angkat lagi segelas dan terus diminum air yang ditangannya sambil pandang ke arah lain.Sengaja dia buat-buat tak nampak.
Pandailah ambil sendiri..
Tasha masih terkebil-kebil menanti gelas dihulur kepadanya.
"Eh,Tasha buat apa tu?Ambillah air tu minum."Datin Alya menunjuk ke arah gelas yang ada di dalam dulang.
"Heh..ya aunty."Gelas yang tinggal satu di dalam dulang dicapai.
Dia minum sambil mata tak lepas memandang Dee dengan rasa tak puas hati.
"Dee kerja apa sekarang?Ke surirumah sahaja?"Tasha tiba-tiba bertanya Dee bila gelas diletakkan semula atas meja.
"Ada bisnes dessert sendiri.Dari rumah."Dee membalas ringkas.Gelasnya pun sudah ada atas meja semula.
"Kalau surirumah pun Abang Emiir tak kisah.Surirumah pun kerja mulia juga.Bukan surirumah sahaja."Dee membalas selamba dengan senyum dilempar ke arah Tasha.Perkataan sahaja itu sengaja ditekan biar didengari jelas oleh telinga Tasha.
Dee paling tak suka wanita yang merendahkan wanita lain.
"Ouh.."Tasha membalas.Tersentak juga bila diperli Dee sebegitu.
Datin Alya menahan senyum disebalik gelas oren yang sedang diteguk itu mendengarkan jawapan Dee.Menantunya seorang ini boleh tahan tegasnya.Jangan ada sesiapa nak merendahkan.
"Untunglah ya Dee aunty dapat Abang Emiir.Handsome,baik,berharta.Lengkap pakej.Kalau Tasha memang Tasha jaga betul-betul tak bagi orang lain pandang Abang Emiir tu."ujar Tasha.
Dee hanya senyum walaupun dalam hati rasa geram.Selamba sahaja Tasha memuji suami orang.Depan mertua dia pula.
Kening Datin Alya terangkat sedikit mendengarkan kata-kata Tasha.Tak tahu kenapa Tasha nampak beria betul berbicara soal Emiir di depan Dee.Gaya macam orang sakit hati pun iya sebab dah terlepas anak bujangnya yang dah beristeri itu.
Dee pun tak faham dengan Tasha ni.Sejak mereka terserempak di lobi hotel dua minggu lepas lagi Tasha jelas nampak seperti tak menyenangi Dee.Nak kata Tasha ni bekas kekasih Abang Emiir memang bukan.Entah apa yang dia sakit hati sangat dengan Dee pun tak tahu.
"Alhamdulillah.Emiir lagi untung dapat Dee."Datin Alya memuji Dee.
Tasha angguk dalam senyuman sambil menahan rasa meluat dalam hati.
Sakit hati bila Datin Alya dari tadi tak sudah-sudah membela dan memuji Dee.Memang dia sakit hati.Ingatkan isteri Abang Emiir ni cantik sangatlah..rupanya biasa saja pada dia.Mulut pun boleh tahan suka ajak bergaduh.
.
.
.
"KIRIM salam mama."Datin Alya mengirim pesan kepada Tasha yang dah ada di dalam kereta itu.
"Okay,aunty.Tasha balik dulu.Bye.."Tasha melambai sementara keretanya perlahan bergerak menjauh.
Datin Alya dan Dee turut sama melambai.
"Dee jangan ambil hati sangat ya dengan si Tasha tu.Mulut dia memang macamtu sikit."Datin Alya menoleh ke arah Dee bila kereta Tasha dah menghilang jauh.
"Tak adalah,ma.Dee okay je."Dee senyum.
Dia tak ambil hati pun sebab apa yang Tasha cakap yang menyakitkan hati semua dia akan pulangkan balik terus.Tak ada nak balik menangis.Masatu juga Dee akan counter-attack.
"Baguslah macamtu..Jom masuk.Ni nak balik terus ke?"Pinggang Dee dipegang mengajak masuk ke dalam rumah semula.
Dee mengangkat tangan kanannya dan melihat waktu pada jam yang ada di pergelangan tangannya.
"Sekejap lagi Dee baliklah,ma.Dee gerak balik lepas pukul 6 nanti.Boleh teman mama sekejap."Bahu Datin Alya dipaut.
"Tak apa ke?"Datin Alya bertanya risau.Bimbang menyusahkan menantunya itu.
"Mestilah boleh,mama."Pipi Datin Alya dicium sekali.
Datin Alya hanya ketawa kecil.
"Ni Dee balik rumah ke balik rumah mama Dee?Risau juga mama Dee nak balik ke rumah duduk sendiri sebab Emiir outstation lagi dekat Ipohkan?"Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
"Emm..tulah.Dee balik rumah mama Dee kut.Lagipun,Kak Inara dengan Along Dee pun ada dekat rumah mama juga."Dee memberitahu.
"Tak apalah macamtu."Datin Alya menganggukkan kepalanya.
"Papa dengan Ayie balik pukul berapa selalu,ma?"soal Dee bila mereka berhenti di depan tangga rumah.
"Papa sekejap lagi baliklah ni.Ayie tu tak tahulah mama.Dia biasalah pergi jumpa kawan-kawan.Maklumlah orang baru habis belajar.Semua kawan dekat sini dia nak jumpa.Katanya takut nanti bila dah masuk kerja jadi sibuk tak ada peluang nak lepak dengan kawan lama dah."Panjang lebar Datin Alya memberitahu.
"Biasalah tu,ma.."Dee membalas dengan ketawa halus.
"Mama nak naik sekejap ya.Nak solat sekejap."Dee mengangguk.
Datin Alya menapak naik ke biliknya yang terletak di atas.Dee pula menuju ke arah ruang tamu.Nak menolong Mak Jah kemas apa yang patut lepas melayani Tasha tadi.
YOU ARE READING
TERNYATA KAMU
RomanceEMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang pandang ke tengah laut. Emiir mungkin tenang tapi bukan Dee.Perasaannya sedang berkocak hebat.Rasa macam apa yang lelaki itu cakap semuanya t...