BAB 5

1K 43 6
                                    

"OKAYLAH Emiir.Aku gerak balik dulu.Nanti mama aku bising pulak lama sangat ambik kereta tak balik-balik."Firdaus membuka pintu kereta Myvi hitam milik adiknya itu.

"Kirim salam semua.."Emiir berpesan.

"Kirim salam semua ke dekat adik aku je?"Firdaus menayang sengih mengusik selepas pintu ditutup dan menurunkan tingkap bahagian pemandu.

"Merepeklah kau.Cukup 44 kali makbul doa kau."Emiir menggelengkan kepala dengan senyum nipis.

Ayat Emiir disambut dengan ketawa besar dari Firdaus.

"Eh nanti jangan lupa share QR kau.Nanti aku bayar balik total repair kereta ni."Enjin kereta dihidupkan.

"Tak apalah.Aku belanja.Sikit je."Emiir mengangkat tangan tanda tak apa.

Lagipun,memang tak ada apa yang rosak.Mujur ada kenalan Emiir yang memiliki bengkel kereta sendiri.Jadi,dia minta tolong kawannya itu untuk bawa kereta Dee ke bengkel milik kawannya malam semalam.Semata-mata sebagai 'penyamaran' untuk lakonan kereta Dee rosak.

Emiir dah berjanji untuk merahsiakan kejadian semalam daripada Firdaus dan mama Dee jadi lakonan dan alasan itu semua kena nampak nyata.

Emiir menghantar Myvi hitam yang dipandu oleh Firdaus keluar dari kawasan bengkel itu dengan pandangan mata.Emiir melepas nafas lega.Nasib baik Firdaus tak tanya macam-macam lebih lanjut tentang 'kerosakan' kereta Dee itu.Kalau tak jenuh juga nak menjawab.

Emiir menarik senyum segaris.Ketawa lucu terlepas halus dari bibirnya.Dia menunduk sambil memicit pangkal hidung.

Apalah budak Dee tu dah buat dekat kau,Emiir?Sampai sanggup minta tolong Erik sebab nak bagi lakonan kereta rosak ni nampak real?

"Erik!Balik dulu eh!Terima kasih tau!"Emiir melaung dari depan pintu masuk bengkel kawannya itu yang sedang sibuk menyelia kerja pekerjanya.

"Alright!Belanja aku makan sebulan cukuplah.."Erik berseloroh dari dalam bengkel.

"Beres boss!"Emiir membalas dengan ketawa sambil mengangkat ibu jari tanda bagus dan melangkah ke arah keretanya.

Kunci Jeep miliknya dicapai dari dalam kocek.Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam perut kereta.

.

.

.

"ASSALAMUALAIKUM.."Emiir melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

"Mama?"Leher dipanjangkan ke segenap ruang mencari kelibat mamanya sambil kaki diatur menuju ke ruang tamu.

Aik?Kosong..

Telinganya menangkap suara dua orang perempuan sedang bergelak ketawa dari luar laman belakang rumah mereka itu.

Satu suara mama tapi lagi satu suara dia tak begitu kenal.Terus Emiir melangkah ke laman belakang.

"Ma?"Mamanya dipanggil sampai sahaja Emiir di hadapan pintu gelangsar yang terbuka luas.

"Eh,Emiir?"Datin Alya tersenyum manis melihat wajah anak sulungnya itu.

"Siapa tu?"Emiir bertanya tanpa suara.Memberi isyarat muncung pada seorang perempuan bertudung yang duduk membelakangi posisi Emiir berdiri.

"Hai,Emiir.."Perempuan bertudung hijau lembut itu menoleh ke belakang dengan wajah penuh kelembutan serta senyuman manis dihadiahkan kepada Emiir.

Emiir terdiam.Kaku kakinya terpasak pada tempatnya berdiri.Senyumannya tadi sudah mengendur dan hilang.Hanya tinggal wajah beku tak beriak.

"Emiir ingat lagi tak?Ni Aisyah.."Datin Alyah teruja memberitahu.Mungkin Emiir tak cam wajah gadis itu yang sudah berubah penampilan bertutup litup.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now