Bab 44

984 49 1
                                    

Enam bulan kemudian..

LIPMATTE berwarna natural dioles ke bibir.Melengkapkan solekannya yang sudah siap.

"Sayang..siap dah?Mama dengan Firdaus call dah.Diorang tanya kita dah gerak ke belum?"Wajah Emiir terjengul di muka pintu bilik mahu memeriksa keadaan isterinya.

"Okay..okay.Siap dah."Kelam-kabut Dee mengemas alat soleknya.Semua dicampak masuk ke dalam beg soleknya bersaiz sederhana itu.

"Abang tunggu dekat kereta ya."Emiir memberitahu sebelum berjalan pergi ke kereta yang telah dihidupkan enjinnya.

"Okay."Dee membalas.

Beg tangan atas katil dicapai dan dicampak masuk beg solek ke dalamnya.Suis lampu dan kipas bilik dimatikan.

Dee membelek tudung dan baju kurung yang dipakainya untuk kali terakhir sebelum dia melangkah keluar.Pintu bilik ditutup dan Dee berlari anak menuju ke luar rumah.

Kalau lambat sangat nanti memang habis kena bebel dengan Along..

.

.

.

DEE menjamah kuih koci yang tadi diambil dari buffet kuih-muih.Dewan tempat majlis perkahwinan itu diadakan sudah mula penuh dengan tetamu.Barisan pada buffet lauk-pauk kenduri juga semakin panjang.

Jangkaan pasangan pengantin bersanding pada pukul 12 tengahari.Sekarang sudah pukul 11.30 pagi.Agaknya tetamu ramai datang serentak sebab nak melihat pengantin bersanding.

"Sedap ke sayang koci tu?"Emiir yang sedang menjamah nasi lauk kenduri itu bertanya.

"Sedap.Abang nak?Nanti sayang ambilkan."Dee menawarkan.

"Boleh juga."Emiir mengangguk.

"Sekejap lagi sayang ambilkan eh.."Emiir hanya mengangguk dan sambung menjamah nasi yang diambil tadi.

"Kak Inara okay ke?"Dee bertanya risau pada Inara yang sedang duduk bersandar itu.

Kelihatan jelas mukanya yang pucat dan tak bermaya.

"Okay.."Inara membalas sepatah.Dia menarik senyum nipis.

"Biasalah first trimester memang macamni.."Inara menyambung.

Sesekali dia menekup hidung bila ada lalu bau yang tak enak.

Walaupun usia kandungan Inara dah masuk 4 bulan tapi alahannya belum ada tanda-tanda mahu surut.Bulan ni sahaja rasanya entah berapa hari dia terpaksa ambil cuti dan mencari doktor pengganti untuk kliniknya.

Dee mengerutkan kening risau.Rajin betul kakak iparnya itu nak ikut walaupun nampak sangat tak larat.Tak elok katanya kalau tak datang memandangkan majlis perkahwinan yang mereka hadiri ini merupakan majlis perkahwinan sepupu Dee dan Firdaus.Anak kedua Mak Ngah mereka.

Mata Dee meliar ke sekeliling mencari kelibat abangnya yang tadi kata nak berjumpa sepupu mereka.Seronok berbual agaknya sampai lupa isteri yang tengah tak larat melayan alahan mengandung ni.

"Dee..mama mana?"Mak long Dee yang baru sampai itu menegur Dee dari belakang.

Dee menoleh.

"Eh,mak long.Mama tadi kata nak jumpa Mak ngah sekejap dekat depan tu."Dee bangun dan bersalaman dengan makcik saudaranya itu.

Emiir turut bangun dan bersalamn dengan Pak long Dee yang berada di belakang Mak long Dee.

Inara turut bangun dan bersalaman.

"Eh,ni bini Firdauskan?"Mak long bertanya Inara yang sudah duduk semula.

Inara senyum dan mengangguk untuk menjawab soalan makcik saudara Firdaus itu.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now