Bab 48

953 44 0
                                    

ENTAH dah berapa lama Dee berdiri depan bilik yang memang Emiir jadikan sebagai pejabat kecil itu.Dee resah nak mengetuk pintu bilik selepas apa yang jadi di pejabat Emiir tengahari tadi.

Selepas Aisyah beredar dari pejabat Emiir tadi terus Emiir terpaksa keluar berjumpa dengan klien.Jadi mereka tak sempat pun nak makan bersama bekal mangkuk tingkat yang Dee bawa.

Dee pun tak sempat nak minta maaf atas sikapnya yang menuduh Emiir melulu.Suaminya itu tak ada pun marah atau tak menghiraukan dia.Emiir tetap layan dia elok siap hantar Dee sampai masuk ke dalam kereta sebelum mereka berpisah ke destinasi masing-masing.

Cuma Dee sendiri yang rasa bersalah.Lebih-lebih lagi bila Emiir banyak senyap sampai sahaja di rumah.Tak ada berborak atau peluk cium Dee seperti selalu.

Merajuk ke suaminya itu?Ke marah pada dia?

Belum sempat Dee nak mengetuk,pintu bilik terlebih dulu dibuka dari dalam.

"Eh sayang.."Emiir berkerut dahi melihat isterinya yang dah berdiri di depan pintu.Sedikit terkejut dengan kehadiran Dee.

"A-abang.."Dee gugup sedikit.

"Kenapa ni?"Suara Emiir tak mesra bertanya seperti selalu.

"Dee saja nak tengok abang.Abang busy ke?"Dee mencipta alasan.Hatinya sedikit terusik bila Emiir tak macam selalu.Tak manja atau mengusik dia.

"Busy sikit."Emiir menjawab ringkas.

"Ouh.."Dee diam.

"Dee pergilah tidur dulu.Abang ada lagi sikit kerja nak siapkan."Emiir berkata pada isterinya yang diam termenung itu.

"Abang nak ambil air sekejap."Emiir bersuara lagi.Dia berjalan melepasi Dee.

"Abang marah Dee pasal petang tadi ke?"Dee berterus-terang akan tujuannya di situ.

Langkah Emiir terhenti.Dia berpusing ke arah isterinya semula.

"Kenapa Dee tanya macamtu?"Soalan dibalas soalan.

"Abang lain je balik dari office.Tak macam selalu."Dee dah menunduk bermain jari.

Rambutnya yang jatuh menutupi muka diselit ke tepi telinga.

"Selalu tu macam mana?"Emiir saja menguji soalan Dee.

"Emm..yelah.Selalu balik abang ajak sayang mandi sekali.Abang akan peluk Dee.Cium Dee tapi harini abang banyak diam.Mandi terus duduk dalam office abang ni."Mata Dee dah bergenang.

Tak mengandung dulu pun dah sensitif bila mengandung ni lagi jadi sensitif kuasa dua.

Emiir diam seketika.Senyumannya ditahan melihat isterinya itu yang menahan tangisan.

Lahai..itu sebabnya Dee berdiri depan pintu tadi?Dee ingat dia marah rupanya.

"Abang tak marah sayang pun."Emiir berpatah balik mendekati Dee yang masih tunduk itu.

"Harini abang busy sikit.Ada masalah sikit dekat office tadi.Tu yang abang kena sambung buat kerja dekat rumah."Emiir mencapai tangan Dee.

"Pasal petang tadi ke pasal Aisyah tu abang tak ambil hati pun.Faham isteri abang ni terkejut bila nampak Aisyah dalam office abang."Pipi Dee diusap.

Muka diangkat memandang suaminya.

"Betul ke?"Dee bertanya.

"Ya,sayang."Emiir senyum.

"Sensitif betul ya isteri abang sejak ada baby ni."Hidung Dee dicuit.

Lega rasa hati bila Emiir tak memarahi dia.

TERNYATA KAMUWhere stories live. Discover now